Friday, 31 January 2014

Report Terakhir....


Assalamualaikum!!
Lama rasanya tak hupdate blog ni..
Maaflah.. Cik ehda ni baru je melepasi fasa derita menyiapkan report terakhir...
(Semacam pulak bunyi 'report terakhir' tu.. hehe~~)
report terakhir untuk Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik)
dan juga merupakan Industrial Training Report...

Mesti korang kata,
apalah 'derita' sangat nak buat report LI..
Kacang goreng je...

ya.
Mungkin itu bagi korang..

Berbeza dengan kami pelajar Stat...
Kami tak ada Final Year Project (FYP)...
Oleh itu, report LI ni lah segala-galanya..
Bukan dok cerita buat kerja apa waktu LI..
Tapi kena siapkan Research Report menggunakan data-data dari pihak syarikat ataupun data-data yang perlu dikutip sendiri semasa LI..

Alhamdulillah..
Nasib aku agak baik..
Memandangkan buat LI di research company,
so, data memang senang dapat..
dan data memang dah comel dalam bentuk SPSS..
Tinggal analyze je....
hehe~~

Ok.. Data memang tak jadi masalah bagi aku..
Tapi analysis agak haru biru pada awalnya..
Memandangkan akan ada sesi 'fire' ala-ala otromen waktu presentation nanti, jadi perlulah diambil kira dari semua aspek.
Tak boleh nak buat analysis yang simple-simple sangat..
Tapi kalau complicated sangat pun sakit pulak nak menjawab nanti...

Setelah beberapa kali sesi meminda pemilihan analysis bersama supervisor tersayang, Miss Lisa akhirnya berjaya la jugak meng'complicated'kan sedikit benda yang simple..
hehe~~

Maka, akhirnya pada hari Isnin, 27 Januari 2014,
Selamat menghantar laporan penuh...



Lega...
Sekarang boleh fokus untuk 'job hunting'
and....
tunggu KONVO!!!! YEAY!!

Master?
Kena hold dulu...
Setakat ni, plan yang semakin cerah adalah buat master secara part time untuk intake bulan September nanti..

Full time?
No scholarship No Full Time..

Mungkin ada yang kata boleh further full time master with loan...
Tapi....
Ibu tak akan benarkan aku buat loan untuk belajar. 
Sebab...... 
ibu selalu pesan
bahawa ilmu tak kan berkat, kalau belajar dengan berhutang.
Jadi, kalau aku bertekad nak further jugak, confirm ibu akan sponsor..
Tapi bagi aku, cukup-cukuplah aku menyusahkan ibu..
I'll fight for scholarship or cari kerja and buat master secara part time.

Itu plan yang aku ada sekarang.
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..
Aamin.. 



Monday, 30 December 2013

Keep Calm.... Smile...


Assalamualaikum semua!!
Sempena minggu exam ni,
nak share beberapa 'Keep Calm' messages dengan anda-anda terutamanya
yang akan menduduki peperiksaan subjek STATISTICS.

p/s: Gambar sedut Google ok!










AND



Gud Luck juniors!!
Gud Luck seniors!!

dan semua pelajar final semester Bachelor in Science (Hons) (Statistics), UiTM Shah Alam


Gud Luck kawan-kawan!!
hehe~

Tuesday, 24 December 2013

Apa dah jadi??



Assalamualaikum!!
Tuan tanah kembali!!
Yeaaaaaaaaahhhhhhh!!

2013 hampir melabuhkan tirai..
Jadi moh le kita review balik azam-azam yang tersemat di hati di awal kemunculan tahun 2013....
Dah tercapai semua???

Bagi aku,
Alhamdulillah ada yang telah tercapai dengan jayanya..
Namun,
ada jugak yang terkandas di tengah jalan..
phewww...

Tak apalah.. Cuba lagi next year..

Overallnya, 'wishlist' kat sebelah ni,
daripada 4, 2 tiga per empat telah tercapai..
Tinggal 1 suku je lagi..

No new kitten for this year..
Sob..sob..sob...
Tak apalah, my dear Josh Santana tetap dihati... =)

Bersyukur sangat, perjalanan untuk menggenggam segulung ijazah tinggal sedikit je lagi..
Tapi...
Sedikit yang amat menyesakkkan..
huaaaa~~~ T_T
Report & presentation tak settle lagi..
huaaaaaaaaaaaa~~~~~~ T_T

Mana azam yang terkandas ditengah jalan tu,
kita renew la untuk 2014...
belum fully terkandas lagi..kita postpone je....
haha~

2013 memberi banyak kenangan pahit & manis...
Tapi pahit lagi banyak kot...
Lagi-lagi dalam ikatan persahabatan....
Tapi....
tahun ni behave sikit bab-bab love story ni..
Tak nakal macam 2012... heehe~~

p/s: En Ngkong, I'm a gud gurl kan tahun ni? hahaha~~

oh 2014 dah nak tiba!!
i'm going to 24!!!
Oh NOOOOOOO!!!!!!!

so,
2014 adalah tahun untuk bekerja!!
eh..silap...
tahun untuk mencari kerja dan seterusnya bekerja....
Tahun kumpul duit untuk kawen!
bhahahhahahah~~
Doakan aku dapat kerja ok.. =)

Selamat Tahun Baru 2014!!


Thursday, 19 December 2013

8th Anniversary


Assalamualaikum..
lamanya tak hupdate..
Bajet busy mengalahkan YB nak PRU...
hehhee~

Ok. Hari ni nak stori pasal 8th Anniversary Akak + Abang Joe...


4 Disember 2005 - 4 Disember 2013

8 tahun dah berlalu...
Teringat dulu siap nanges-nanges bila akak kahwin...
Siap mogok lapar tak nak brekpes bila tengok akak layan abang joe kat meja makan.
(rasa macam diabaikan..huaaa~~~ T_T)
Cam tak berapa nak redha je terima orang baru dalam family...

Tapi Alhamdulillah..
Lama-lama OK...
Tak pernah rasa 'hilang' akak...
Malah Allah anugerahkan seorang lagi abang yang boleh jadi tempat bermanja..
(Abang Joe, sila tacing dengan ayat adik ni!!)
dapat seorang Abang yang senang dibuli dan juga pembuli!!
hahaha~~~

Banyak perubahan yang dah berlaku...
Dulu ber-2, sekarang ber-5...


EH??
Mana lagi sorang??
jeng...jeng...jeng...
lagi sorang 'becoming'
hehehe~~

Alhamdulillah, ada rezeki lebih dapat la celebrate Anniversary Akak & Abang Joe.
Celebrate dengan steamboat & grill di 
Rebus-Rebus Steamboat & Grill, Padang Jawa, Shah Alam.. (Alam Avenue)


Sisa-sisa yang tinggal setelah 'dibaham' oleh 6 orang dewasa + 2 orang kanak-kanak.. hehe~


Overall OK la restoran ni..
Harga 27.90/head (Dewasa) & 13.90/head (Kanak-kanak 6-12 tahun)
Cuma tomyam agak cair (Sila bawak  perencah tomyam ADABI sendiri bagi memekatkannya.. hehehe~) dan kurang pilihan sayur+cendawan..

Tapi yang lain-lain, memang terbaeqqqqqq!!
Sup Ketam yang marbeles!!!
Pilihan seafood yang banyak!!!
Daging untuk grill terbaeqq!!
Mee goreng & Nasi goreng yang pedas!!
Ais krim yang yummieeeeee~~~~~

eh.. lari topik pulak..
Apa-apa pun,
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN BUAT AKAK & ABG JOE
semoga hubungan kekal bahagia selamanya.. :-)


Friday, 29 November 2013

Wedding (23 November 2013)


************************************************
Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua!!!!!
hari ni hari last aku intern..
Update terakhir menggunakan pc opis ni..
hehe~~
************************************************

Ok.. Nak share pasal wedding Kak Siti (Adik ipar akak aku...Merangkap adik bongsu Abang Joe...)
Nun jauh di Utara.. (Kedah)
23 November 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK SITI & ABG JASNI


Jom usha pelamin..


Simple and nice. =)

Pengantin bersama 'Flower girls..'


Flower girl yang kecik tu (Iffah) dah merajuk sebab dah penat!

Pengantin with prngapit 'bidan terjun'




Pengapit ni tengah kena ketumbit...
Nasib baik ada spek yang boleh kaver.. hehehe
Btw, pengapit ni tak diberitau kena jadi pengapit sampai lah hari kejadian...
hahahhaa~~
dats y, pengantin tema kuning, pengapit pakai kaler hijau!

Yang speselnya..
tengok ni :


No cakes...
Tapi pulut kuning...
Hasil kreativiti Ibu..


Teringat pasal pulut kuning, pepagi majlis berkejar ke kedai bahan-bahan bakeri...
mencari cake board + 'tiang' putih tu..
heehe~~

Alhamdulillah semuanya dah selesai dengan jayanya..
Semoga pasangan ini dirahmati oleh Allah & hubungan berkekalan hingga ke syurga..
Amin....


p/s: Gambar pasangan pengantin, x ada la pulak dalam fonepad aku.. yerla.. bila pengantin lelaki dh smpi, i sbgi pengapit ni busy u olllzz..hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting