Monday, 18 November 2013

They are special...


********************************************************
Assalamualaikum...
'mencuri' masa lunch untuk merepek di blog lagi =)
Oh!
Hari ni nak share pasal 1 drama korea
yang best!!!
********************************************************

Tau apa itu Autism?
_________________________________________________________________________________
Autism berasal daripada perkataan  Greek iaitu autos yang membawa maksud diri sendiri dan isme yang bermaksud suatu aliran. Selain itu, autism ini juga merupakan keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak Autism mempunyai imaginasi yang tinggi sehinggakan kanak-kanak tipikal tidak dapat memikirkannya. Hal ini menyebabkan mereka lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan orang lain.

            Selain itu, Autism adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa. Punca kepada masalah ini masih lagi tidak diketahui. Antara contoh tingkah laku yang luar biasa ialah tingkah laku yang berulang-ulang (repetitive behaviours) seperti menggoyangkan badan,  pukul tangan dan sebagainya. Kanak-kanak Autism mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadang kala mereka tidak faham apa yang dilihat dan apa yang didengar. Contohnya, sekiranya kita bertanya nama mereka, mereka tidak tahu apa itu nama dan tidak mengendahkan apa yang kita cakapkan.

_________________________________________________________________________________

Ingat cerita ni tak?


Cerita air tangan Aamir Khan..
Mengisahkan bagaimana seoorang guru mengajar kanak-kanak autism..
Cerita yang sangat best! sangat menyentuh hati...
Kalau belum tengok, sila la tengok ok.

tapi kali ni tak nak cerita pasal Taare Zameen Par ni..
Nak cerita pasal drama korea yang baru je habis ditayangkan...
iaitu

GOOD DOCTOR


Membawa tema yang hampir sama dengan Taare Zameen Par..
Mengetengahkan masalah Autism ini...
Tapi kali ni versi 'budak besar' pula..
Bagaimana seorang penghidap Autism cuba menempatkan diri sebagai seorang doktor dan bercita-cita untuk menjadi pakar bedah kanak-kanak.
Sangat best ok!
Sila la tengok..
Nak tengok kat mana?
boleh la gi layan cerita ni kat www.gooddrama.net

cerita-cerita sebegini banyak memberi info yang baik untuk kita..
Tak kira la apa pun kekurangan seseorang kanak-kanak tu, mereka pasti ada kelebihan yang tersendiri..
Macam Abang Cik kami yang ensem ni.. hehe~



sekian.........

**Gambar sedut google =)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting