Assalamualaikum semua!!!!! :D
Hari ni nak stori-mori pasal sepetang di 'Thailand' bersama keluarga.
wooooohaaaaaa!!
Bila la pulak nya aku gi Thailand ni kan..
Passport pun dah 'mati', tang mananya pulak nk ke obersi!
ha... actually, ini adalah lokasi jalan-jalan cari makan kami di Khuntai Authentic Thai Restaurant, Klang yang baru di buka....
p/s : Lokasinya lebih kurang 3 Km dari main road... Perlu menempuh perumahan warga asing untuk sampai ke sini.. agak ceruk la juga tempat ni.. Jalan pun sekejap tar, sekejap batu-batu.... tapi orang kata, kalau perjalanan nak sampai teruk, hasilnya memang memuaskan!!hehe
Suasana kat sini sangat best...
Menggunakan atap rumbia... siling daripada anyaman mengkuang...
Lokasinya di tepi muara sungai...
So, angin sepoi-sepoi bahasa di petang hari sambil menikmati makanan..memang ummmpphh!!
Meja makan boleh pilih sama ada nak indoor or outdoor...
Yang outdoor tu, memang mengadap muara.. cuma kalo hujan tetibe, basah le....
So, jom aku share menu yang kami order di sini
^ Ketam Kam-Hiong
^ Kerabu Sotong
^ Kailan Ikan Masin
^ Siakap Spicy Thai-Steam
*** Kat sini, untuk pastikan ikan steam and tom yum sentiasa panas, diorang panaskan menggunakan arang yang dibarakan...
^ Spicy Seafood Red Tom Yum
*** Tom Yum dia pedas! ada 2 pilihan.. samaada nak tom yum red ataupun white.... Yang famous kat sini adalah yang ini... Gambar ni di ambil selepas separuh dah masuk perut.. terlupa nak snap pic awal-awal.. hehehe~ Ada arang tau kat bulat tengah tu! hati-hati!
^ Chicken Wings
^ Miang-Kham
***Miang-Kham ni kira macam ulam-ulaman la... Daun tu namanya Miang-Kham.. Tapi dalam bahasa melayunya Daun Kaduk.... Di makan bersama kacang tanah, kerisik kelapa, udang kering serta hirisan limau nipis + halia + bawang merah + cili padi bersama plum sauce..
^ Cara nak Makan Miang-Kham
Kitorang oreder ni semua bersama 2 jag besar fresh orange.. Nyum..Nyum...
Memang licin kitorang kerjakan!
Yang menjadi tarikan di sini adalah ini :
^ Sebuah 'Tuk-Tuk' yang didatangkan khas dari Thailand...
and untuk kanak-kanak, ada ruangan khas untuk mereka bermain....
Sangat sesuai untuk bersantai sambil makan-makan kat sini :-)
Harga kat sini pun agak berpatutan la...
Rate dia ala-ala makan kat seafood or chinese cuisine restaurant...
Tapi PERINGATAN, nak makan kat tempat-tempat cenggini, sangatlah rugi kalau makan sekadar 2 orang... Makan ramai-ramai baru untong lorrhh....hehe~
p/s: Nak tau jalan ke sini, sila la google...... Kalau dari Port Klang ni, naik highway menuju ke Banting...
0 comments:
Post a Comment