Showing posts with label Josh. Show all posts
Showing posts with label Josh. Show all posts

Wednesday, 24 July 2013

Abang Cik & Josh


Cuaca panas hari ini menyebabkan Josh tak senang duduk.
Dari tidur dalam bilik aku dia sanggup keluar ke ruang tv dan baring dibawah kipas syiling dan juga kipas duduk.. 2 kipas sekali dia guna.


kucing pun pandai cari kipas untuk sejukkan diri..

Tapi seperti biasa,
Josh kalau tak membuli Abang Cik memang tak sah!
tengok ni :


Actually Josh datang time Abang Cik siap pasang kipas ni..
Tak sempat Abang Cik baring depan kipas,
Josh dengan muka slumbernya rampas tempat Abang Cik.
Abang Cik babab bontot dia pun tak nak bangun...
Josh...Josh....

Josh sangat suka membuli Abang Cik..
Mentang -mentang la Abang Cik ni tak normal,
dibuli je kejanya..
Sama macam tuan dia. hahaha~~
Ni baru sikit..
Adakalanya Abang Cik tengah jalan, dia serang hendap Abang Cik.
Tu belum lagi dia buat bodoh tak nak jalan bila Abang Cik panggil makan...
saja jer suruh Abang Cik angkat dia gi tempat makan.

Adoi....
Ikut perangai tuan betul si Josh ni,
hahahhahahaha~~


Thursday, 18 July 2013

Tak Puasa!!


Assalamualaikum!!
Salam Ramadhan.

Hari ni dah hari ke-9 kita berpuasa.
Sekejap je rasanya masa berlalu.. Dah tinggal lebih kurang 21 hari je lagi untuk kita berpuasa..

Hari ni nak cerita pasal BUDAK YANG TAK PUASA kat rumah ni..
Tak lain tak bukan Si Gemok Josh Santana

Muka budak merajuk sebab tak dapat panjat gerobok aka almari...

Lepas peristiwa Si Gemok ni demam haritu,
dia sangat-sangat-sangat-sangat memilih bab makan.
Langsung tak nak makan ikan dah.
Makan kibble je yang dia nak..
So, ibu layankan.... Ibu belikan jenama Whiskas or Pro Diet

Memandangkan dia dah tak nak makan ikan langsung
and bergantung sepenuhnya pada kibble,
agak risau la jugak..
Seperti yang sedia maklum kandungan garam dalam Whiskas sangat tinggi manakala Pro Diet pulak mengandungi bahan pewarna..
Senang cerita agak kurang elok untuk kucing....

Jadi, sebagai seorang tuan yang baik,
aku pun try la untuk tukarkan kepada makanan premium jenama Blackwood.


Nasib baik lah Si Gemok tu memang telan je apa juga jenis kibble..
So, tak adalah masalah nak bertukar..
Tengok poo poo dia pun ok je...
Tak ada cirit birit...
Ok la kan..

Tapi sekarang ni, disebabkan stok Pro Diet dia masih banyak
and membazir la pulak kalau buang kan,
jadinya, aku and ibu decide bagi dua-dua...


Malangnya, Gemok ni terlebih pandai,
letak dua-dua camni,
dia pilih :


Blackwood je!!

hampeh!!
Padan muka kene bebel dengan ibu tadi.
Ibu ugut Josh, kalau tak nak habiskan yang lama tu, ibu tak nak bagi Blackwood lagi.

hahahahahaha~~~
pagi-pagi lagi dia dah gaduh ngan ibu...
hehehe~~





Friday, 10 February 2012

Josh ke "Medan Perang"




 buat pertama kalinya aku menge'post' entry via email...
aku tak tahu berjaya or tak...
Kalau ada yang 'berjaya' menengok entry ini, maka berjaya lah ia...

sangat rindu nak berblogging..
tabahlah wahai hati...
Rindu kat my lappy...
Nasib baik incik corby ada..
Walaupun tak dapat nak blogwalking,
dapat merapu via email ni pun jadi la...................................

Ok. gamba yang aku post tu,
actually gambar Josh yang sedang 'berperang' dengan seekor kucing jantan jiran aku yang cuba mengorat Si Josh...
Adoihai....
JOSH tu JANTAN la!!! yang ko gi ngorat dia apesal...
Kan tak pasal-pasal 2-2 terjun parit..
terpaksalah hantar pasukan PBB untuk meleraikan mereka.........
huhuhu~~~~~ 


p/s: missing sum1 damn much!!!!!!!!!!!!!! huh!

Friday, 30 December 2011

Ayang.....


Ayang... Camana boleyh sampai atas ni???? Meh ikut Akak turun..... 

Buat kali keduanya, aku menghantar Ayang ni turun ke ground floor kolej Mawar..

Tak tahulah camana Ayang ni boleh sampai ke tingkat 5...

Ayang ikut orang naik lif ke??
or 
ada orang yang bawa Ayang naik....

nak kata Ayang ni naik tangga, rasanya tak..
sebab... Pintu tangga semuanya bertutup..

Hmmm...
Napa aku sanggup dengan rela hatinya bawa Ayang ni turun???

sebabnya...
Aku risau Ayang ni 'membuang' bersepah-sepah..
Tak pasal-pasal ti satu floor aku berbau...
Nasib lagi tak baik
kalau Ayang ni 'membuang' kat harta benda aku spt kasut...
ooo.. Tak sanggup...
Sebelum itu terjadi, baik aku hantar Ayang turun bawah....

Bila aku pegang Ayang ni,
teringat pulak kat hero aku tu...
waaaaaaaa~~~
Miss him so much!!!!!!!!!

Josh Santana, Adik rindu JOSH!!!!!!!!!!!


Wednesday, 7 September 2011

Kerana CORBY II


Kerana CORBY II........................






















JOSH menjadi mangsa.....

Warkah buat JOSH :

***********************************************************
Kehadapan JOSH SANTANA, 


















Adik mintak maap yer JOSH SANTANA.....
JOSH kena tukar selera........
Adik bukan nak zalim seperti PETKNODE....
cuma...... Adik dah kekurangan bajet dah nak beli yang biasa tu....
ini pun sedap jugak kan?????

Maaf yer incik JOSH.....


daripada; ADIK.
***********************************************************



Monday, 29 August 2011

Mandi Sunat Aidilfitri


Assalamualaikum..
Aidilfitri bakal menjelang tiba..
so, nanti sebelum sembahyang sunat aidilfitri jangan lupa mandi sunat aidilfitri yer... ;)


kalau ada yang terlupa niatnya,
sini aku share :


Sumber : (sini)

tapi sebenarnya aku nak bagitau my lovely JOSH SANTANA
pun mandi sunat aidilfitri taw!!!

memang dah jadi rutin aku setiap tahun,
me'mandi raya' kan josh..
hehehe~~

jom.. usha gambar bawah ni...

(1) towel dh standby... collar dah buka......

(2) usha kiri kanan.. Cari peluang nak LARIIIII!!!!!!!


(3) syampoooooo JOSH!!! Yeah!! ;)
(p/s: Josh guna syampoo with Aloe Vera taw!)


(4) Abg Cik pon sebok nak intepremmmm.. 


OK.. JOSH dah mandi raya!!!!!

Hmmm...

Dikesempatan ini saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua.. ;D

Get more Hari Raya : Click here






Wednesday, 10 August 2011

Maaf..Maaf...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~ T_T

Maafkan adik JOSH SANTANA!!!!!!!!

Kerana 'keghairahan' aku mengecat rumah,
Akhirnya, bukan setakat rumah yang aku cat,
ni pon aku TERcat.


EKOR JOSH!!!!

huhuhuuhu~~~ sori Josh...sori...
Mana lah adik perasan josh ngah membuta kat tepi pintu tu...
huhuhuhuhu~~~~~~~

Hasilnya :

Josh MERAJUK (sebab bulu kat ekor dah jadi keras seperti memakai Hair Gel..)
 dan beralih tempat tidur.
Tidur atas meja pulak..
Yang ni kompem-kompem aku nampak...
hehehhe~~~~~~~

sori yer josh....
Jangan la merajuk dengan adik lagi...
Dahlah bf awk pown merajuk ngan adik...
ini awak plak ke nak merajuk dengan Adik??
waaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~
Semua nak merajuk... huhuhuhuhu~~~~~



Saturday, 30 July 2011

Nasib Mereka....


This is one of the 'Ming Ming's (chick) and Josh Santana (Cat)


I have 11 Ming Ming.. :) (age: 2 weeks)

rite now,
I just wondering...
What will be happen to my lovely Josh & 'Ming Ming's when these 'Gendut & Pau' balik kampung this Monday.... (especially 'Ming Ming's)

Gendut @ Izzah @ Kakak
(this is the latest photo of Izzah..with her 'new image'.. U're so cute la Kakak!!)

Pau @ Iffah @ Baby
(Baby, please SMILE :)....)

I'm sure Josh will SURVIVE but Ming Ming.................................... (just wait and see..)

Why I'm so worried??
aha...

when Izzah said :
"Izzah alik ampung nak aen ngan ayam"
(Izzah balik kampung, nak main dengan ayam)
and I'm 500% sure that Pau will do so..

"MAIN" is the very dangerous word when it comes from this 'budak kecik'
her 'MAIN' is referring to:
lovely words "Omeynye ayam" (Comelnya ayam)....then, tarik ekor + picit sana..picit sini + try to 'suap'kan any food and it may become WORSE when she get a small pail of water and try to 'MANDI' kan the chicks like her 'mandikan' Josh.. 

So, harap-harap this week Abang Cik tak perlu menggali kubur untuk Ming Ming...


Saturday, 23 July 2011

Si Penunggu Durian


sekarang musim durian kat kampung aku..
so, kena hire 'JAGA' untuk guard durian-durian ni...
hehehhe~~



This is "Josh Santana Si Penunggu Durian"!!!

Saturday, 27 November 2010

JOSH!!

hari ni kepala aku dah serabut dek masalah yang melanda JOSH SANTANA.
ada ke patut kucing aku yang Jejaka Idaman Malaya tu diburu kaum sejenis..
-JOSH SANTANA-

blogger-emoticon.blogspot.comhaish! aku pun tak pasti kenapa??
maybe sebab Si Jantan tu ingat Josh ni betina kowt..
almaklumlah aku kan dah "khasi" kan si JOSH tu..
mne la ad "tanda-tanda kejantanan" lagi kat JOSH...
kesian aku tengok JOSH..

JOSH yang selama ni ganas, senang kata dia Sarip Dol kampung aku ni la,
boleh ketakutan dikejar oleh SI JANTAN MIANG!!
hahahaha~~
lawak ada.. kesian pun ada...
JOSH...JOSH...
nasib ko la JOSH...
blogger-emoticon.blogspot.comsekarang ni, Josh hanya mampu berkurung di dalam rumah...
baru je nak melangkah keluar, SI JANTAN MIANG dah keluarkan suare miangnya nak pikat hati JOSH...
sanggup SI JANTAN MIANG tu tak balik rumah semata-mata mennanti JOSH kat luar pintu rumah aku..
ish...ish.. parah betul...
macammana la aku nak bagi tahu SI JANTAN MIANG tu bahawa sesungguhnya JOSH adalah kaum sejenisnya????????????

or sebenarnya SI JANTAN MIANG itu adalah termasuk dalam golongan "HOMOSEKSUAL"??????????????

mmmmmm... entahlah... aku pun tak tahu...
sabar ye JOSH.....

Aku nak share ngan korang hadiah istimewa yang pernah josh hadiahkan untuk aku satu ketika dulu.......
(gambar-gambar ni diambil SEMINGGU selepas tarikh kejadian...)

ni tak teruk sangat.. kat kaki aku lagi teruk... (maaf.. aku tak nak share gamba kaki aku tu kat sini....)
demam juga la aku lepas dapat "hadiah" ni...
dah la aku tak dapatkan rawatan kt klinik..
main ubat sendiri je.. nasib baik tak jadi apa-apa....kalau tak... tak tahulah sama ada aku masih ada kat muka bumi ni lagi ke tak...
wahai reader2 sekalian, jangan buat macam aku ni okay.. kalau luka disebabkan cakaran kucing WAJIB, MESTI pergi hospital atau klinik...
dapatkan rawatan....
sebab kuman dari cakaran n gigitan kucing sangat-sangat merbahaya!!!..
maybe aku selamat sebab aku rawat (rendam n cuci) luka-luka aku ni dengan alkohol..
sakit n pedih tak payah nak cakap la...tuhan je yang tahu...
tapi Alhamdulillah ianya berkesan....
ini adalah antara kisah duka sepanjang aku bergelar Tuan kepada Josh.............




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting