Sunday, 8 January 2012

Bagaimana anda tidur??

p/s : Jom berehat seketika.... Aku dh boring mengadap database.... semuanya aku ambil di (SINI) yer....



1.      Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini? 


2.      Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang 

Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji. 


3.      Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala


Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih. 


4.      Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!


5.      Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi. 


6.      Tidur meringkuk


Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.
 

7.      Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan. 


8.      Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang. 


9.      Tidur meringkuk di satu arah


Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah. 


10.  Selubung seluruh badan dengan selimut 


Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih 
gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu. 

Saturday, 7 January 2012

Frustrated


First paper;
STA 500 (Nonparametric Statistics)



hmmm...
memang dah nasib kitorang kowt..
Bila batch kitorang je
mesti ada problem...
mesti dapat soalan lain dari yang lain...
dulu waktu diploma
paper OR and Probability II..
Nasib baiklah dua-duanya memberi hasil yang membahagiakan..
tapi untuk paper ni?
entahlah...
Berserah sahajalah...
Dah cuba buat yang terbaik...

Tapi walau macamana pun,
rasa kecewa tu tetap ada..
sebab ini adalah satu-satunya subjek statistics yang aku ambil untuk sem ni 
and ini adalah favourite subject aku yang aku sentiasa aim untuk dapat yang TERbaik...

Tapi bak kata my 'atok'
benda dah lepas.. Tak boleh buat apa...
pasrah n doa je la..

Now, preparing for the next paper (DATABASE) on 10 January 2012... ;-)

Friday, 6 January 2012

Penantian itu satu penyiksaan..




Esok first paper untuk aku..
Paper Nonparametric Statistics..
Hopefully semuanya akan berjalan lancar.

******************************************

Hmmm...
Apa yang dinanti??
mestila yang berkaitan dengan JPA...

(1) Duit..
Bila buka details account aku
apa yang ada kat situ just penyata untuk semster 6 diploma dulu...


Belum ada lagi penyata untuk degree (This semester)
Kanapa perlu penyata ni??
Sebabnya duit akan masuk ke dalam account lebih kurang seminggu after penyata keluar..
So, kena makesure penyata keluar, barulah
sinar-sinar kebahagian muncul...
huhuhu~~

(2) Surat tawaran baru
Aku masih menanti kedatangan surat tawaran baru untuk biasiswa  ni..
Ada kesilapan tempoh pengajian dalam surat tawaran yang lepas..
Aku dah email hampir sebulan
tapi masih belum dapat apa-apa feedback...




OH, JPA................

******************************************

Wednesday, 4 January 2012

Penantian Berakhir (Phase 1)


Alhamdulillah..
merasa gak pakai kad matrik dalam semester ni;
walaupun tinggal 15 hari je lagi kt sini
before aku bercuti semester...
hehehe~~~~~ 

Sunday, 1 January 2012

2012 ..


***************************************************
01.01.2012
Permulaan bagi tahun 2012..
Kalau tahun-tahun yang lepas
awal tahun, disambut dengan permulaan semester
tapi berbeza untuk tahun ni..
2012 'dihiasi' dengan suasana nak 'menyambut' peperiksaan..
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, dapat menaikkan lagi semangat
untuk menghadapi peperiksaan..

***************************************************
AZAM???
tahun ni, rasanya tak ada azam mengarut..
just aiming for THE BEST in EVERYTHING.
The MOST IMPORTANT:
Focus on my study.
2012 adalah permulaan dan penentu my degree.....


to make sure, in 2014 I will be able to wear these with 'selempang Pink' again...

'Success' is the simple word that needs a very complex combination of  elements of life to achieve it.   
It not comes as easy as we press the 'ENTER' key..
It needs a lot of effort + sacrifice + pray ....



But how difficult it is, REMEMBER !!
"The ladder of success was not crowded at the top"


***************************************************

Tahun 2011, cita-cita yang selama ni aku tanam dalam diri sejak kecil adakalanya goyah dan 
selalu rasa nak lenient dengan diri sendiri by deducting the goals.....

so, 2012 adalah masa untuk 
KEMBALI ke sasaran ASAL!!!!




*gambar sedut kat Google*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting