Tuesday, 16 August 2011

Ibu Vs Facebook


Hari Ahad lepas, akhirnya lappy ibu dah keluar ospital.....
dah sihat dah....


Actually ibu baru je beli lappy ni... tak sampai setahun pun agy
tapi dh mule wat prob...
(prob with keyboard)
naseb baik la under warranty agy...
nak kata ibu guna lasak, mcm pelik la pulak....
jarang gile ibu sentuh lappy tu...

aku cakap kat ibu,
"Tula bu... adik dah cakap beli jenama ASUS.. ibu nak gak beli ****"
But seriously la dah 3 tahun aku guna ASUS,tak pernah ada masalah walaupun dah pernah terjatuh beberapa kali n on hmpir 12 jam sekalipun mmg tak panas walaupun tak guna cooler pad...
(Ceh, berangan jadi duta ASUS plak.. hehehhe~~)

Ok. bukan nak mempertikaikan isu laptop ape..
saje je..

Oleh kerana lappy ibu dah sihat walafiat
aku pun mengutarakan satu idea bernas
"Ibu kan dah tak mengajar lagi kan...daripada laptop ni terbiar tak digunakan, apalah kata ibu buat FACEBOOK.. at least berguna jugak laptop ni"

mula-mula ibu aku malas nak layan....

tapi selepas dipujuk-pujuk akhirnya :


YES!! MISSION ACCOMPLISHED!

sekarang Ibu pulak yang excited berfacebook....
sampaikan berebut beruksben dengan aku!
hahahhaha~~~

Sunday, 14 August 2011

Joget Batu Pahat


Ok. Now, semangat BATU PAHAT pula.

Batu Pahat merupakan
bandar KEDUA terbesar di Negeri Johor dan
Masih menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk dinaiktaraf sebagai 'Bandaraya'
(cik wikipedia kata : pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.)

Ok sekarang, 
jom layan lagu ni pulak...

**********************************
Joget Batu Pahat


Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
Batu Pahat Daerah Makmur
Sungai Mengalir Ke Kuala
Dari Simpang Kanan Dan Kiri
DiHulu Sungai Kampunglah Medan
Parit Sulong, Pekan Nan Indah
Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
Semerah Letak Di Utara
Chorus
Bandar Penggaram Tempat Berniaga
Ramai Yang Membeli Belah Disana
Pisang Salai Di Parit Raja
Air Hitam, Tempat Pelancong
Gunung Banang Tinggi Mengawan
Nampaklah Dari Bukit Soga
Istana Hinggap Sultan Johor
Raja Adil Daerah Makmur
Sri Gading Utuh Terbina
Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
Minyak Beku Batu Di Pahat
Nama Diberi Sempenanya
Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat
**********************************
Ramai yang dah mula lupa dengan lagu ni..
Kalau tanya budak-budak sekarang, memang mereka tak tahulah tentang kewujudan lagu ni..
(bajet cam aku ni dh besar sgt je erk.. hehehhe~~)
So, kepada Penduduk Batu Pahat,
Yang tahu lagu ni, jom nyanyi reramai..
Yang tak tahu, belajo-belajo lah nyanyi...

Johor Negeriku..


Hari ni semangat KEJOHORAN tengah membara di hati...
Meh layan lagu rakyat negeri Johor.

**********************************
Johor Negeriku.


Negerinya besar di suatu masa
Barat timur selatan ke utara
Pusat pemerintah di johor lama
Dikenali juga kota diraja

Memerintahkan rakyat negeri
Serangan musuh terus di tangkisi
Berbagai cabaran sama menangani
Bangun jatuh berdiri kembali

Bacalah sejarah negeri johor
Negeri terbilang serta termashur
Dalami sejarah kenali bangsa
Barulah kita dapat berbangga

Sejak dahulu sehingga kini
Berbagai perubahan di lalui
Lapan daerah berkembang maju
Pesat membangun Johor negeriku

**********************************

Aku suka lagu ni..
Kumpulan-kumpulan choir selalu pilih lagu ni untuk di koirkan...

Sejak dok Perak, lama gila tak dengar lagu ni..
yerla.. Tak kan la Orang Perak nak nyanyi lagu Johor kowt.....

I'M PROUD TO BE JOHOREAN!

P/s : jap lagi aku post pulak lagu untuk Batu Pahat. :)

Saturday, 13 August 2011

Cikgu Rashidah BerFACEBOOK???


Situasi : Ibu TERJAH aku yang sedang layann Facebook dan blogwalking.
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Bilik tidur aku…..

********************************

Ibu :
Adik, cepatlah sambung cat rumah tu. Nanti dah tengahari baru sibuk nak mengecat. Lepastu bising panas lah, letihlah, hauslah,itulah,inilah.

Aku :
Ala.. jap la… Adik nak ambil tau perkembangan semasa ni..

Ibu :
Perkembangan semasa apanya kat Facebook dan blog tu. Dah cepat buat kerja..


Aku :
Eh, macam-macam ada la bu.. Adik tau pasal BONUS ibu pun lalu blog tau. Kan perkembangan semasa tu.

Ibu : 
Ada je jawapannya.

Aku :
Hehehe~~~ Ibu nak wat FACEBOOK ke?? Nak?? Nak?? Nanti adik buat and ajarkan… Lepas ni orang nak booking ibu untuk ceramah lalu facebook je.. senang. Tak ada la busy sangat hp ibu tu.. Asyik bunyi je.. FB tak ada bunyi… Tenteram sikit rumah ni… hehehhe~~

********************************

Ibu terus berlalu pergi... Malas nak layan aku…

hehehheheh~~~~~ Next time aku akn try pujuk ibu lagi untuk buat Facebook! 
(Sekali nanti ibu lagi gempaq dari aku.. x layan FB dah..main tweet2 kat twitter je....hahaha~~)

Friday, 12 August 2011

PULAS!! PULAS!!! PULAS!!!


PULAS!! PULAS!! daaaaaaaaaaannnn PULAS!!!

apa kebendenye aku merepek??

hish mane de merepek..

Aku tengah mengajar korang teknik-teknik nak makan buah PULASAN ni..
heheheh~~~


Sekarang ni, tengah musim buah pulasan kat rumah aku...
Tapi yang sedihnya, musim buah pulasan kali ni time bulan puasa...
Bila siang, pergh menggetarkan iman sungguh tengok buah ni kat pokok...


Tapi bila dah berbuka puasa,
dah telan berpingan-pingan makanan lain,
pandang sebelah mata pun tak kat pulasan ni.........

P/s: Siapa yang dekat-dekat ngan rumah aku ni, jemput ler datang kalau nak makan pulasan.... Free of Charge.. Tapi ambil le sendiri kat pokok..hehehhe~~

Bila musim buah je...
memang nak keluar rumah waktu siang kena bergilir-gilir le gamaknya...

kenapa???

meh, tengok apa jadi kalau rumah ditinggalkan kosong untuk beberapa jam sahaja...


kenapa??

Cik MONyet le yang punya kerja....
so, sebab itu lah kena sentiasa ada yang menjadi JAGA kat rumah ni ataupun
secara specificnya JAGA PULASAN...
hehehehe~~

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting