Showing posts with label Abang Cik. Show all posts
Showing posts with label Abang Cik. Show all posts

Monday, 18 November 2013

They are special...


********************************************************
Assalamualaikum...
'mencuri' masa lunch untuk merepek di blog lagi =)
Oh!
Hari ni nak share pasal 1 drama korea
yang best!!!
********************************************************

Tau apa itu Autism?
_________________________________________________________________________________
Autism berasal daripada perkataan  Greek iaitu autos yang membawa maksud diri sendiri dan isme yang bermaksud suatu aliran. Selain itu, autism ini juga merupakan keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak Autism mempunyai imaginasi yang tinggi sehinggakan kanak-kanak tipikal tidak dapat memikirkannya. Hal ini menyebabkan mereka lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan orang lain.

            Selain itu, Autism adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa. Punca kepada masalah ini masih lagi tidak diketahui. Antara contoh tingkah laku yang luar biasa ialah tingkah laku yang berulang-ulang (repetitive behaviours) seperti menggoyangkan badan,  pukul tangan dan sebagainya. Kanak-kanak Autism mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadang kala mereka tidak faham apa yang dilihat dan apa yang didengar. Contohnya, sekiranya kita bertanya nama mereka, mereka tidak tahu apa itu nama dan tidak mengendahkan apa yang kita cakapkan.

_________________________________________________________________________________

Ingat cerita ni tak?


Cerita air tangan Aamir Khan..
Mengisahkan bagaimana seoorang guru mengajar kanak-kanak autism..
Cerita yang sangat best! sangat menyentuh hati...
Kalau belum tengok, sila la tengok ok.

tapi kali ni tak nak cerita pasal Taare Zameen Par ni..
Nak cerita pasal drama korea yang baru je habis ditayangkan...
iaitu

GOOD DOCTOR


Membawa tema yang hampir sama dengan Taare Zameen Par..
Mengetengahkan masalah Autism ini...
Tapi kali ni versi 'budak besar' pula..
Bagaimana seorang penghidap Autism cuba menempatkan diri sebagai seorang doktor dan bercita-cita untuk menjadi pakar bedah kanak-kanak.
Sangat best ok!
Sila la tengok..
Nak tengok kat mana?
boleh la gi layan cerita ni kat www.gooddrama.net

cerita-cerita sebegini banyak memberi info yang baik untuk kita..
Tak kira la apa pun kekurangan seseorang kanak-kanak tu, mereka pasti ada kelebihan yang tersendiri..
Macam Abang Cik kami yang ensem ni.. hehe~



sekian.........

**Gambar sedut google =)


Wednesday, 24 July 2013

Abang Cik & Josh


Cuaca panas hari ini menyebabkan Josh tak senang duduk.
Dari tidur dalam bilik aku dia sanggup keluar ke ruang tv dan baring dibawah kipas syiling dan juga kipas duduk.. 2 kipas sekali dia guna.


kucing pun pandai cari kipas untuk sejukkan diri..

Tapi seperti biasa,
Josh kalau tak membuli Abang Cik memang tak sah!
tengok ni :


Actually Josh datang time Abang Cik siap pasang kipas ni..
Tak sempat Abang Cik baring depan kipas,
Josh dengan muka slumbernya rampas tempat Abang Cik.
Abang Cik babab bontot dia pun tak nak bangun...
Josh...Josh....

Josh sangat suka membuli Abang Cik..
Mentang -mentang la Abang Cik ni tak normal,
dibuli je kejanya..
Sama macam tuan dia. hahaha~~
Ni baru sikit..
Adakalanya Abang Cik tengah jalan, dia serang hendap Abang Cik.
Tu belum lagi dia buat bodoh tak nak jalan bila Abang Cik panggil makan...
saja jer suruh Abang Cik angkat dia gi tempat makan.

Adoi....
Ikut perangai tuan betul si Josh ni,
hahahhahahaha~~


Thursday, 2 August 2012

Ujian Ramadhan

Di hari ke-13 ramadhan,
Allah beri ujian kepada keluarga kami..
walaupun tak seberat mana
tapi sudah cukup untuk mematahkan selera ibu...

Abang Chik tak sihat hari ini...
Bangun sahur tadi muka dia dah pucat...
Perutnya kembung...
Makan sikit je, dah muntah....


Tapi sebenarnya tak ada lah teruk sangat.......
cuma boleh wat orang 'sakit jiwa' je nak melayan...

Adoiiii...
Dah la dia ni sakit sikit, merengek lebih...
Sabar je lah....

Tuesday, 14 February 2012

23 dah.....


Happy Birthday to you...
happy Birthday to you...
Happy Birthday to ABANG CHIK... 

Eddy 'Amir bin Mahmud

Happy Birthday to you....

Dilahirkan pada hari Selasa, 14 February 1989 pada jam 6.35 petang di Hospital Batu Pahat.  

YEAY!!!
Abang Chik dah 23 TAHUN!!!!!


Sunday, 22 May 2011

Selamilah Hatinya.......

This is 'Abang Chik'.
My second brother....
Eddy 'Amir bin Mahmud


Abang Chik, orang yang selalu kena buli dengan aku. Ahaks!
selalu la jugak dia merajuk & tak puas hati dengan aku...
tapi dia tak pernah lupa title dia as 'Abang'
mana dia pergi.. apa dia makan mesti ingat Adik dia neyh
(aku je yang selalu tak ingat dia..hehehehe~~)

Walaupun dia dilahirkan tak seperti insan normal yang lain (Down's Syndrome)...
tapi
kadang-kadang
pemikiran dan tingkah laku Abang Chik jauh lebih baik daripada insan yang normal...
Kadang-kadang juga
Kata-kata dialah yang membuatkan kita manusia normal ni Sedar. Celik.

Ok enough introduction to Abang Chik...

Sebenarnya aku nak share sumthing yang agak 'me+sayu' dan me'touching' hati kami sekeluarga....

Sekarang ni antara adik-beradik Abang Chik rapat dengan Abang (abang aku yang lagi sorang)
Dengan aku tak adalah rapat sangat.. Dah asyik kena buli je dengan aku kan....
Dulu, Abang Chik sangat rapat dengan Akak..
tapi bila akak dah kahwin.. Dah ada anak-anak sendiri...Ada tanggungjawab dengan keluarga
sendiri... Abang Chik mula rapat sangat-sangat dengan Abang...
and one more thing apa pun terjadi di kemudian hari memang dia nak 'ikut' abang...

kami saja lah nak tanye and mengusik Abang Chik pasal isu "Abang kahwin"
Nak taw apa respons Abang Chik??

(1) Dia jerit "okleh! Okleh! Abang angan awen!
("Tak boleh! Tak boleh! Abang jangan kahwin!!)

(2) He was crying!


Ok.. kami tutup isu ni... kami dah taw Abang Chik punya pendapat...
and aku juga sentiasa berharap abang mengotakan janjinya dalam mencari calon isteri; isteri yang sanggup menerima & menjaga Abang Chik.....
(Bukan sahaja abang yang berjanji tp begitu juga dengan aku, pasangan aku hendaklah menerima & sanggup menjaga Abang Chik andai satu hari nanti aku yang memikul amanah untuk menjaga Abang Chik)

Ibu and abang try tanye pulak if satu hari nanti bila Ibu and abah dah tak ada, nak tak dia ikut abang duduk di JB...
Respons Abang Chik :

"amo. amir nak uduk ini! amir nak uduk umah amir"
(Tak mau.Amir nak duduk sini. Amir nak duduk rumah Amir)

Hmmmmmm....
satu masalah yang agak 'besar'....
konflik yang melibatkan Abang and Abang Chik...

Kami terus try nak mencungkil apa sebenarnya yang ada dalam hati Abang Chik....
finally we know....
Sebenarnya dia takut dengan 'kehilangan'.
Dia takut 'kehilangaan' abang if abang kahwin
macam dia rasa 'kehilangan' akak lepas akak kahwin...
and
dia memang tak nak keluar dari rumah ni... Rumah yang memang tempat kami dibesarkan.. tempat kenangan bersama arwah Ayah...

Hmmmmmmmmm...............................

Mungkin bagi kita insan yang normal ni, tak rasa macam Abang Chik rasa..
kita dah set up our own goals....
our own targets...
At certain stage, kita akan buat itu... kita kan buat ini...
and kita dah boleh menganggarkan bahawa satu masa nanti, kita akan buat satu 'penghijrahan' dalam hidup...

tapi insan seperti Abang Chik???
Life dia tetap sama..
Dia tak boleh and tak berupaya nak 'mengatur' diri dia dan menentukan apa yang akan dia lakukan macam orang lain..
Banyak benda dalam hidup dia; yang hanya dia boleh 'berangan' tapi mustahil untuk dia dapat...
segala-galanya dia perlu bergantung pada orang disekelilingnya..
cuma...
yang dia tahu setiap hari, dia nak diri dia dikelilingi orang-orang yang dia sayang.......

hmmm.. aku nak menanges sebenarnya tulis entry ni... memang lah aku selalu buli dia.. tapi bila mengenangkan nasib Abang Chik untuk masa-masa yang akan datang....entahlah.. Harap-harap kami sekeluarga terus ditetapkan hati diberi kekuatan untuk terus menjaga dan melindungi Abang Chik...


Monday, 14 February 2011

14 February!!!!

HARI NI 14 FERUARI 2011!!!!

ehem.ehem.ehem..
jangan fikir lain.

BUKAN sebab VALENTINE!

tapi....

TODAY is ABANG CHIK's BIRTHDAY!!!!


yang ke???

22


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Dah besar rupanya abang aku tu..
(bajet cam dia adik aku je kan??hehehe~~~)

Pagi tadi call ibu then cakap ngan Abang Chik

Aku : Abang Chik.

Abang Chik : Ha? (nada blur. maybe sebab aku jarang nak cakap ngan dia kat tepon)

Aku : Happy Birthday!!

Ibu (Suara dari belakang) : Cakap terima kasih kat adik.

Abang Chik : hehe~ Acih.. (Terima kasih)

Aku : Abang Chik, bezday bang Chik ni kena bagi ADIK HADIAH taw.

Abang Chik : ah. ah. amir agy adik yah (ya.ya. amir bagi adik hadiah)

Aku : Ok. Adik nak yang mahal tau. Abang Chik banyak duit. tau tak duit simpan kat mana?

Abang Chik : ah.ah. Amir anyak wet. nak ahal erk? amer intak mama wet. (ya. ya. Amir banyak duit. amir mintak *mama duit)

Aku : Ok. jangan lupa! Ingat! tak ada hadiah adik tak nak kawan!

Abang Chik (cakap dengan ibu) : adik nak yah ahal. pat bu g andar. li adyah eday adik. (Adik nak hadiah mahal. Cepat bu, pergi bandar. Beli hadiah bezday adik.

Ibu : ABANG CHIK! hari ni BEZDAY ABANG CHIK! bukan BEZDAY ADIK! bang Chik yang kena mintak hadiah dari adik.

Abang Chik : yan adik bu. (Kesian adik ibu..)

Ibu : Tak payah kesian adik tu. Adik tu nak BULI Abang Chik je. Dah jangan layan adik tu.

HAHAHAHAHAHA~~~
aku nak gelak guling-guling rasanya..
aku memang suka buli Abang Chik!!
dia memang ikut je cakap aku.
hahahaha~~

tapi aku je yang boleh buli dia taw!
Orang lain, jangan nak berani-berani buli abang aku tu.
Memang kena penampar free dari aku!
(INGAT NI!!AKU BAGI WARNING KAT KORANG!!)



Kat atas ni gambar waktu celebrate Bezday Abang Chik tahun lepas (Yang ke-21)
Macam biasa, bila celebrate bezday Abang Chik, mesti dia mintak celebrate kat rumah nenek..
Tahun ni???
Entah. Aku pun tak tau.. Rasanya macam tahun-tahun lepas jugak la kowt..
(teringat Kek Coklat ni.. SEDAP GILA!!! Ibu tempah khas kat bakery institute. Memang heaven gila bila makan.. Tapi heaven jugak la harganya..hehehe~~)
*mama --> Mak Cik aku yang "babysit"(baby lagi ke??) abang chik tyme ibu pergi mengajar.

Tuesday, 16 February 2010

21 tahun????



14 February 2010???
ape y tlah terjadi??
valentine's day!!!
but say NO to it!!!
2 bende yg dh jd dlm hdup ak n family pd 14 Feb ni...
(1) My cousin wedding...
n
n
n
n
n
n
n
n
n
n
n
n
n
(2)?????????????????




BIRTHDAY my brother, EDDY AMIR BIN MAHMUD...

yg ke berape??
cbe teke.....................






yg ke 21 TAHUN.....


rmi org x cye yg Abg Cik dh 21 Tahun...
npk cm bebudak lg..
hehehehe~~

Heppi Belated Bezday Abg Cik!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting