Tuesday, 2 November 2010

Tempat ke-2???


Korang ingat x citer pasal aku pergi UM bulan lepas??
dalam entry UM oh UM..

aku ada cerita pasal aku masuk
Pertandingan Olimpiad Statistik Antara Universiti peringkat Kebangsaan..

semalam tanpa disanka-sangka,
ak dapat msg dari aida yg berbunyi :

"Ehda, td en nadzri cal ak... then die bg taw ko dpt no 2 utk olimpiad ari 2..en nadzri slh cal..die ckp die akn cal ko esk...Congrats!"

siesly, ak tergamam jap...
memang rsa tak percaya gila..

malam tu pulak dapat message dari Miss Rashidah (mensahihkan lagi berita ni)

"Ehda, tahniah. ehda dapat tempat ke2 olimpiad statistik"

Bagi tau family aku, diorang tanya dapat hadiah apa.
aku pun tak tau..
dah target tak menang hari tu, malas la nak ambil tau dapat hadiah apa kalau menang...

baru tadi dapat call dari en.nadzri dan Miss Rashidah..
Diorang maklumkan secara rasmi nya pasal benda ni..
Pihak penganjur minta aku hubungi Dr.Ibrahim or Pn.Fathilah dari UM untuk urusan
tuntutan hadiah aka $$$$$..
jumlahnya??
aku pun tak tau..
tadi aku dh try call, tapi diorang tu tengah meeting....
nanti aku akan try cal semula...

watevapun aku syukur sangat-sangat!!!!!
Bukan duit atau hadiah yang aku kejar..
aku anggap ini adalah platform terbaik untuk aku teruskan perjuangan dalam Statistik ni...
Aku harapkan peluang untuk aku menyerlah dalam bidang ni, akan lebih terbuka....
Aminn...


Monday, 1 November 2010

Cinta Vs Plato

Pernah baca novel ni??????

"Ranting Cinta Si Plato" karya "Norhayati Berahim"
novel ni tak ada la baru sangat..
dah beberapa bulan yang le pas la keluar kat pasaran...
aku beli novel ni pun dah lama dah....
cuma baru sekarang aku terasa nak share satu benda yang paling aku suka dalam novel ni...
nak tau apa???

Cuba tengok gambar ni....

-Socrates-

-Plato-

korang kenal mereka????
mereka adalah ahli falsafah yang terkemuka di dunia..
p/s: nak tau lebih lanjut pasal mereka, korang klik je la kat nama bawah gambar tu..

Apa kaitan mereka dengan novel tadi tu???
terang-terang la Plato memang ada kaitan...
kan tajuk cerita tu
Ranting Cinta SI PLATO..

Socrates pula ada disebut didalam novel ni sebagai Guru kepada Plato...

Aku tertarik dengan petikan antara Plato dan Socrates yang ada diselitkan dalam novel ni...
Cuba korang baca ni

P/s: x nmpk tekan la (Ctrl +)

Apa pendapat korang lepas baca???
aku pun tak taw la...
sama ada aku dah jumpa ranting tu, then... aku buat benda yang sama macam Plato..
or sebenarnya aku perlu pergi ke hutan lain untuk
mencari pohon yang benar-benar ditakdirkan untuk aku...

Hanya Allah yang maha mengetahui............





Monday, 25 October 2010

Sang Kelembai????


Selama ni aku pernah dengar je... tapi tak pernah la nak ambil tau benda-benda macam ni....
ni semua gara-gara, Abang ipar aku,
En. Azizul b. Othaman aka Abg joe...
Ada ke patut dia gelar aku "Sang Kelembai" kat Facebook!!!

haish.... abg ipar aku ni memang suka menyakat n menyakitkan aty aku....
tapi tu je la satu-satunya abang ipar aku.... So, Sabar je la...... nak marah lebih-lebih pun aku dah malas... Buat penat aku je... dah memang hobi dia mengusik aku.. nak buat cammana lagi......huhuhu~~~~~

kenapa dia gelar aku Sang Kelembai????
Korang baca la sendiri kat atas tu... (komen yg ke-2 dr bawah)

Balik pada cerita Sang Kelembai... Lepas dia gelar aku macam tu.. tiba-tiba aku terasa nak ambil tau la pula pasal makhluk yang bernama "Sang Kelembai" ni... Yerla, aku tak pernah pun tau Sang Kelembai tu apa...tinggi ke rendah??... Abang Joe kata, "dia" Kenit.. Betul ke???Lelaki ke perempuan?? Ada kat mana??........haish, Senang kata,memang Zero la knowledge aku pasal Sang Kelembai ni.


so, bermula lah penjelajahan aku di Google.... mula-mula search gambar dulu.
Maka, hasil pencarian aku tu,
Jumpa la dengan gambar makhluk ni...

So, apa pandangan korang semua??? aku???No komen lah.....


habis tengok gambar-gambar Sang Kelembai ni... Aku search pula kat wikipedia....
ok, korang nampak tak tulisan kat gambar atas ni???

"Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberpa tempat di MALAYSIA"
(Yang ni aku terkejut!!)

ok sambung baca lagi...
"Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu, Sang kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising. Jika SangKelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu."
(Retrieve October 24, 2010 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Sang_Kelembai )

So, nak percaya ke tak nak pasal Si Kelembai ni... Cuba baca kat atas sekali.. Mr Wiki ada pesan:

Conclusionnya, BUATLAH PERTIMBANGAN SENDIRI...wujud ke tak wujud Sang Kelembai ni Wallahhualam bissawab (dan Allah Maha Mengetahui sesunnguhnya).. Yang pasti jin, syaitan dan iblis memang ada di muka bumi ini dan terdapat perjanjian antara iblis dengan Allah S.W.T dimana iblis diberi kebebasan oleh Allah S.W.T untuk mengadakan cubaan dan ujian atas keimanan manusia terhadap Allah S.W.T....

*Aku tak ada la pandai sangat bab-bab agama ni.. ni berdasarkan sumber yang aku petik dari satu article di http://blog.re.or.id/beda-setan-dan-iblis.htm*

*Gamba-gamba Sang Kelembai kat atas tu, semuanya aku sedut kat http://www.google.com.my/*

Friday, 22 October 2010

Perak - Seri Iskandar Tercinta

cepatnya masa berlalu... rasa macam baru je naik semester 5, ni dah nak final.... sem depan dah semester 6... rasa tua la pulak.... huhuhu~~~
pejam celik, pejam celik dah hampir 3 tahun aku bertapa kat perak tercinta ni... Mula-mula dulu memanglah tak boleh nak terima kenyataan kena campak kat Seri Iskandar ni...Mesti nak compare dengan Johor....

"Kat sini bas buruk la... Nak pergi Ipoh jauh la... sini "Hutan" la..."
(P/S: Orang Perak jangan marah ye.... ni persepsi zaman dolu kale..hehe~)

memang rasanya waktu tu tak tau macamana nak adapt suasana kat sini...
Tapi bak kata pepatah
"Alah bisa tegal biasa"....
lepas tu kena la sedar diri kan... menumpang kat negeri orang.......
"Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"

*Kenapa tiba-tiba aku cam jadi guru BM ni??? (konpius)*

Dulu waktu dapat kat UiTM Perak ni..
parents aku memang lah mengeluh... Jauh...
yerla dah la aku ni anak bongsu..
(ok ak mengaku memang aku anak manja...)
Abang & Akak aku dulu belajar paling jauh pun kat KL...
3 jam pecut dah sampai rumah..
aku???
kalau tak bertapa dalam bas 6-7 jam, jangan mimpi la nak nampak bumbung rumah...
huhu~~

Tapi lama-lama ibu berjaya berfikir secara rasionalnya......
nasihat aku....
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

Perak ni sebenarnya kampung aku juga...
Kampung sebelah family Arwah Ayah aku..
Actually, dulu kecik-kecik, Perak ni la tempat aku "balik kampung"....
tapi bila ayah aku dah meninggal.... family kat sini pun ramai yang dh berhijrah...
memang tak pernah jejak la bumi Perak ni...
so, bila aku dapat masuk sini, Alhamdulillah,
kitaorang dapat merapatkan balik hubungan antara keluarga aku n keluarga arwah ayah aku...
Tengok!
dah nampakkan hikmahnya????

Sekarang ni pun, aku dah redha je...
Andai kata satu hari nanti aku terpaksa berkhidmat kat sini pun,
InsyaAllah aku dah tak kisah....
Dah banyak kenangan aku lakar kat sini....
honestly, aku dah mule jatuh cinta kat Perak ni...
suasana yang agak tenang kalau nak compare dengan riuh rendah kat Johor tu....
kalau fikir-fikir balik..
kat sini adalah The best place untuk study la.....

Ok lah banyak sangat aku membebel..
Tujuan asal aku nak share jadual Exam Sem ni...
huhuhuhu~~~~


ITS250 - Database
QMT350 - Probability & Statistics II
QMT225 - Regression Analysis I
Fin203 - Finance

yup 4 paper sahaja..
tapi 4 paper yang sguh menguji ketahanan IQ n EQ (Intelligence Quotient n Emotional Quotient) aku....

sangat takut nak menghadapi Final Exam...
lagi-lagi dengan subjek Probability...
Failure rate dia kat mana-mana UiTM sangat tinggi!!
ramai yang tak dapat grad on time sebab subjek ni...
huhuhu~~
TAKUT!!!

4 Sem aku dah berusaha mantain result....
aku risau dengan 2 sem akhir ni...
hopefully cita-cita aku nk dapat ANC tercapai.....
huhu~~

Dalam sibuk nak exam ni....
boleh la pula ada benda saja-saja timbul nak menyenakkan otak aku ni...

Antara Ibu n Gendut (Izzah)



kenapa???
Biasanya study week aku akan balik kampung...
habis final, aku akan terus balik rumah akak aku dulu..
Dalam seminggu stay kat sana, baru la aku balik Johor...

tapi memandangkan sem ni aku tak balik study week...
1st plan aku, after final nak balik rumah akak aku, then baru balik johor...
bukannya aku tak nak balik johor terus...
tapi kesian kat Gendut...
Dia dah dok menunggu-nunggu aku datang.....
asal telefon tanya :
"Ile Acu nak atang umah Ijah?" (Bila Acu nak datang rumah Izzah?"
nak pergi mana pun, nak tunggu aku datang....
ibu aku pula cam nak merajuk...
Bagi kebenaran tapi siap ugut aku
"Jangan lama-lama kat rumah akak tu, Kalau lama-lama, ibu POTONG ELAUN BUKU!"

*Elaun Buku - Elaun untuk neli novel sepanjang cuti*

Hish. Senak betul otak aku ni!
Lepas aku fikir-fikir balik, aku terpaksa la tukar plan...
Aku habis final 14 Nov..
17 Nov dah raya haji...
kalau aku balik rumah akak aku sian la pula kat ibu aku..
Raya-raya anak tak ada..
akak aku kompem tak balik (abang ipar aku kerja..)
so, macam sangat tidak patut la kalau aku tak balik rumah......

skarang ni plan yang dah terupdate...
tak nak siapa2 kecik hati or merajuk dengan aku....
aku decide balik rumah akak aku waktu gap exam..
after paper Probability n sebelum paper Reression...
kat stu ada gap 10 hari...
so, boleh la aku cabut balik Klang dalam 5 hari...
after final nanti, terus balik Johor......

So, Izzah puas hati... Ibu pun Puas hati....

Watevapun... Doakan aku boleh buat ok exam ni....

Tuesday, 19 October 2010

Dinner FSKM....

10.10.10
Majlis Makan Malam Fakulti Sains Komputer dan Matematik

sem ni buat pertama kali nya 4 persatuan di bawah FSKM berkerjasama untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Fakulti..
(sebelum ni, Majlis Makan Malam dibuat mengikut Jabatan masing-masing)

DISK (dip. sc. komputer)
PERSIK (dip. sc. kuantitatif)
PESISTA (dip. statistik)
ISK (deg. sc.komputer)

Mula-mula mendapat arahan untuk bergabung, ramai yang protes..
PESISTA n PERSIK antara yang kuat menyatakan bantahan..
Bukannya tak nak bergabung, tapi bila buat kerja terlampau ramai ni, macam-macam hal la yang timbul..
ada yang buat kerja.. ada yang tak buat kerja... adat la tu kan...
tu yang kami tak nak bergabung.. Takut ada yang ungkit-mengungkit kemudian hari....
tapi selepas campurtangan pihak pengurusan fakulti,
akhirnya kami terpaksa mengalah..

"Kalau Malaysia sedang menuju ke arah 1 Malaysia
oleh itu, kami juga perlu melangkah ke arah 1 Fakulti"

-En. Nadzri (Ket. Koordinator FSKM)-


kali ni aku ditugaskan sebagai KETUA AJK HADIAH.
Tugasnya, tak lain tak bukan kena pergi beli hadiah la.......
Bab merayap2 ni, memang la suka... kena keluar berkali-kali pun tak pe..
hehe~~

Alhamdulillah.. Hadiah semua dapat di"settle"kan dengan sempurna sebelum Dinner berlangsung...



bersama "BOSS" Majlis Makan Malam FSKM....


semasa Pengarah Kampus merasmikan majlis...

Waktu Dinner ni berlangsung, memang aku hidup tak aman..
sebabnya nak memastikan kelancaran semasa sesi penyampaian hadiah...
walaupun bukan aku yang buat kerja-kerja tu, tapi kena bergerak juga untuk perhatikan anak-anak buah aku tu....
jangan sampai ada yang curi tulang!
hehehe~~
Tapi walau apa pun, pada AJK-AJK hadiah :
"You All memang the bez la!! TQ sbb bg kerjasama yang baik... =)"


Malam tu juga, Alhamdulillah aku menerima

Anugerah Pelajar Cemerlang Diploma Statistik


syukur sangat-sangat..
memang pada mulanya, rasa keberatan nak terima anugerah ni..
Takut ada yang rasa tak puas hati bila aku yang dapat anugerah ni.
Al-Maklumlah, aku bukannya pelajar yang mendapat CGPA tertinggi di Jabatan Statistik.
Ada lagi pelajar lain yang dapat CGPA yang lebih tinggi dari aku..
tapi menurut Ket. Koordinator FSKM merangkap Koordinator Statistik
beliau mengambil kira pencapaian akademik dan juga penglibatan kokurikulum..
so?? Nothing to say la...
Orang dah bagi, kita ambil je la kan...
Rezeki jangan ditolak, Musuh jangan dicari...


barisan jawatankuasa siswi PESISTA bersama penasihat PESISTA



Alhamdulillah..
Semuanya berjalan dengan lancar dan Majlis Makan Malam FSKM berakhir dengan jayanya.....

Bak kata Wonderpets :

"Apa yang Penting?"


"KERJASAMA"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting