Thursday 25 July 2013

Top 3 Sedapnya.....................


Assalamualaikum!!
Ok.. hari ni nak list top 3 menu yang kalau boleh HARI-HARI aku nak makan!
yup HARI-HARI ataupun bahasa lainnya ialah SETIAP HARI.

p/s: Bertapa fanatiknya aku dengan makanan-makanan ni. hehe~

*******************************************************************************

(1) ASAM PEDAS

credit : maizanuar.fotopages.com

Semua asam pedas aku suka! tak kira lah asam pedas ikan, ayam or daging. semua aku balun. Tapi yang PALING suka ialah Asam Pedas Ikan Parang. Asam pedas ditambah dengan sawi jeruk asin. PERGH!! terangkat! 

Kalau minta ibu masakkan, aku ni 'demand' sikit.. Ibu kata banyak songeh! Untuk asam pedas ayam or ikan keli aku prefer guna daun limau purut.. Yang asam pedas ikan-ikan lain baru aku suka guna daun kesum...
Tapi bila guna daun limau purut, sangatlah tidak sedap sekiranya dicampurkan dengan sawi jeruk. so, kalau nak letak sawi jeruk, gunalah daun kesum.. nyum3x......

Aku tau masak asam pedas or tak? jawapannya ialah aku tau secara teori.. Tak pernah try masak lagi. Sebabnya ni kan lauk peberet aku.. aku takut tak jadi sama macam yang ibu buat.. Nanti membazir pulak kalau tak sedap kan.. hehehe~~ Ok.. tunggu dok rumah sendiri baru aku buat praktikalnya. peace. ('',)v


(2) TOM YAM

source : www.phuket101.net

Ok. ni makanan kedua peberet.. Tom yam!
Aku suka tom yam yang super duper extra spicy + extra sour + extra mushroom.
Kalau boleh nak letak semua jenis cendawan.. Ya Allah sedapnyaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

Tapi aku 'allergic' sikit ngan tom yam yang manis.. Rasa nak tergeliat tengkuk kalau terpaksa makan tom yam yang agak manis memandangkan aku memang tak suka benda manis....

Tom yam ni aku expert la nak masak... Tapi bila aku yang masak, suka tak pikir orang lain..buat ikut selera aku.. Yang tak tahan pedas jangan sesekali cuba makan tom yam aku.. kalau cirit birit, tanggung sendiri. hehehe~~ Yang pasti tomyam aku  super duper extra spicy + extra sour + extra mushroom.hehe~~ nak try?


(3) ASAM LAKSA

credit : 119cafe.blogspot.com

Walaupun aku anak jati johor, tapi dalam bab laksa aku pilih asam laksa... Disebabkan aku kurang gemar masakan berteraskan santan, jadi laksa johor + laksam kurang menjadi pilihan hati ni.. hehehe~~

Aku sangat suka makan asam laksa. Lagi-lagi kalau dah panaskan banyak kali.. kuah dia dah pekat.. pergggghhhhhh!! memang makan tak toleh kiri kanan! Aku prefer asam laksa yang aku or ibu sediakan sendiri.. sebab aku suka pedas.. Oleh itu, aku akan terus campurkan cili api yang dikisar ke dalam kuah laksa. memang terangkat!!

Nasib baik lah asam laksa ni sangat mudah disediakan. kalau ibu aku tak nak masakkan pun, tak adalah sampai ketahap kempunan.. hehe~~ Tapi macam tomyam jugak, kalau aku yang masak standby tisu nak lap air mata and hingus... Super duper extra spicy + extra sour!

*******************************************************************************

Ok.. sekian sahaja top 3 menu yang menjadi kegemaran aku... Ada lagi..tapi top 3 je la dulu.. Ibu selalu bebel kat aku bila aku asyik mintak and nak masak menu-menu atas ni.. Ibu kata, tak kan nak masak untuk suami lauk and makanan ni hari-hari????!!!!! Aku gelak je la... hahahahahahha~~~~~~ nyum3x...


8 comments:

Anonymous said...

En abang kalaw da syg sanggup je telan. =)

Eemir Syhafiq on 25 July 2013 at 23:59 said...

Sedapnya...Kalau Ehda tlg buatkan lagi sedap hehe

Jiha Mahmud on 26 July 2013 at 08:14 said...

@Anonymous yeke? kat mulut je sanggup.. dlm hati? hehehe

Jiha Mahmud on 26 July 2013 at 08:15 said...

@Eemir Syhafiq meh dtg Btu Pahat. hehe~~ nak makan tomyam or laksa or bakso.. cakap je.. hahaha (belagak gila...hehe)

arel on 26 July 2013 at 09:49 said...

haha... dtg jgn xdtg.. dah ajak tu...sediakn ajer masakan semua tu

Jiha Mahmud on 26 July 2013 at 09:55 said...

@arel hahahhaa lepastu semua org cirit birit di hari rye..hehe

Unknown on 26 July 2013 at 23:31 said...

takpeeee cik abang kalau makan "sayang" hari2 pun kenyang. tapi kalau buat camtuh gak lepas 3 bulan konpem kene sekeh dengan suami. hehe :P

Jiha Mahmud on 27 July 2013 at 09:56 said...

@nur farhana Saad ahahahaha~~ apa kata ko try dulu ana... t leh ak wat pengajaran.. hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting