Friday 10 May 2013

Rancangan EHDA AL-NAJIHAH Ke - 1 (REK1)


REK1 merupakan rancangan HIDUP lima tahun insan yang bergelar EHDA AL-NAJIHAH BINTI MAHMUD bagi tempoh 2014-2018.

Kenapa tiba-tiba aku menulis pasal benda ni??
Cuti sempena PRU13 yang lepas, ibu telah bertanya kepada aku berkaitan perancangan aku selepas ini..
Perancangan selepas aku tamat degree hujung tahun ni (Insya Allah)....
Waktu tu, aku baru sedar bahawa aku tiada perancangan yang jelas untuk semua itu.
Rasa macam malas nak fikir....
Just going with the flow....
Ibu kata, orang yang tidak merancang adalah orang yang GAGAL.
Sentap seketika...

Kerana itulah, wujudnya REK1 ini...

*********************************************************************************

REK1

KERJA vs BELAJAR

Cita-cita sejak dari kecil ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tak pernah terpadam..
Namun, ianya bergantung kepada rezeki Allah.. Sekiranya aku dapat penaja, InsyaAllah aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana secara sepenuh masa.. 

Tetapi sekiranya rezeki aku belum sampai lagi, berusaha mencari kerja yang sesuai dan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana secara separuh masa..

HARTA

Antara benda terpenting yang aku 'kejar' adalah Rumah. Ikut cara ibu.. Biarlah berikat perut sekalipun, beli rumah!! So, kena usaha lebih and grab peluang yang ada untuk memiliki rumah sendiri. USAHA.USAHA.USAHA! Harga rumah makin lama makin naik. 

Kumpul duit for umrah. InsyaAllah..

PERKAHWINAN

Yang ini selain 'green light'  (jodoh) dari Allah SWT, kena tunggu 'green light' dari ibu jugak..
Dapat 'green light'; anytyme... hahahaha~~ Yang penting ibu sponsor... hehehe~~

*********************************************************************************

Tamatlah REK1..
Semoga semuanya terlaksana..
Amin...
InsyaAlah.. ;D


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting