Sunday, 24 May 2015

Perjalanan ke Tanah Suci (Bahagian : Pakej vs Agensi)

*******************************************
Hello Everyone!!
Assalamualaikum!

Post pertama untuk tahun 2015!
Hey wake up baby! dah hujung bulan May okay!
Nampak tak bertapa kesibukkan melanda diri Ehda Al-Najihah.. 
Memang dah tak melayan nak merapu disini.
hoho

Sibuk dengan apa?
Macam-macam la...
Sibuk kerja... sibuk mengurus rumah (ececey).. Sibuk mengurus anak-anak.. Sibuk megurus keluarga di kampung.. Sibuk berdating bersosial bersama kawan-kawan.. Sibuk melayan nafsu makan.. Sibuk mengurus tidur dan sebagainya..
Macam-macam jenis sibuk ok. 
(Yang penting ini semu hanya ALASAN! haha)

Ok. Tak nak intro banyak-banyak.
Just nak share satu nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

layanzzzzz..
*******************************************

Alhamdulillah pada 5 hinga 15 Mei yang lalu, kami (Ibu, Mak, Abang, Abang Chik & me) telah selesai mengerjakan ibadah Umrah & Ziarah di Kota Mekah & Madinah.


Tak nak jump terus cerita.
nak cerita dari awal kami mengatur dan merancang perjalanan ini.
Permulaan ini nak cerita Pakej & Agensi apa yang kami guna..
Almaklumlah sekarang ni lambakan pakej-pakej umrah & lambakan agensi yang ada kat pasaran Malaysia ni..

Kami merancang sudah lama. Dari tahun ke tahun ada sahaja halangan dan kekangan.
Tapi Ahamduillah pada awal tahun 2015, kami bulatkan tekad untuk pergi pada bulan Mei 2015.

Mendengar pelbagai pengalaman kaum keluarga dan sahabat handai yang telah mengerjakan ibadah ini, ada rasa bimbang dan risau terutamanya berkaitan isu visa umrah.
Ada yang tertangguh visa. Ada yang dapat visa disaat-saat akhir. Ada yang terpaksa menambah duit bagi memperceptkan proses visa. Ada yang visa nya terpisah antara ahli keluarga.
Ok. serius menakutkan dan membimbangkan!  

Setelah bermaca-macam survey dan feedback yan kami kumpul, akhirnya kami merancang untuk meggunakan perkhimatan Tabung Haji Travel & Tours.
Agak mahal pakejnya tapi setakat yang kami dengar, belum ada sebarang masalah yang timbul dibawah kendalian mereka.

kami hanya mampu merancang, sehingga bulan Februari 2015 kami menanti pihak Tabung Haji Travel & Tours untuk membuka tempahan bagi penerbangan Mei 2015, namun apa yang kami dimaklumkan oleh pihak mereka pada waktu itu ialah mereka tidak ada menawarkan pakej umrah bagi bulan Mei sehingga selesai musim haji kerana akan menumpukan persiapan penuh untuk musim Haji.
Penerbangan terakhir yang ditawarkan oleh mereka ialah hujung April 2015.

Setelah berfikir dan menimbang segalanya - terutama berkait dengan tarikh & jadual penerbangan, akhirnya kami beralih ke Syarikat Andalusia Travel & Tours.
Seperti yang dah sedia maklum, Andalusia Travel & Tours antara syarikat terbesar yang menguruskan perjalanan Umrah di Malaysia.

Dek kesuntukan masa, kekangan kerja dan urusan ni semua diuruskan oleh anak dara yang comel ni bersendirian (perasan jap. hahaha), apa yang saya mampu hanyalah menguruskan tempahan dan sebagainya melalui On-line.

Jangan terkejut ya!
dari mula sampailah saya melunaskan bayaran penuh sebanyak RM 2*,***.00 semuanya menggunakan perkhidmatan 'On-Line'
Tak pernah bertentang mata dengan pihak agensi.
Paling lebih pun hanyalah melalui panggilan telefon, SMS, Whatsapp & E-mel.

Tapi Alhamdulillah.
Allah jaga & lindungi kami dari sebarang bentuk penipuan.

Kami mengambil pakej
"UMRAH PENERBANGAN SAUDI AIRLINES"



Tak ada transit dimana-mana. Direct KLIA - Jeddah.

Perjalanan kami : KLIA - Jeddah - Mekah - Madinah - Jeddah - KLIA

Ambil pakej bilik ber-5
RM 5490 / orang
Deposit RM 300.00 / orang
(HINT : kalau tak nak bosan dalam flight, pilihlah MAS atau Saudi Airlines)

Nak jadi cerita, seminggu selepas kami berdaftar & membayar deposit dengan pihak Andalusia,
pihak Tabung Haji Travel & Tours menghubungi kami dan memaklumkan bahawa mereka telah mula buka tempahan semula bagi penerbangan bulan Mei sehingga Ramadhan..
Terlambat sudah.. kami dah pun beralih ke Andalusia.... Bye. Bye je la Tabung Haji...

Apa yang memeranjatkan dan berita yang sugguh gembira buat kami
visa kami telah siap dan diluluskan pada 17/4/2015.
Dokumen terakhir yang kami hantar pada pihak Andalusia ialah pada 8/4/2015.
Satu 'nightmare' telah kami lupuskan.
Yer la.. momokan orang sekeliling mengenai visa umrah yang susah dapat.. lambat, digantung dan sebagainya memang sangat menakutkan ok!

Alhamdulillah Allah permudahkan segala persiapan kami..

Ok..

Tanggal 5 Mei kami menaiki bas ke KLIA pada jam 8.00 pagi dari Batu Pahat..

Terima kasih untu kaum keluarga yang mengiringi pemergian kami..









tepat jam 4.50pm kami berangkat ke Jeddah


p/s : Makanan dalam Saudi Airlines pun sedap.

Don't worry dengan issue Nasi Lemak dan sebagainya. hehehe
Salmon Set..

Pasta Set..

Chocolate Ice-Cream Cake..
Beef Set...
p/s : Gamba 'noodle set' lupa pulak nak ambil.. Ok yang penting kenyang & sedap! haha

Jom layan gambar sepanjang 8 jam pergi & 8 am balik duduk membatu dalam flight... hoho...







To be continue...




2 comments:

Sha said...

Alhamdulillah,dah sampai seru ke Makkah bertuah awk menjd tetamu Allah dirumah-Nya...
waiting for your another story at Makkah

Silent Reader said...

part 2 please :)
lame dh tunggu.....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting