Showing posts with label Kisah Duka. Show all posts
Showing posts with label Kisah Duka. Show all posts

Tuesday, 12 June 2012

Mengapakah ini semua terjadi????

tiba-tiba charger laptop aku meletup..
and lappy aku terus teroff...

pergh..
gila cuak...
Aku baru on lappy tak sampai dua jam,
takkanla panas sangat kowt.....

or
sebenarnya charger lappy aku tu memang dah tunggu masa je nak meletup??

hmmmm...lately bila ada esemen yang nak kena submit,
memang lappy aku ni almost 24 hours la terbukak...
lappy tak panas, tapi lupa pulak charger tak berapa nak ori....
Akhirnya, itu lah yang terjadi....
actually charger tu bru habis warranty bulan lepas, bulan ni dh meletup..
ish..ish..ish..

terpaksa la bekejar ke Plaza Alam Sentral (PAS) tadi mencari charger...
kena jugak cari charger baru,
assignment tengah melambak-lambak ni...
huhuhu~~~

so, totally aku dah menggunakan 3 charger...

ni first charger yang aku guna...
charger asal lappy ni...
Rosak tang wayar dia tu jer.. dah hampir terputus...
[gila ganas aku guna!!!]


ni charger kedua...
Charger yang tak berapa nak original...
charger ni juga la yang MELETOP pagi tadi!


and yang ni charger yang aku tengah guna...
yang baru je aku beli tadi.......
serik dah nak beli charger yang tak ori......
huhuhu~~~


Settle dah masalah charger....
JOM BUAT ESEMEN!


Wednesday, 25 April 2012

Check-in di HTAR


13 - 15 April 2012
buat pertama kalinya aku 'check-in' di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selama 
3 hari 2 malam....
Ohhh... "Indahnya!!!!!"



Semua ini angkara "Nyamuk Durjana"...
huhuhu~~

3 hari 2 malam di hospital,
aku telah dimasukkan dengan 9 drips


dan diambil darah sebanyak 13 kali...


huuhuhuhuhu~~~~~~~~~

Alhamdulillah
setelah bermangkuk-mangkuk sup ketam, berbotol-botol air mineral + 100plus , dan berbiji-biji buah Kiwi disumbatkan ke perut, akhirnya paras platelet telah meningkat dengan drastiknya...
So, lepas ni, sesiapa kena Denggi makanlah sup ketam + buah kiwi and minum air mineral + 100 plus banyak-banyak kalau tak nak dok lelama kat hospital tu.....

After discharge petang Ahad tu, still dapat mc sampai hari rabu...
So, time untuk bermalas-malasan di rumah!!!
hehehe~~~

btw, nak ucap penghargaan + terima kasih banyak-banyak kat my family + friends yang sudi menjenguk aku kat wad...
and semua yang mendoakan kesihatan aku...
tenkiu..tenkiu...tenkiu sooooooooooooooooooooo much!

Now, Ehda Al- Najihah is BACK!!!

hehe~~


Saturday, 7 January 2012

Frustrated


First paper;
STA 500 (Nonparametric Statistics)



hmmm...
memang dah nasib kitorang kowt..
Bila batch kitorang je
mesti ada problem...
mesti dapat soalan lain dari yang lain...
dulu waktu diploma
paper OR and Probability II..
Nasib baiklah dua-duanya memberi hasil yang membahagiakan..
tapi untuk paper ni?
entahlah...
Berserah sahajalah...
Dah cuba buat yang terbaik...

Tapi walau macamana pun,
rasa kecewa tu tetap ada..
sebab ini adalah satu-satunya subjek statistics yang aku ambil untuk sem ni 
and ini adalah favourite subject aku yang aku sentiasa aim untuk dapat yang TERbaik...

Tapi bak kata my 'atok'
benda dah lepas.. Tak boleh buat apa...
pasrah n doa je la..

Now, preparing for the next paper (DATABASE) on 10 January 2012... ;-)

Friday, 6 January 2012

Penantian itu satu penyiksaan..




Esok first paper untuk aku..
Paper Nonparametric Statistics..
Hopefully semuanya akan berjalan lancar.

******************************************

Hmmm...
Apa yang dinanti??
mestila yang berkaitan dengan JPA...

(1) Duit..
Bila buka details account aku
apa yang ada kat situ just penyata untuk semster 6 diploma dulu...


Belum ada lagi penyata untuk degree (This semester)
Kanapa perlu penyata ni??
Sebabnya duit akan masuk ke dalam account lebih kurang seminggu after penyata keluar..
So, kena makesure penyata keluar, barulah
sinar-sinar kebahagian muncul...
huhuhu~~

(2) Surat tawaran baru
Aku masih menanti kedatangan surat tawaran baru untuk biasiswa  ni..
Ada kesilapan tempoh pengajian dalam surat tawaran yang lepas..
Aku dah email hampir sebulan
tapi masih belum dapat apa-apa feedback...




OH, JPA................

******************************************

Friday, 16 December 2011

Untitled


Ya Allah...
Tabahkanlah hatiku menempuh segala dugaan ini.................


EHDA AL-NAJIHAH
you need to be strong!!!

YOU NEED TO
FOCUS 
on your TEST + PROJECT + FINAL EXAM!!!!!


*Bila kita sedih, kita mengharapkan ada seseorang yang dapat menenangkan hati, dapat berkongsi segala masalah yang ada... tapi selama mana 'orang' itu akan ada di sisi kita?? selama mana 'orang' itu sudi dijadikan tempat mengadu?? selama mana 'orang' itu akan terus sabar melayani kesedihan kita??Ingatlah. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang sentiasa ada bersama kita di kala susah dan senang,,, Hanya Allah sahajalah tempat terbaik untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.*


Thursday, 10 November 2011

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.


******************************

Innalillahiwainnailaihiraji'un

Semalam petang aku diberitahu tentang kematian seorang saudara (2 pupu)
akibat kemalangan jalan raya.
Pemergian yang tak disangka-sangka..

Dapat je berita kami terus bergegas ke Hospital Batu Pahat.
sampai di sana,
jenazah masih belum boleh dibawa pulang..
menanti ketibaaan polis untuk makluman & laporan kematian...

Takziah buat keluarga Allahyarham.....
Al-Fatihah..

******************************

Wednesday, 15 June 2011

MUET Result

Entry kali ni memang entry yang sangat-sangat-sangat TAK GREAT!
patutnya memang tak sesuai nak post kat blog neyh.
tapi nak buat macamana kan.....
aku tak ada lagi blog "Sumthing NOT GREAT in my life"
So, conteng je la kat sini.....

ok...
13 June 2011
Monday
MUET telah dikeluarkan keputusannya..



sangat HUDUH result ku..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~



Padan muka aku!
nak amek MUET, bukannya nak study.
Esok nak ambil MUET, siap layan Movie + Novel sampai ke pagi...
Memang SANGAT PATUT la dapat result camneyh!
huhuhuhuhu~~~

tapi watevapun...
MUET dah lepas...
Biaq pi la...
Terima je la seadanya...
Syukur dengan apa yang dapat........

Janji dah ambil MUET...
tak adanya aku nak gi amek MUET ni lagi....

Monday, 25 April 2011

OOUCHH!!!

2 paper agy untuk ditempuh..
esok, kol 2.00 petang:MR

Tanda-tanda DEMAM dah mula datang...
kepala dh mula "nenonenoneno..."blogger-emoticon.blogspot.com
YA ALLAH....
tak mahu demam sekarang...
besok ada paper...
MR plak tuh-100% membaca..
tak siap stady agy...

tadi nai bagi benda ni,
WOODS :Cold Shield


--Untuk elak demam--
hopefully berkesan....

tak maw telan PANADOL!!!!


huhuhu~~blogger-emoticon.blogspot.com


Friday, 22 April 2011

Second paper: OR!!

Paper ke-2 :
QMT 337 / QMT 437
Operations Research

Sejarah berulang lagi...
Aku menangis kerana "Paper ke-2"
Sem Lepas, paper ke-2 : Probability & Statistics II;
terkeluar air mata,

sem ni lagi sekali..
Kali ni menagis beramai-ramai....
masing-masing :
1) Banyak tak jawab; sebab TAK TAHU LANGSUNG WALAU DAH FIKIR..
2) Banyak yang tertinggal ; sebab TAHU tapi TAK SEMPAT
3) Banyak tak jawab + tertinggal; sebab TAK TAHU & TAK SEMPAT NAK FIKIR APA2..

hmmm...
entahlah...
Rasanya jawab Soalan Probability & Statistics II sem lepas yang memang diketahui sebagai "Killer subject" tu pun tak macam ni....

Operations Research..Operations Research....
"Kenapalah anda buat kami begini????"

compare dengan soalan-soalan past sem, MACAM LANGIT DENGAN BUMI.
So, kepada mereka-mereka yang akan ambil paper ni sem depan or sem-sem depan,
bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan..
Jangan bergantung dengan soalan-soalan past sem semata-mata...
Beware dengan soalan-soalan THEORY (yang baca-baca tu..)!!!

Jumlah soalan sama je dengan yang lepas-lepas
Part A : 5 Soalan
Part B : 5 Soalan
tapi....
Salasilah keturunan dia panjang...
Beranak pinak..Bercucu Cicit....

HUH!!
dah lah...
Tak maw pikir pasal OR lagi...
Kita sebagai student, dah berusaha & dah cuba buat yang terbaik..
Lecturer pun dah ajar + bagi semua ilmu yang perlu....
Sekarang ni;
Dah tak boleh buat apa dah...
Benda dah lepas..
Yang tinggal hanyalah DOA...
Kita serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T
Hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita....

Monday, 24 January 2011

JPA oh JPA...

Sem ni sangat "sengkek".
Dah masuk minggu ke-4 kat UiTM ni,
biasiswa still tak masuk lagi...
Budak-budak PTPTN, dah berjoli sakan.. Kitorang dak JPA still tak dapat duit!!!

Oh my dear JPA...


Bila la kamoo mahu bank in kan duit???
Tahukan kamoo, sesungguhnya Penantian itu satu penyiksaan??blogger-emoticon.blogspot.com

hmmm..
hari-hari aku dok usha portal bendahari UiTM..
tapi, hari-hari gak tengok benda yang sama...


Status yuran masih "belum dibayar"...
Maknanya... Duit pun belum bank in la!

Kata para cendekiawan :
"Sejarah akan berulang..."
Maknanya... Berdasarkan SEJARAH:

Bulan FEBRUARI la baru duit masuk!!
AAAAAAHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!

nampaknya terpaksa la korek duit dari *bank PAMA!
Lepastu hari-hari telan bihun PAMA.blogger-emoticon.blogspot.com
At the end of this sem kepala aku pon transform jadi "helipad".

Bila buat cerita sedih kat ibu.. Ibu just cakap :

"Sabarlah.. Adik nak makan duit rakyat. Ingat senang ke??Dapat free pulak tu."

Ok. Diam terus..

Sabar...Sabar...Sabar...

"Sesungguhnya Sabar itu sebahagian daripada Iman"

Nasib baik la Mr Eddy Suffian bin Mahmud "tersentuh" dengan cerita "sedih" aku ni..
(aku buat drama air mata dengan abang.hehehe~)
Risau adik dia yang sorang ni tak makan,
terus bank in kan duit.hehehe~~
THANX ABANG!!!! SAYANG ABANG SANGAT-SANGAT!!!
nanti balik, adik belanja tengok wayang + pizza. Tapi adik belanja gune duit abang!
hehehe~~blogger-emoticon.blogspot.com

*bank PAMA ---> bank PAPA+MAMA a.k.a tarah duit parents la!




Thursday, 23 December 2010

Perlu ke??

doc kata :
"salah satu sebab kenapa demam awak tak baik-baik ialah masalah gusi + gigi awak tu. saya nasihatkan awak pergi jumpa dengan doktor gigi. nanti dia akan belah sikit gusi awak tu, biar gigi tu keluar and tumbuh"

Perluke aku pergi jumpa dentist??
huhuhu~~~~
takowt!!!
Waaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~
tak maw!!!!!

dari kecik aku memang jaga gigi aku bagai menatang minyak yang penuh...
supaya dentist tak ada alasan nak buat apa-apa kat gigi aku..
tak pernah kena cabut.... tak pernah kena tampal...
kalau pergi clinic gigi pun, aku just buat scaling je.. tu pun dengan rela hati taw... bkn paksaan...huhu
tapi kenapa selepas 20 tahun, aku kena menghadapinya??????

waaaaaaaaaa~~~
tak nak!!!!!!
tapi.....
dah rindu nak makan nasi!!!..........
dah masuk hari ke-3 aku tak makan nasi.........
huhuhuhu~~~~~~~~~~

~~~DILEMA~~~

Saturday, 27 November 2010

JOSH!!

hari ni kepala aku dah serabut dek masalah yang melanda JOSH SANTANA.
ada ke patut kucing aku yang Jejaka Idaman Malaya tu diburu kaum sejenis..
-JOSH SANTANA-

blogger-emoticon.blogspot.comhaish! aku pun tak pasti kenapa??
maybe sebab Si Jantan tu ingat Josh ni betina kowt..
almaklumlah aku kan dah "khasi" kan si JOSH tu..
mne la ad "tanda-tanda kejantanan" lagi kat JOSH...
kesian aku tengok JOSH..

JOSH yang selama ni ganas, senang kata dia Sarip Dol kampung aku ni la,
boleh ketakutan dikejar oleh SI JANTAN MIANG!!
hahahaha~~
lawak ada.. kesian pun ada...
JOSH...JOSH...
nasib ko la JOSH...
blogger-emoticon.blogspot.comsekarang ni, Josh hanya mampu berkurung di dalam rumah...
baru je nak melangkah keluar, SI JANTAN MIANG dah keluarkan suare miangnya nak pikat hati JOSH...
sanggup SI JANTAN MIANG tu tak balik rumah semata-mata mennanti JOSH kat luar pintu rumah aku..
ish...ish.. parah betul...
macammana la aku nak bagi tahu SI JANTAN MIANG tu bahawa sesungguhnya JOSH adalah kaum sejenisnya????????????

or sebenarnya SI JANTAN MIANG itu adalah termasuk dalam golongan "HOMOSEKSUAL"??????????????

mmmmmm... entahlah... aku pun tak tahu...
sabar ye JOSH.....

Aku nak share ngan korang hadiah istimewa yang pernah josh hadiahkan untuk aku satu ketika dulu.......
(gambar-gambar ni diambil SEMINGGU selepas tarikh kejadian...)

ni tak teruk sangat.. kat kaki aku lagi teruk... (maaf.. aku tak nak share gamba kaki aku tu kat sini....)
demam juga la aku lepas dapat "hadiah" ni...
dah la aku tak dapatkan rawatan kt klinik..
main ubat sendiri je.. nasib baik tak jadi apa-apa....kalau tak... tak tahulah sama ada aku masih ada kat muka bumi ni lagi ke tak...
wahai reader2 sekalian, jangan buat macam aku ni okay.. kalau luka disebabkan cakaran kucing WAJIB, MESTI pergi hospital atau klinik...
dapatkan rawatan....
sebab kuman dari cakaran n gigitan kucing sangat-sangat merbahaya!!!..
maybe aku selamat sebab aku rawat (rendam n cuci) luka-luka aku ni dengan alkohol..
sakit n pedih tak payah nak cakap la...tuhan je yang tahu...
tapi Alhamdulillah ianya berkesan....
ini adalah antara kisah duka sepanjang aku bergelar Tuan kepada Josh.............




Thursday, 30 September 2010

Kenangan "Surah Al-Kahfi"

Alhamdulillah.. hari ni bacaan rutin Al-Quran sy telah smpi ke Surah Al-Kahfi..
surah yg mengandungi pelbagai kelebihan dan kebaikannya yg tersendiri...
apabila sy membaca surah ini, air mta sy mengalir dengan sendirinya..
bukan kerana sy menghayati n memahami setiap mksud yg tersirat di dalamnya
(setakat ini sy sekadar tahu membacanya shj.....)
tapi.......

sy terkenangkan seorang insan yg sgt sy syg..
insan yg tiada gantinya dlm hidup sy..
insan yang telah pergi jauh meninggalkan sy..
insan yg menjadi tempat sy sekeluarga berpaut....
insan yg sy gelar AYAH!!

beberapa bulan sebelum Ayah kmbali ke Rahmatullah...
Setelah beliau disahkan tiada harapan untuk sembuh dr penyakit Advanced Hepatocellular Carcinoma..
Ayah selalu meminta kami membaca bersamanya-samanya surah Al-Kahfi ini setiap hari jumaat.. Setiap kali membaca surah ini, sy lihat air mata Ayah n Ibu tidak pernah berhenti mengalir.. Sy tidak memahami situasi itu...
Sy yg hanya ketika itu berusia 9 tahun, selalu merungut malas...
ye la kena membaca surah kahfi yg mengandungi 110 ayat sekali gus.. mmg agak memenatkan terutamanya bg kanak-kanak seperti sy ketika itu..
ibu sentiasa memujuk... kata ibu "Adik, kalau adik syg Ayh, bacalah..."
walaupun dgan separuh keikhlasan pd mulanya, sy tetap membaca..
lama-kelamaan apabila ianya menjadi rutin buat keluarga kami, ketidak ikhlasan di hati sy beransur hilang..
Malah, apabila Ayah telah pergi sy amat merindui detik-detik kami bersama Ayah membaca Surah ini....

Entah mengapa, baru-baru ini apabila sy terimbau kembali kenangan itu, sy terbuka hati untuk mengetahui rahsia n kelebihan di sebalik Surah Kahfi ini..
Alhamdulillah, sy tahu sekarang...
disini sy kongsikan sedikit kelebihan surah Kahfi :

"Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’"


Mungkin ketika itu, Ayah sudah tahu hayatnya di dunia ini semakin singkat...
Andai masa boleh diundur kembali, sy akan memastikan tiada rungutan malas yg keluar dr bibir sy... Namun bgitu mustahil bg mse untuk berundur....
sekarang ini yg mampu sy lakukan sbgi tnda sy sgt syg akan ayah hanyalah
memanjatkan doa semoga roh Ayah sentiasa diletakkan dalam kalangan org yg beriman dan beramal Soleh.. Amin...
(Al-Fatihah buat En.Mahmud bin Hj. Yahaya)

~~lg 2 hari (2 oktober 2010) genap 11 tahun Ayah meninggalkan sy sekeluarga~~
ADIK SYG AYAH!!!!!!!!!!!!!

Sunday, 29 August 2010

Malangnyer..



hye.. dh lmenye x update blog...
rsenye sarang labah2 kt cni dh "bagai cendawan tumbuh slpas hujan"
(lme x gne pribahasa ni ...)
kalo la srang labah2 tu semahal hrge sarang burung layang-layang.
kompem ak bley jd kaya.. hehehe~

cter ni dh lme dh, tp bru berkesempatan nk menconteng kt cni...
30 July 2010...
jumaat yg indah...

ak, nai, teyka n islamiah plan g manjung n teluk batik..
ktowg grak dr u lbey kurg kol 12...
sewe kete kt D'Sport..(kancil manual)..

ktowg sbnanye nk g PC Fair kt Dewan Merdeka Seri Manjung...
x pnh pgi pown pc fair kt cni...
besenye ktowang g yg kt ipoh..
tp memandangkan ktowang ad hal 7 Ogos.. so, x bley r nk g sne..
tpkse la g yg kt manjung ni je...

mle2 je ktowg trows g mkn dlu kt mcD manjung..
nk try burger GCB...(rmi sgt yg kte sedap...so nk try la..)

hasilnye??
x d la sedap mne pown.. dging ayam dye byk kulit je..
haish!
baik mkn bigMac.. lg sedap!

lpas hbis mkn..ktowg grak plak g Dewan Merdeka...
dh la x d signboard..
marabe2 ktowg mncri...
at last, follow banner PC Fair yg ad kt tpi jalan...
nseb baik jumpe...

mlekan operasi menjelajah PC FAIR!!!
(bajet besar sgt je.. pdhl kcik gyle PC Fair kt cni..)

pe yg ktowg bli???
mcm2...
yg pling lawak ble ktowg bli smpy 5 headphones...
teyka n nai si "JAGUH PENAWAR",
headphone dr RM25 -------> RM 15...
kesian ak tgok bro cina yg ensem tu kne pkse ngan dak 2 org ni....
hehehe~~

ni la headphonenyer....

g booth maxis plak,
ktowg mntk mcm2..
padahal bli topup je.. bajet mcm bli broadband...
ktowang mntk belon + beg..
uncle india tu sabar je la mlayan ktowg yg byk kerenah ni..
hehehe~~~

-aku, nai, n islamiah with our balloons n goody bags-

-dh hbis shoping...-

lpas hbis menjelajah n tawar-menawar..
ktowg pown grak g sbyg zohor kt masjid dkt2 ngan billion tu b4 nk grak g teluk Batik...

siap sbyg sume, dgn bhagie n aty berbunge2 riangnye,
ktowg pown msuk la dlm kete...
aku pown "menyetart " la enjin tu...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

yg keluar hanye lan bunyi "Tik"...
AAAAAAAAHHHHH, kete x maw idop!!!!!
mcm2 cre ktowg buat..
siap buke bonet dpn, cek enjin..
(ceh, bajet pndi je msg2...)


smpy kesudah x idop2 gak...
cal org kete sewe tu, dye suh mntk tolong sapew2 yg ad kt ctu..
masalahnyer x d org lgsg kt masjid tu!!
pas2 dye bley nk slh2 kn ktowg plak..
geram tol.
dye siap ckp, bateri kete dye tu bru lg.. still under warranty..
so cm musthil r bley rosak..

padahal, bateri buruk gyle..
nk menipu x agk2...
rse nk bg penyepak je!!

at last, ad sorg pkcik ni dtg wk2 dkt2 nk msuk asar..
mntk tolong ngan pkcik tu...
pkcik tu pown ckp batri kete tu dh lme gyle...
last, pkcik tu suh tolak...


nseb bek la ad nai yg gagah n islamiah..
hehehe~~

akhirnye idop gak, kete tu....
pakcik tu nshtkan suh ktowg trows blik je..
takowt kete tu mati agy...

punah harapan ktowg nk bersiar2 di tepi pantai yg indah...
huhuhu~~~~~

agk bernasib bek, org kete sewe tu, caj ikowt jam..
(ikowt pjnjian, ktowg sewe tuk 1/2 hari..)
kalo x, mmg rse nk sepak2, abg2 kt D-Sport tu.
x hingin nk sewe kt c2 lg..

tue la kisah mlg yg menimpe ktowg.............










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting