Wednesday 8 May 2013

U.B.A.H


*********************************************************************************
Assalamualaikum..
Layan kan sahaja contengan mengarut aku ni..
Siapa tak puas hati, boleh terus 'X' blog aku ni.
wahahahaha~~~
*********************************************************************************

Matematik Tambahan + Matematik + Perinsip Perakaunan

Macamana nak tingkatkan bilangan pelajar yang menguasai subjek-subjek ini dengan baik??
Macamana nak dapatkan 100% pelajar lulus dalam subjek ini???

TAHU CARANYA????

Senang sahaja...
Memandangkan pelajar-pelajar sekarang ini sudah terlampau maju ke hadapan,
so, kita ikut rentak mereka...

Cuba UBAH sikit soalan tu..

UBAH apa????

Ini contohnya :

(1) Soalan Matematik 

Yang biasa-biasa : "Berapakah beza ketinggian antara Ali dan Ahmad?"

Yang boleh di ubah : "Berapakah majoriti undi yang dimenangi oleh Parti X?"


(2) Soalan Matematik Tambahan

Yang biasa-biasa : "Hitungkan kebarangkalian bola yang dikeluarkan dari kotak tersebut bewarna merah sekiranya terdapat 50 biji bola merah, 61 biji bola kuning dan 80 biji bola hitam."

Yang boleh di ubah : "Hitungkan kebarangkalian bagi Parti J akan menang sekiranya Parti K dan Parti L turut bertanding di kerusi Parlimen Z"


(3) Soalan Perinsip Perkaunan

Yang biasa-biasa : "Berapakah jumlah sewa diterima yang masih terakru pada 31 Disember 2012?"

Yang boleh diubah : "Berapakah jumlah manifiesto Parti Q yang masih terakru pada 31 Disember 2012?"

Haaaaa...
Amacam??
OK tak???


****Khas buat renungan kanak-kanak yang tak habis sekolah lagi pun dah sibuk nak berpolitik... Belajar dulu betul-betul... Dapatkan straight A+ dalam SPM.. Dapatkan biasiswa.... So, tak payahlah hidup dibebani hutang PTPTN yang interest nya berkoyan-koyan... ;D



1 comments:

arel on 8 May 2013 at 20:59 said...

saya unti ehda!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting