Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, 3 October 2013

Jualan Gudang Karangkraf


Jualan Gudang Karangkraf kembali!!!!!
Dari 4 hingga 6 Oktober.
Jom serang ramai-ramai!!!!!

sumber : FB Kumpulan Media Krangkraf




p/s : Kenapa rasa cam ada kenangan yang ingin dilupakan? hmmmm.... 

Saturday, 3 August 2013

PERMOHONAN BIASISWA JPA : PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) SESI 2013/2014


Assalamualaikum.

Berminat untuk mendapatkan biasiswa JPA dibawah program PIDN?

Tak nak berhutang dengan PTPTN?

Nak dapat duit lebih banyak daripada penerima PTPTN setiap semester?




Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa ini bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS dalam negara DIBUKA SEKARANG SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2013 

Iklan tawaran biasiswa ini boleh didapati di akhbar BH, Utusan Malaysia, NST, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak dan The Borneo Post Sabah pada hari Sabtu dan Ahad pertengahan bulan Ogos 2013 awal bulan September 2013

atau

Layari Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) JPA di alamat

Syarat-syarat permohonan boleh didapati di Portal JPA di alamat www.jpa.gov.my semasa permohonan dibuka

Link permohonan : http://pidn.jpa.gov.my/epermohonan/index.php?program=PIDN



sumber : Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) JPA
Latest update : 11 September 2013

Sunday, 5 August 2012

Biasiswa JPA (PIDN-Program Ijazah Dalam Negeri 2012/2013)


Tawaran Biasiswa JPA
dibawah 
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
tahun 2012/2013

permohonan online
akan dibuka mulai esok,
Isnin, 6 Ogos 2012
mulai jam 5.00 petang.

Layari laman web Portal eSILA
di


Sunday, 8 January 2012

Bagaimana anda tidur??

p/s : Jom berehat seketika.... Aku dh boring mengadap database.... semuanya aku ambil di (SINI) yer....



1.      Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini? 


2.      Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang 

Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji. 


3.      Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala


Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih. 


4.      Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!


5.      Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi. 


6.      Tidur meringkuk


Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.
 

7.      Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan. 


8.      Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang. 


9.      Tidur meringkuk di satu arah


Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah. 


10.  Selubung seluruh badan dengan selimut 


Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih 
gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu. 

Monday, 24 October 2011

Rahsia Rambut

BAGAIMANAKAH RAMBUT ANDA???????

  • RAMBUT LURUS
- bijak
- seorang yang happy
- bergaya
- cemburu
- pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan


RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak
- degil
- cemburu kuat
- romantic
- banyak pergaulan
- susah dalam menyelesaikan masalah diri
- tidak suka termenung


RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak
- ego
- cemburu buta
- romantic
- memilih
- mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah


RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak
- berfikir sebelum melakukan sesuatu
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu


RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat
- memilih
- pemaaf
- manja
- tegas
- cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh


RAMBUT SIKIT
- bijak- sentiasa berfikiran negatif pada seseorang
- ego
- pandai membuka perniagaan walaupun kecil


RAMBUT PERANG
- kurang bijak
- berfikiran terbuka
- pemaaf
- sosial
- bijak lari daripada masalah


RAMBUT TEBAL
- bijak
- degil
- cemburu
- romantic
- kasar
- banyak kawan
- pandai mengambil hati seseorang


RAMBUT KUSUT
- sangat bijak
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- garang
- susah nak memaafkan seseorang
- pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
- (kalu nak nampak bijak mcm empunya pesen rambut gini.... usaha kasik kusut rambut korang.. )


RAMBUT BERUBAN
- kurang bijak
- suka termenung
- social sikit
- berfikiran terbuka
- pandai selesaikan masalah diri


TIADA RAMBUT
- (Botak)
- kesian..


Tuesday, 11 October 2011

Oracle SQL Developer


Setelah berkurun menunggu..
Akhirnya berjaya jugak aku mendownloadnya :


So, kawan-kawan yang belum ada software ni
sila download dengan meng-


Korang perlu Sign Up dulu then baru boleh download yer..
Ikut je arahan kat situ..
As easy as ABC..
:D

or

Kalau malas sangat, jemput ke bilik aku (GURL ONLY!) bersama thumb-drive anda dan boleh dapatkan installernya pada aku..... 

p/s: Jangan lupe wat esemen yer...

Tuesday, 4 October 2011

Penyelesaiannya....


Lanjutan entry INI 

Akhirnya JPA memberi maklumbalas rasmi.

Perlanjutan tempoh semakan...





Wednesday, 28 September 2011

No Giliran Graduan UiTM Kampus Perak (Konvokesyen UiTM ke-75)


No. aku ialah 390


dok sebelah ERNI and AZDI...

so, siapa yang nak donlod p.d.f. angka giliran ni,
klik bawah ni yer... ;)


and jangan lupa wat step akhir ni yer :


sila pergi ke (SINI)

Wednesday, 21 September 2011

JADUAL PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN UiTM KE-75 (UiTM PERAK)


Haritu aku dah bagi jadual pecahan sidang kat sini (TEKAN SINI!!!)
ok. kali ni jadual pengambilan jubah pulak. 


kalau nak download (pdf) untuk jadual sidang+pengambilan jubah kat sini (PICIT SINI!!!)


KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA JPA (PIDN) 2011


Usha ni :


sama-samalah kita mendoakan agar pemohon-pemohon biasiswa ni berjaya..... ;)

Friday, 19 August 2011

Course Registration


sebelum ada yang bertanya,aku buat entry siap-siap..
nak jimat kredit enpon, so aku bgtaw kat sini je yer..

tadi Zaid (x-class rep) call aku tanya pasal course registration ni...
course apa yang nak register...
Zaid suruh aku tengok sendiri kat web then bagi tau dia apa yang patut buat..

Then, misi aku lepas mengajo tadi,
terus berdezup menjengah student portal..
Terpampang announcement pasal course registration.

(p/s : first time log in guna no ic as password) 

COURSE REGISTRATION : 16 AUGUST - 3 OCTOBER

siap log in.. dh klik 'course registration' keluar benda ni pulak...


then, klik 'Register New Courses' :


Lepas usha semua subject yang ada, aku rasa cuma satu or dua subject je yang belum pernah di ambil.
MAT422-Mathematical Logic And Proving Technique and CTU551
yang lain-lain semua rasanya dah ambil waktu diploma dulu...

so???
Aku n Zaid dah sepakat,
kita tak payah register dulu... 
pergi je dulu 12hb September nanti, tengok macamana...
aku rasa kena settle kan dulu credit exemptions baru boleh register course yang sebetul-betulnya.....
relax je la....
lagipun due date registration course bulan October..
masih ada masa lagi...
Ok kawan-kawan..
Buat masa ni, inilah decision aku and Zaid.... ;)

Monday, 8 August 2011

Konvokesyen UiTM ke-75 (Perak)


Konvokesyen UiTM ke-75 (Perak) telah diumumkan secara rasminya di Portal Konvokesyen UiTM.



Hari : Khamis
Tarikh : 27 Oktober 2011

Pecahan sidang adalah seperti berikut :


So, untuk ex-CS111-Diploma In Statistics, kita konvo pagi yer.. :)

P/S : Sebelum konvo, pastikan korang alert dengan tarikh-tarikh ni yer..



Thursday, 4 August 2011

THE AMAZING BOOKS!


Assalamualaikum WBT.
Di hari keempat bulan ramadhan ni, aku nak share satu set buku yang sangat menarik untuk dijadikan bacaan..
Mungkin ada yang mengatakan ini adalah 'buku budak-budak' tapi
sebenarnya ianya sesuai untuk dijadikan bacaan oleh semua peringkat umur...

*************************************

Set Buku yang aku maksudkan ialah

The Messengers of Mercy Series : Prophet Muhammad S.A.W.



hasil tulisan 
Hajjah Ayesha Abdullah Scott

diterbitkan oleh
FUTURE TEXT PUBLICATIONS SDN.BHD.

dieedarkan oleh
MADRASAH SAYYIDINA RASOOL UR-RAHMAH

harga
12 Buah = RM 360

Ada 12 buah buku dalam siri ni iaitu :

1) Predictions

2) The Story of Abdul Muttalib

3)The Rediscovery of The Well of Zamzam

4) The Jewish Plot

5) Marriage and Mysteries

6) The Confinement of Aminah


7) The Birth of The Last Prophet

8) The Year of The Elephant

9) Milk Mother and Miracles

10) Return to Mecca

11) Great Losses

12) Bahira The Monk 

*************************************

Secara luarannya buku ni sekali pandang ala-ala buku 'bedtime stories'..
Kenapa?
Sebab buku ni tak tebal tapi besar dan menggunakan 'hard cover' 

Mula-mula ibu nak beli buku ni, aku macam tak menyokong sangat sebab dah terlampau banyak collection 'Sirah Nabi Muhammad SAW' kat rumah aku ni, dengan harganya yang mahal dan cara presentation buku ni seolah-olah memang untuk bacaan kanak-kanak..(yerla kat rumah aku mana ada budak-budak lagi..)
Tapi ibu berkeras jugak nak beli buku ni...

And now, aku terpaksa tarik balik kata-kata aku.
selepas aku baca buku ni..
Buku ni super duper AMAZING!

Mungkin ada yang rasa macam kalau dengar ceramah Maulidurrasul dan Israk Mikraj tu balik-balik penceramah cerita kisah yang sama je kan?.. Dari kecil sampai ke dewasa itulah cerita asas yang kita tahu tentang kelahiran nabi dan serba sedikit perjalanan hidup Rasulullah..

Tapi dalam buku-buku ni, ada banyak 'kisah' yang selama ni aku tak pernah tahu pun dan tidak ada dalam buku-buku sirah Nabi yang lain waima Ensiklopedia Sirah Rasulullah Sekalipun...

So, apa yang aku dapat simpulkan buku ini RINGKAS TETAPI PADAT!

Penggunaan Bahasa Inggeris dia pun tak ada lah yang advance bebeno sampai kena bukak kamus cari setiap perkataan...

Kepada parents yang suka membelikan buku 'bedtime stories' dari barat (Snow White, Cinderella, Robbin hood, etc) untuk anak-anak anda, apalah salahnya dapatkan siri ini. Tak rugi apa pun.. Sebab the whole family boleh baca dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan Sirah Nabi Muhammad SAW.

kepada yang belum jadi parents pun nak beli lagilah bagus....Memang TAK ADA RUGINYA beli buku ni...

Wassalam.



p/s : InsyaAllah dalam bulan puasa ni aku akan review semua tajuk dalam siri ini kat sini.. :)

Sunday, 31 July 2011

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - PIDN




TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA 
MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA                             
BAGI SESI 2011/2012

Permohonan (online) akan dibuka pada 1 OGOS 2011 hingga 7 OGOS 2011

di



Maklumat Ringkas tentang syarat-syarat kelayakan permohonan 2011 (sini-pdf)
dan
FAQ PIDN 2011 (sini-pdf)

p/s: Good luck yer untuk semua yang memohon.. :)

Saturday, 30 July 2011

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1432H/2011M


Negeri Johor
Zon 4 : Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas
(klik sini untuk download pdf)


p/s: Tahun ni rakyat Johor tak merasa ler berbuka pose pukul 6 lebih..... huhuhu~~~

Untuk Negeri-negeri dan daerah-daerah lain seluruh Malaysia sila klik (sini)

Sunday, 17 July 2011

Latest Update..


Kepada semua 'bakal-bakal' pelajar
CS221-Bachelor in Science (Hons) (Statistics), UiTM Shah Alam
yang akan masuk pada September 2011,
(Penerapan Diploma Semester Akhir : ex-Diploma in Statistics UiTM)
ini Latest Update from FSKM Shah Alam..

Our EX- class rep(representative), Zaid
dah tolong 'call'kan and tanya apa yang patut...
So, inilah hasilnya :


Kalau malas nak 'besarkan' gamba atas ni, meh aku tolong copy kan.
  • Dijangka bermula pada 12 September 2011 (terus ke semester 3) dan semua pendaftaran adalah secara ONLINE SAHAJA.
  • Jadual kuliah & pendaftaran course dibuka lebih kurang seminggu sebelum kuliah.. (Alert dengan student portal)
  • Degree ini selama 2 tahun dan dijangka tamat pada hujung tahun 2013 - termasuk sem 3 - 6 dan sem 7 Praktikal (3 bulan)
  • Untuk mendapatkan mini transkrip, (Zaid tak dapat pastikan lagi) tapi try tanya (call) UiTM berhampiran (Cawangan) kalau malas nak ke UiTM Perak.. UiTM Shah Alam memang dah confirm ada. Sila pergi ke Bahagian Rekod Pelajar & Konvokesyen, UiTM Shah Alam.  
  • Bagi yang apply PTPTN, sila sahkan permohonan SEKURANG-KURANGNYA 30 HARI sebelum masuk UiTM. (PTPTN memerlukan mini transkrip)
  • Bagi PENEMPATAN, dinasihatkan untuk menyediakan 'backup plan' sekiranya permohonan untuk penempatan kolej ditolak. Kiranya kalau nak apply kolej boleh..
Sekian sahaja, maklumat yang diterima buat masa ini...

p/s : Kepada yang tak tahu lagi CONVOCATION untuk yang tamat pada MEI 2011 adalah pada hujung bulan OCTOBER 2011 (20-30 Oct). Yang dari Perak, kita convo di Perak yer.. :)

Thursday, 30 June 2011

Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal 2011

Anda berminat untuk mendapatkan biasiswa dan menjadi
tenaga pengajar di politeknik atau kolej komuniti??

Kat sini aku nak share satu peluang.
Kalau korang berminat la...
(Kalau berminat, habis je baca entry ni, terus apply taw. hehehe~~)

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2011 (SLTP 2011) : DALAM NEGARA

Senarai bidang tajaan : (sini)

________________________________________

Apa Syarat-syarat nya???

1. Warganegara MALAYSIA.

2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program IJAZAH SARJANA MUDA di IPTA, UTP, MMU atau UNITEN

3. Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 TAHUN dan ke atas.

4. Berumur TIDAK MELEBIHI 25 TAHUN pada 1/1/2011

5. Mendapat PNGK SEKURANG-KURANGNYA 2.75 DAN KE ATAS pada semester terkini atau di peringkat Diploma/ Matrikulasi/ Asasi/ STPM.

6. BELUM mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain.

7. KEPUJIAN dalam BM dan BI di peringkat SPM.

8. Mendapat SEKURANG-KURANGNYA BAND 3 dalam MUET.

9. AKTIF dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.

10. Mempunyai MINAT & KECENDERUNGAN untuk menjadi PENDIDIK.

________________________________________

dah lepas syarat-syaratnya???
oooopss...
Nanti dulu....
Belum boleh mohon lagi....

Adakah anda :

1. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI????

atau
2. MEMPUNYAI IKATAN KONTRAK dengan mana-mana agensi Kerajaan ataupun Swasta???

Jika YA, Anda TIDAK LAYAK MEMOHON
(boleh stop baca entry ni..hehehe~~)

Jika TIDAK, Anda LAYAK MEMOHON
(terus baca taw!!)

________________________________________

Cara-Cara Permohonan

Sila buat permohonan online di (sini) sebelum atau pada 15 Julai 2011.

dan

Hantarkan salinan Cetakan permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum 23 Julai 2011.

SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 2 NO.2 MENARA 2
JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
MALAYSIA
(U.P.: UNIT BIASISWA)


Untuk maklumat lanjut n sumber : (sini)

________________________________________


***************************************

Ok... Sebelum aku 'The End' kan entry ni, aku wish GOOD LUCK untuk semua yang mohon.. try ur best k... Jangan mengalah sebelum berjuang...
Rezeki itu di tangan Allah S.W.T.
:)
and
Kalo dah dapat tu, jangan lupe belanja aku yang tak layak meohon ni..hehehehe~~~~~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting