Friday 14 February 2014

The End...


Assalamualaikum semua!!
Hoorrraaayy!!
Hari ni MERDEKA!!! I'M FREE!!
 dengan 'terkeluarnya' result terakhir Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik) awal pagi tadi, maka berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang pelajar 'under graduate'

Alhamdulillah.
Cita-cita dan impian aku dan keluarga tercapai.


Syukur.
Syukur.
Syukur.

Alhamdulillah.

Perjalanan mendapatkan segenggam ijazah tak semudah dan selancar semasa diploma..
Ada ketika hampir tersungkur..
Terlupa matlamat utama datang universiti...
Leka dengan keseronokkan lain...
Allah datangkan ujian...
Allah uji dengan memberi tekanan dari semua sudut..
Allah uji dengan ujian keluarga yang berat..
Allah uji dengan ujian persahabatan..
Allah uji dengan ujian tanggungjawab..

Tapi Alhamdulillah.
Sesungguhnya Allah takkan menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya.

Alhamdulillah
semuanya telah dapat ditempuh.

Alhamdulillah
satu lagi fasa pendidikan telah berjaya aku tempuhi...

Now, tanam azam, cita-cita dan perlu berusaha untuk ke peringkat seterusnya!
Satu hari nanti, aku mahu digelar "Dr. Ehda Al-Najihah binti Mahmud"
InsyaAllah. :D


Terima kasih IBU & ABAH 
yang sentiasa mendoakan adik..

Terima kasih ABANG & AKAK
kerana kalian, adik bina semangat & tekad

Terima kasih ABANG CHIK
kerana sentiasa doakan adik lepas solat


Terima kasih :
CIKGU ADMAH,
GURU-GURU SK BAGAN,
 GURU-GURU TIGS,
PENSYARAH-PENSYARAH  UiTM PERAK,
PENSYARAH-PENSYARAH UiTM SHAH ALAM
Jasa dan budi kalian mencurahkan ilmu tak mungkin dapat dibalas sampai bila-bila.
























*******************************************************************************

dan
AYAH, 
ini juga untuk ayah.. 

Ayah yang mandikan dan pakaikan adik baju hari pertama adik ke tadika
Ayah yang setiap hari menghantar dan menjemput adik dari sekolah..
Ayah yang memberi duit belanja sekolah setiap hari..
Ayah yang datang hari terbuka sekolah...
Ayah yang tandatangan penyata adik...
Ayah yang sental baju sekolah adik kalau kena kuah kari..
Ayah yang basuh dan kapurkan kasut adik..
Ayah yang suapkan vitamin C CNI setiap malam..

Tapi..

Ayah tak sempat hantar adik ke sekolah menengah mahupun universiti..
Ayah tak sempat datang ambil keputusan PTS adik sekalipun..
Ayah tak sempat datang tengok adik di atas pentas konvokesyen..
Ayah tak sempat rasa duit biasiswa adik apatah lagi gaji pertama adik.. 

:'(

Al-Fatihah...

*******************************************************************************







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting