Showing posts with label SWEET MEMORY. Show all posts
Showing posts with label SWEET MEMORY. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Rezeki Oktober...

******************************************
Assalamualaikum!!
Tak jawab dosa....
Jawab..jawab...
hehehe~~
******************************************

Alhamdulillah..
Rezeki di bulan Oktober ini...


Terima kasih di atas penghargaan (sijil + $$$) yang diberi..

26-10-2013 (Sabtu)
telah berlangsungnya Majlis Penutup Minggu Matematik 2013 di Dewan Al-Ghazali, FSKM, UiTM Shah Alam.


Terima kasih pihak penganjur diatas undangan dan penghargaan yang diberi kepada kami... 



4 orang wakil dari CS221...

with Aida Aziz a.k.a Gonzoles

with wani omar a.k.a wani tudung labuh

**Sila abaikan senyuman plastik aku itu! hahaha

Walaupun sedang berintern, undangan makan jangan ditolak! haha~~ waiting 4 another makan free minggu hadapan..


Pesanan tuan tanah: 
Sebagai student yang dah membayar YURAN kepada UiTM, sangatlah RUGI kalau tak turut serta event anjuran fakulti/kelab... 
Time ni la nak merasa apa yang kita bayo...
Ingat tu! pleassseee la join activities yang dianjurkan.. Kalau tak sia-sia je korang bayar yuran tu oiiii....




Friday, 19 April 2013

A'FAMOSA WATER THEME PARK


Assalamualaikum semua!!!
Hari ini nak cerita pasal 'percutian' sehari kami (Aku + Kawan-kawan) ke A'Famosa Water Theme Park Resort Melaka. 

Memandangkan ini adalah percutian PELAJAR, yang semua sedia maklum bajet tersangatlah terhad. Kami hanya merancang tapi tak sangka ianya menjadi kenyataan. Bajet kami hanyalah RM100 seorang termasuk duit minyak+tol+makan+enjoy.. Oleh itu, meh aku share jumlah perbelanjaan kami untuk satu hari ini :
_________________________________________________________________________________
PERBELANJAAN
Pengangkutan(VIVA)
Minyak kereta                : RM30 /kereta
Tol                                  : RM33.80 /kereta
Parking                           : RM 3.00 /kereta
**Sewa kereta                : RM80/sehari

JUMLAH   : RM 146.80

Keperluan (Untuk kegunaan 7 orang)
Sewa locker (besar)       : RM12.00
Sewa Tube x 2                : RM 20.00

JUMLAH   : RM 32.00

Perbelanjaan Perseorangan
Tiket water theme park  : RM36.00 (termasuk makan tengahari)/orang
Tiket Wayang                  : RM12.00/orang
Sarapan pagi                 : RM 5.00/orang

JUMLAH   : RM 53.00

**Kami hanya menyewa sebuah kereta (VIVA) sahaja
Perbelanjaan bagi pengangkutan dibahagi mengikut jumlah penumpang didalam kereta.
Harga tiket waterpark ialah untuk weekday sahaja.. Weekend harga lain ok.
_________________________________________________________________________________

Ok. balik pada cerita kitorang... 
Kami pergi dengan 2 buah kereta VIVA. Kereta aku sudah semestinya + kereta sewa. 








<<<<< Ini yang naik kereta sewa (Mama, Aida, Erni, Mok Long)







Ini pulak yang naik viva aku (Susue, Aku, Echa) >>>>>










Kami bertolak dari Shah Alam (Seksyen 7) lebih kurang pukul 8.00 pagi. Singgah di R&R Dengkil untuk sarapan. Memandangkan ini adalah PERCUTIAN BAJET, kami bawak bekal ok! Sandwich telur + Sandwich Sardin + Sosej.  Air je yang kami order..



<<<<< Tak payah nak malu-malu nak buat macam kami ni ok.. Semua orang faham yang kita ni BELAJO lagi..bukannya dah KOJE... hehe~

Destinasi masih jauh.. Tapi dah dok pung pang pung pang, pukul 9 lebih baru la kami sambung balik perjalanan....

kami sampai di A'Famosa Water Theme Park pukul 10 lebih... waterpark pun tak bukak lagi.. So, apa-apa hal pun bawa turun barang, beli ticket, tukar baju and so on cecah la gak sampai pukul 11 tu... Harga tiket waterpark ialah RM 36.00/orang TERMASUK LUNCH!!! Sangat berbaloi-baloi ok! 







^^^^^ Muka-muka keriangan tak sabar nak main air!! 

Lepas dah masuk, paham-paham je la... terjun!!!! Ada 4 game yang sesuai untuk golongan DEWASA.
1) Body slide 
2)Family Rafting 
3)Inner Tube 
4)High Speed (Yang ini aku sorang je yang tak main gara-gara phobia dengan kejadian kat Sunway Lagoon dulu)
Dah penat main benda alah ni semua, berendam lah kat kawasan ala-ala 'beach'... Dok tunggu ombak.... Selepas puas berendam, kami pun siap-siap mandi dan tukar baju and ready for FREE lunch!!Tapi kami tak letak high expectation la untuk lunch yang free tu.. 

Dulu kat sunway lagoon pun harap je order Nasi Goreng Ayam = RM10.00. WOW! bajet gempak! Sekali apa yang kami dapat ialah Nasi goreng cina+Daging burger Ayam! Nasi goreng AYAM la sangat... 

Sangat-sangat terkejut set lunch yang disediakan. Kami ada 4 pilihan
1) Nasi putih + Kari Ayam
2) Nasi putih + Ayam Kicap
3) Bubur Ayam
4) Nasi putih + Ayam halia
Setiap set termasuk 1 tin soft drink atau 1 botol air mineral..


^^^ Ini set yang aku pilih. Nasi putih + Kari ayam. MARVELLOUS!!!! ada 3 ketul ayam okay! Siriesly sangat-sangat sedap. Kari Ayam yang pekat + pedas!

Kawan-kawan aku yang lain pun sangat berpuas hati dengan set yang mereka pilih (Ayam halia + Ayam Kicap). So, kalau korang pergi sini tak payah risau pasal bajet makanan ok.. Tapi kalau ini tak menepati selera korang, korang boleh beli makanan lain yang dijual kat situ... Kami ni tolak batu + Kayu je.. Semua benda bedal.. hehehe~~

Dah kenyang, posing tyme!!!!!!!

1..2......3... Say Cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeseeee!!










Akhirnya, pukul 5.00 petang, kami beredar dari sini..

Selamat tinggal A'Famosa Water Theme Park! Next time, panjang umur + Murah rezeki kami sampai lagi!! Such a great moment in here!!




 Ad-hoc idea memandangkan masih awal dan kereta sewa disewa untuk 1 hari, so kami terus plan nak ke Setia City Mall tengok wayang! Tengok cerita Oblivion. Memandangkan pukul 9 malam dah full house, so kami tengok pukul 9.20 malam... Itu pun dapat seat 4 dari depan! huhuhu~~

^^^^Sementara menunggu untuk tengok Oblivion @ GSC Setia City Mall

Lebih kurang pukul 11.30 malam, kami semua balik ke kolej/rumah.... Satu hari yang sangat-sangat-sangat menyeronokkan!! ;D


Monday, 4 March 2013

We are F.A.M.I.L.Y!!!

One BIG FAMILY



Semuanya bermula di sini :

Lafaz ikrar pada majlis
Annual Grand Meeting (4 March 2012)

Kami bersama-bersama bergerak menjayakan pelbagai aktiviti seperti sebuah keluarga...
Enjoy pun bersama-sama..

Bowling together-gether di Ole-Ole
Walau aku tak berkesempatan untuk bersama-sama dalam setiap event, namun
aku tetap nak berkongsi kenangan-kenangan manis bersama mereka ini..

1) Selangkah ke FSKM 
(5 March 2012)
Lokasi : Dewan Al-Ghazali FSKM

Aku terlambat sampai disebabkan tersekat dalam traffic jam.. hehe~

2) Majlis Bacaan Yassin bersama Dekan FSKM
(8 March 2012)
Lokasi : Surau CS1 FSKM

Remember : 
BE GOOD, BE SMART, RESPECT YOUR PARENTS, RESPECT OTHER, WE ARE THE KHALIFAH OF ALLAH - Dean of FSKM



3) Majlis Amanat Dekan, Watikah Perlantikan Persatuan Dalaman 2012/2013 dan Program Pemantapan Wawasan 
( 10 - 11 March 2012)
Lokasi : Dewan Besar INTEC, Sek.17 Shah Alam

Semua masih 'behave' lagi waktu ni... hehehe~

Gambar Pertama bersama-sama.... :-)

4) KACA 
(17 March 2012)
Lokasi : Dewan Al-Ghazali FSKM

Sama-sama peluk bahu dan nyanyi lagu GEMURUH dengan bersemangat!!
dan sejak tu, Gemuruh jadi lagu tema kami.. :D

5) Majlis Anugerah Dekan Pepriksaan Januari 2012 (12 April 2012)
Lokasi : Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

Aku jadi Biro Hadiah for the first time. Got a high fever masa event ni. And satu-satunya event, yang aku tak makan. Muka yang tersangat pucat sepanjang majlis..
dan hanya sekeping gambar ini sahaja yang aku ada..huhuhu


and suddenly...
keesokan harinya...
Selamat Check In di HTAR, Klang...

Thank youuuu you olllzzz!!!!!

6) Karnival Sukan FSKM 1 Malaysia
(20-23 April 2012)
Loaksi : Pusat Sukan & FSKM

Event yang sama-sama tak tidur malam.. Event yang balik rumah pukul 4 pagi..
Event yang menempuh pelbagai cabaran.. Tapi semuanya menyeronokkan!
and dalam event ni lah baru kenal ngn Mr.Penguin FSKM (mascott)


7) Majlis Pra-Graduan & Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir Sesi Mac-Julai 2012
(4 Mei 2012)
Lokasi : PKPS, Shah Alam


Boy & gegurls in Black!

8) Selangkah ke FSKM
(10 September 2012)
Lokasi : Dewan Al-Ghazali, FSKM

800++ new students to 'entertained'
9) Sambutan Hari Raya bersama Dato' VC
(11 September 2012)
Lokasi : Padang depan DATC

such a great moment together...
first time KACAU DODOL ok!!



oh!!
kami ada special kad raya ok!!

10) Program Pemantapan Wawasan
(14 - 15 September 2012)
Lokasi : DATC, UiTM Shah Alam

Camera addicted!




11) KACA
(6-7 Oktober 2012)
Lokasi :  Nur Laman Bestari Trraining & Eco Resort, Ulu Yam.

My first experience deal with LUMPUR!
Mula-mula GELI, lama-lama LUPA DIRI..hehe~



12) Hari Bertemu Pelanggan
(10-11 Oktober 2012)
Lokasi : Laman Najib, FSKM



Sangat-sangat-sangat-sangat terhutang budi kepada semua FAMILY and urusetia HBP.
;D
and special thanx to all my smf brothers yang berpeluh-peluh tolong angkat meja. :D

13) Step 4 Health
(20 Oktober 2012)
Lokasi : Sekitar UiTM Shah Alam



14) Majlis Anugerah Dekan Peperiksaan Jun 2012
(10 November 2012)
Lokasi : Dewan Al-Ghazali, FSKM

love the 'sakura'. =)


with 'mami'

p/s : makanan yang marbeles dari Mami Catering.. Nak contact number Mami?? PM me. hahahha~


15) Ceramah Quranic Medicine
(21 November 2012)
Lokasi : Dewan Al-Ghazali, FSKM

Aha!! Tuang air untuk Ashraf Muslim u olllz!! #merenyam


16) Road Tour FSKM Siri III
(30 November - 1 Disember 2012)
Lokasi : Kolej Matrikulasi Johor

..........................
(speechless..)

17) Eksplorasi & Ekspresiasi SMF
(11 Disember 2012)
Lokasi : Port Dickson, Negeri Sembilan

Kita ENJOY!!!!!





18) Road Tour FSKM siri IV
(25 - 28 Januari 2013)
Lokasi : Pantai Timur Semenanjung Malaysia

belajar "Singo beng sa"!! ahaha~~


19) Team Building
(22-24 Februari 2013)
Lokasi : Pangkor Rimba Kem Resort, Pulau Pangkor

Free Vacation!! ahaha~~


20) Kursus Pengurusan Organisasi
(25-26 Februari 2013)
Lokasi : FSKM

Jaga makanan daaaaa~~

21) Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kali Ke-6  Sesi 2012/2013
(2 March 2013)
Lokasi : Dewan Al-Ghazali, FSKM


Hari terakhir memegang jawatan ini :


Hari ketawa dan menangis...


Adakah ini kali terakhir kami memakai baju purple ini???

walau apapun, tamat sudah tugas kami..
Namun ikatan ukhwah sebagai sebuah keluarga tidak akan pernah putus.




p/s : family semua, gambar-gamba kat atas ni ad yang I kidnap dari u ol ok! mintak halal yer... hehehe~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting