Friday, 31 January 2014

Report Terakhir....


Assalamualaikum!!
Lama rasanya tak hupdate blog ni..
Maaflah.. Cik ehda ni baru je melepasi fasa derita menyiapkan report terakhir...
(Semacam pulak bunyi 'report terakhir' tu.. hehe~~)
report terakhir untuk Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik)
dan juga merupakan Industrial Training Report...

Mesti korang kata,
apalah 'derita' sangat nak buat report LI..
Kacang goreng je...

ya.
Mungkin itu bagi korang..

Berbeza dengan kami pelajar Stat...
Kami tak ada Final Year Project (FYP)...
Oleh itu, report LI ni lah segala-galanya..
Bukan dok cerita buat kerja apa waktu LI..
Tapi kena siapkan Research Report menggunakan data-data dari pihak syarikat ataupun data-data yang perlu dikutip sendiri semasa LI..

Alhamdulillah..
Nasib aku agak baik..
Memandangkan buat LI di research company,
so, data memang senang dapat..
dan data memang dah comel dalam bentuk SPSS..
Tinggal analyze je....
hehe~~

Ok.. Data memang tak jadi masalah bagi aku..
Tapi analysis agak haru biru pada awalnya..
Memandangkan akan ada sesi 'fire' ala-ala otromen waktu presentation nanti, jadi perlulah diambil kira dari semua aspek.
Tak boleh nak buat analysis yang simple-simple sangat..
Tapi kalau complicated sangat pun sakit pulak nak menjawab nanti...

Setelah beberapa kali sesi meminda pemilihan analysis bersama supervisor tersayang, Miss Lisa akhirnya berjaya la jugak meng'complicated'kan sedikit benda yang simple..
hehe~~

Maka, akhirnya pada hari Isnin, 27 Januari 2014,
Selamat menghantar laporan penuh...



Lega...
Sekarang boleh fokus untuk 'job hunting'
and....
tunggu KONVO!!!! YEAY!!

Master?
Kena hold dulu...
Setakat ni, plan yang semakin cerah adalah buat master secara part time untuk intake bulan September nanti..

Full time?
No scholarship No Full Time..

Mungkin ada yang kata boleh further full time master with loan...
Tapi....
Ibu tak akan benarkan aku buat loan untuk belajar. 
Sebab...... 
ibu selalu pesan
bahawa ilmu tak kan berkat, kalau belajar dengan berhutang.
Jadi, kalau aku bertekad nak further jugak, confirm ibu akan sponsor..
Tapi bagi aku, cukup-cukuplah aku menyusahkan ibu..
I'll fight for scholarship or cari kerja and buat master secara part time.

Itu plan yang aku ada sekarang.
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..
Aamin.. 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting