Friday 14 February 2014

The End...


Assalamualaikum semua!!
Hoorrraaayy!!
Hari ni MERDEKA!!! I'M FREE!!
 dengan 'terkeluarnya' result terakhir Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik) awal pagi tadi, maka berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang pelajar 'under graduate'

Alhamdulillah.
Cita-cita dan impian aku dan keluarga tercapai.


Syukur.
Syukur.
Syukur.

Alhamdulillah.

Perjalanan mendapatkan segenggam ijazah tak semudah dan selancar semasa diploma..
Ada ketika hampir tersungkur..
Terlupa matlamat utama datang universiti...
Leka dengan keseronokkan lain...
Allah datangkan ujian...
Allah uji dengan memberi tekanan dari semua sudut..
Allah uji dengan ujian keluarga yang berat..
Allah uji dengan ujian persahabatan..
Allah uji dengan ujian tanggungjawab..

Tapi Alhamdulillah.
Sesungguhnya Allah takkan menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya.

Alhamdulillah
semuanya telah dapat ditempuh.

Alhamdulillah
satu lagi fasa pendidikan telah berjaya aku tempuhi...

Now, tanam azam, cita-cita dan perlu berusaha untuk ke peringkat seterusnya!
Satu hari nanti, aku mahu digelar "Dr. Ehda Al-Najihah binti Mahmud"
InsyaAllah. :D


Terima kasih IBU & ABAH 
yang sentiasa mendoakan adik..

Terima kasih ABANG & AKAK
kerana kalian, adik bina semangat & tekad

Terima kasih ABANG CHIK
kerana sentiasa doakan adik lepas solat


Terima kasih :
CIKGU ADMAH,
GURU-GURU SK BAGAN,
 GURU-GURU TIGS,
PENSYARAH-PENSYARAH  UiTM PERAK,
PENSYARAH-PENSYARAH UiTM SHAH ALAM
Jasa dan budi kalian mencurahkan ilmu tak mungkin dapat dibalas sampai bila-bila.
























*******************************************************************************

dan
AYAH, 
ini juga untuk ayah.. 

Ayah yang mandikan dan pakaikan adik baju hari pertama adik ke tadika
Ayah yang setiap hari menghantar dan menjemput adik dari sekolah..
Ayah yang memberi duit belanja sekolah setiap hari..
Ayah yang datang hari terbuka sekolah...
Ayah yang tandatangan penyata adik...
Ayah yang sental baju sekolah adik kalau kena kuah kari..
Ayah yang basuh dan kapurkan kasut adik..
Ayah yang suapkan vitamin C CNI setiap malam..

Tapi..

Ayah tak sempat hantar adik ke sekolah menengah mahupun universiti..
Ayah tak sempat datang ambil keputusan PTS adik sekalipun..
Ayah tak sempat datang tengok adik di atas pentas konvokesyen..
Ayah tak sempat rasa duit biasiswa adik apatah lagi gaji pertama adik.. 

:'(

Al-Fatihah...

*******************************************************************************







Saturday 8 February 2014

Resepi Kerabu Epal Hijau Versi Ehda Mahmud


******************************************
Eh! gila post resepi pulak hari ni.
hahaha~~

Tak apa.. Ni namanya perkongsian ilmu.
Ilmu untuk mengenyangkan perut.
Kali ni resepi lauk paling senang...
Kalau orang yang takut dengan api pun boleh buat...
hehe~

Ni versi aku..
versi anak Cikgu Mahmud..

So... ikut suka hati aku nak letak apa ok!
Orang lain buat cara lain, tu dia punya versi..
sekali lagi, ni versi Ehda Mahmud.
haha~

******************************************


Bahan-bahan
  1. 4 biji epal hijau - grated/ hiris memanjang dengan kulit sekali
  2. 1 batang serai - dihiris halus
  3. 1 biji tomato (besar) - dipotong dadu
  4. 6 biji cili padi - dihiris
  5. 1 genggam udang kering - ditumbuk
  6. Jus limau nipis / perahan lemon (Secukup rasa)
  7. Sos Ikan (Secukup rasa)
  8. Gula (Secukup rasa)
Cara-caranya
  1. Gaulkan kesemuanya dalam satu bekas.
  2. Biarkan seketika dan masukkan ke dalam fridge. (Kalau tak nak masuk fridge pun boleh...)
  3. Hidangkan dan makan!!!! yeay!!

MARVELOUSSSSSS!!





p/s: Setiap kali aku belajar resepi baru, ibu akan cakap 
"Ok. Boleh tambah dalam senarai menu yang anak ibu reti masak. Senang nak jawab nanti bila ada orang datang meminang. Tak adalah suami adik nanti kena makan tom yam hari-hari." 
hahahahahaha~~~~~~

Baked Moist Chocolate Cake Recipe - for Dummies


************************************************************
oopss!!
macam kasar pulak bunyi nya tajuk tu kan.
Tapi siyes nak bagitahu, itulah hakikatnya..
sebab aku yang tak berapa nak rajin dan
memang sepanjang 23 tahun hidup 
TAK PERNAH buat kek pun dah berjaya membuatnya..
So, siapa yang seperti aku, yang agak-agak baru nak berjinak-jinak dengan oven, 
boleh try recipe ni...

Ini recipe NO 'AYAK-AYAK'.. NO BUTTER.. NO MIXER...

Bahan-bahan pun tak perlu pergi kedai bahan-bahan Bakeri.. 
Kedai Runcit Pak Mail, Kedai Rakyat 1 Malaysia ataupun Yong Fatt Mart pun ada jual..
Modal pun tak sampai RM10...

************************************************************



Bahan-bahan A:
  1. 100g serbuk koko
  2. 1 tin susu cair
  3. 250g susu pekat manis (bahasa mudahnya: setengah tin)
  4. 200g minyak sayuran (Nak guna minyak apa pun boleh.. Guna minyak masak cap TESCO pun tak pe)
Bahan-bahan B:
  1. 200g gula kastor (Kalau tak ada, gi blend gula biasa tu..bagi halus...)
  2. 150g tepung naik sendiri (Guna tepung gandum pun boleh..)
  3. 1/2 s.k. soda bikarbonat
  4. 1 s.k. baking powder
  5. 1/2 s.k. Ovellette (Tak letak pun tak apa... ni nak bagi texture cantik... berongga-rongga gitu...ahaks!)
  6. 4 biji telur gred A (Masukkan semua.. Putih & kuning...Pukul sampai berbuih....)
Cara-caranya....
  1. Masukkan bahan-bahan A dalam periuk. Masak diatas api perlahan dan kacau sehingga semua bahan sebati bersama (Tak perlu sampai mendidih..)
  2. Campurkan semua bahan-bahan B dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati.. (Guna senduk or whisk je....)
  3. Campurkan bahan A dan bahan B dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati. 
  4. Tuang ke dalam loyang/ bekas . (Jangan penuh-penuh... Maximum 3/4 bekas je..)
  5. Bakar pada suhu 170 darjah dalam masa lebih kurang 40-45 minit atau sehingga masak. (Nak kukus pun boleh...)

Pesanan Penaja :
  1. JANGAN gatal-gatal tangan nak buka pintu oven atau penutup periuk kukus dalam tempoh 20 min pertama... Nanti kek akan jatuh.... 
  2. Nak bagi lebih halus texture nya, tapis bancuhan guna penapis sebelum masuk loyang.... (Kalau malas, tak payah!! haha)
  3. Nak bagi gebu, rajin-rajin kan lah diri tu ayak tepung.. hehe (Kalau malas, tak payah!! haha)

SELAMAT MENCUBA!!


Thursday 6 February 2014

Ctrl+A & Del

**************************************
The hardest thing is to FORGIVE,
but always remember
ALLAH DOES.
**************************************


































































Semoga kenangan-kenangan manis mampu menjadi ubat dan penawar segala luka di dalam hati ini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting