Saturday, 3 August 2013

Hadiah Buat Ibu & Abah


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Dua daripada azam 2013 telah terlaksana.
Syukur yang tidak terhingga di atas rezeki yang diturunkan oleh Allah ini.
InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Mei 2014 nanti dapat sarung jubah sekali lagi. :-)

Tamat sudah semester akhir.
Hanya tinggal practical training sahaja lagi sebelum dapat mem'bebaskan' diri dari belenggu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik).

Alhamdulillah.
Walaupun kali ni bukanlah menjadi pencapaian terbaik.
namun aku bersyukur.
Aku bersyukur kerana hajat & impian ibuku tercapai.

Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku keputusan yang setimpal dengan usaha..
Sedikit usaha dan sumbanganku, sedikit juga markah yang aku terima.
Begitu juga sebaliknya.
Namun, aku tak menyesal. Malah teramat bersyukur kerana aku tidak mahu mendapat keputusan yang bukan hasil usaha ku.
Alhamdulillah Allah memperkenankan doaku.

Ini adalah hadiah buat Ibu dan Abah yang tak henti-henti mendoakan aku..

Terima kasih Ibu..
Terima kasih Abah..

Untuk Akak, Abang Joe, Izzah, Iffah dan Incik Ngkong,
Terima kasih di atas sokongan yang tak putus-putus. Dan kehadiran mereka sentiasa mewarnai kehidupan aku di Shah Alam.

Untuk pensyarah-pensyarahku,
Terima kasih di atas semua ilmu yang telah diberi.
Tiada apa yang dapat membalas jasa-jasa mereka.

Untuk kawan-kawanku,
Terima kasih atas bantuan & kerjasama yang diberikan.
Dan TAHNIAH buat kalian juga. =)


***Tak sabar rasanya nak konvo!!!!! ;D

4 comments:

Eemir Syhafiq on 3 August 2013 at 07:46 said...

Tahniah dear

Jiha Mahmud on 3 August 2013 at 09:16 said...

@Eemir Syhafiq TQ.. congrats to all of us. ;D

ojayanie on 10 September 2013 at 18:10 said...

tahniah syg :)

Jiha Mahmud on 11 September 2013 at 19:17 said...

tq my dear :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting