Friday 29 November 2013

Wedding (23 November 2013)


************************************************
Assalamualaikum..
Salam Jumaat buat semua!!!!!
hari ni hari last aku intern..
Update terakhir menggunakan pc opis ni..
hehe~~
************************************************

Ok.. Nak share pasal wedding Kak Siti (Adik ipar akak aku...Merangkap adik bongsu Abang Joe...)
Nun jauh di Utara.. (Kedah)
23 November 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK SITI & ABG JASNI


Jom usha pelamin..


Simple and nice. =)

Pengantin bersama 'Flower girls..'


Flower girl yang kecik tu (Iffah) dah merajuk sebab dah penat!

Pengantin with prngapit 'bidan terjun'




Pengapit ni tengah kena ketumbit...
Nasib baik ada spek yang boleh kaver.. hehehe
Btw, pengapit ni tak diberitau kena jadi pengapit sampai lah hari kejadian...
hahahhaa~~
dats y, pengantin tema kuning, pengapit pakai kaler hijau!

Yang speselnya..
tengok ni :


No cakes...
Tapi pulut kuning...
Hasil kreativiti Ibu..


Teringat pasal pulut kuning, pepagi majlis berkejar ke kedai bahan-bahan bakeri...
mencari cake board + 'tiang' putih tu..
heehe~~

Alhamdulillah semuanya dah selesai dengan jayanya..
Semoga pasangan ini dirahmati oleh Allah & hubungan berkekalan hingga ke syurga..
Amin....


p/s: Gambar pasangan pengantin, x ada la pulak dalam fonepad aku.. yerla.. bila pengantin lelaki dh smpi, i sbgi pengapit ni busy u olllzz..hehe


Monday 18 November 2013

They are special...


********************************************************
Assalamualaikum...
'mencuri' masa lunch untuk merepek di blog lagi =)
Oh!
Hari ni nak share pasal 1 drama korea
yang best!!!
********************************************************

Tau apa itu Autism?
_________________________________________________________________________________
Autism berasal daripada perkataan  Greek iaitu autos yang membawa maksud diri sendiri dan isme yang bermaksud suatu aliran. Selain itu, autism ini juga merupakan keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak Autism mempunyai imaginasi yang tinggi sehinggakan kanak-kanak tipikal tidak dapat memikirkannya. Hal ini menyebabkan mereka lebih suka menyendiri dan tidak bergaul dengan orang lain.

            Selain itu, Autism adalah gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, interaksi sosial, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku luar biasa. Punca kepada masalah ini masih lagi tidak diketahui. Antara contoh tingkah laku yang luar biasa ialah tingkah laku yang berulang-ulang (repetitive behaviours) seperti menggoyangkan badan,  pukul tangan dan sebagainya. Kanak-kanak Autism mempunyai kebolehan mendengar dan melihat tetapi tidak mengikut norma-norma yang biasa kerana kadang kala mereka tidak faham apa yang dilihat dan apa yang didengar. Contohnya, sekiranya kita bertanya nama mereka, mereka tidak tahu apa itu nama dan tidak mengendahkan apa yang kita cakapkan.

_________________________________________________________________________________

Ingat cerita ni tak?


Cerita air tangan Aamir Khan..
Mengisahkan bagaimana seoorang guru mengajar kanak-kanak autism..
Cerita yang sangat best! sangat menyentuh hati...
Kalau belum tengok, sila la tengok ok.

tapi kali ni tak nak cerita pasal Taare Zameen Par ni..
Nak cerita pasal drama korea yang baru je habis ditayangkan...
iaitu

GOOD DOCTOR


Membawa tema yang hampir sama dengan Taare Zameen Par..
Mengetengahkan masalah Autism ini...
Tapi kali ni versi 'budak besar' pula..
Bagaimana seorang penghidap Autism cuba menempatkan diri sebagai seorang doktor dan bercita-cita untuk menjadi pakar bedah kanak-kanak.
Sangat best ok!
Sila la tengok..
Nak tengok kat mana?
boleh la gi layan cerita ni kat www.gooddrama.net

cerita-cerita sebegini banyak memberi info yang baik untuk kita..
Tak kira la apa pun kekurangan seseorang kanak-kanak tu, mereka pasti ada kelebihan yang tersendiri..
Macam Abang Cik kami yang ensem ni.. hehe~



sekian.........

**Gambar sedut google =)


Wednesday 6 November 2013

SPM oh SPM


***********************************************
Assalamualaikum!!!
Salam November buat semua!
Nak tulis entry mengimbau kenangan..
ngeh3x~~~

Hai ni hari pertama pelajar-pelajar tingkatan 5 menduduki peperiksaan SPM.
wow! Mesti nebes kan?!
Semoga adik-adik semua dapat menjawab soalan dengan tenang dan akan mendapat keputusan seperti yang diharapkan...

Oleh itu, sajalah kan...
Nak mengimbau kenangan diri sendiri waktu ambil SPM 2007..

***********************************************

Aku ambil 13 paper..
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, English for Science & Technology, Perinsip Akaun, Matematik Tambahan, Geografi dan Tasawwur Islam

Gila kental bila budak malas belajar + suka study last minute ambil sampai 13 paper..
Jawabnya, mana yang suka, itu je la yang pulun dan skor...
yang tak berapa nak suka? lalalala~~~ memang hai.hai... bye.bye..
hehe~

Paper paling penat menulis :
Bahasa Melayu 
(Bab2 tulis karangan... adeh...)

Paper paling tak nak jawab:
Sejarah
(toooooooooooooooooooo many.much.facts!..huhu)

Paper paling cool
Matematik

Paper paling tak ada perasaan
Bahasa Inggeris
(tak tau nak rasa apa.. Bila time periksa kat sekolah selalu dapat A.. Tapi bila time exam besar TAK PERNAH dapat A! sekian!)

Paper paling over confident:
Perinsip Akaun

Paper paling sempoi:
Geografi 
(sebab 11 orang je yang ambil dalam 1 sekolah tu.... hehehe)

Paper paling malang:
Biology
(Kalkeleter hilang sebelum masuk exam!!!!!!!!!! kira manually guna otak! mana nak cekau nya dalam otak bila ada 'square root'??... result paper ni yg rasa nk sembunyikan.. hahaha)

 Paper paling seram:
Matematik Tambahan
(Sebelum exam memg yakin boleh... Sedang exam...........errr...errr....) 

Paper paling malas nak jawab:
English for Science & Technology

Paper paling 'Miracle'
Fizik
(Tak pernah faham fizik... jawab soalan objektif main tekan2 kalkeleter, tambah tolak darab bahagi nombor2 yang ada dalam soalan, kalau kena dengan pilihan jawapan, itulah yang aku bulat... 90% hentam! tapi..result sangat luar jangkaan!!!)

Paper paling relaks
Pendidikan Islam & Tasawwur Islam

Paper atas pagar
Chemistry
(Sekejap paham..sekejap tak paham... Dari A1 ke G pernah dapat... huhuhu result pun suam2 kuku je...hoho)

Itulah kenangan...
Kenangan 6 tahun lepas...

Ini cerita dolu-dolu...
Cerita
Budak nakal yang suka study last minute....
Budak nakal yang suka langgar peraturan sekolah...
Budak nakal yang degil.....
Budak nakal yang banyak mulut dalam kelas....
Budak nakal yang suka lari-lari kejar bihun sup kat kantin....
Budak nakal yang suka ponteng prep....
Budak nakal yang suka ponteng kelas EST.... hoho~~



Zaman sekolah yang tak akan dilupakan...
Walaupun selalu dilabel 'Kelas bermasalah'
tapi KAMI GEMBIRA BERSAMA.
4 & 5 Neptune, TIGS
(2006-2007)

#throwback 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting