*********************************************************************************
Selamat Hari Bapa
buat semua insan yang menjadi telah bergelar BAPA..
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah kita.
Tak kiralah sama ada beliau masih ada mahupun yang telah kembali kepada Allah Yang Maha Pencipta.
*********************************************************************************
Dua orang insan hadir di dalam hidupku sebagai seorang bapa..
AYAH
Insan yang memungkinkan aku untuk ada di dunia ini dengan Kekuasaan Allah.
ABAH
Insan yang menjadi tempat begantung setelah pemergian Ayah..
9 tahun bersama Ayah dan sudah 13 tahun aku bersama Abah.
Walaupun mustahil untuk Abah menggantikan tempat Ayah di hati ini. Namun, pengorbanan Abah juga sehebat Ayah.
Semoga roh Ayah dicucuri rahmat di alam sana.
Semoga Abah diberikan kesihatan n kesejahteraan di dunia ini dan diakhirat kelak...
1 comments:
amin
al fatihah
Post a Comment