Tuesday 19 February 2013

Lihat ATAS.. Lihat BAWAH..


15 February 2013, keputusan peperiksaan January 2013 pelajar-pelajar sarjana muda UiTM telah selamat diumumkan.

Alhamdulillah.
Allah mendengar doa ibu + abah...
Alhamdulillah,
kali ni aku benar-benar redha dengan keputusan ini..

Walaupun aku bukanlah yang terbaik,
namun ia tetap mendatangkan kepuasan bagiku..

Sewaktu diploma dahulu,
aku sentiasa terbuka untuk share apa jua result aku..
Tak kira baik ataupun tidak..
Itu adalah AKU..

Tapi keadaan mula berubah sejak aku masuk degree ni..
Terus terang aku katakan
walaupun bibir mengatakan syukur, tapi hati tidak...
aku mula alpa...
Allah bagi ini, aku rasa tak cukup.
Aku mahu lagi...lagi..dan lagi...
Tak kiralah orang sekeliling cakap apa,
aku susah nak terima...

Tapi kali ini,
ada sesuatu yang menyedarkan aku..
Tak perlu aku ceritakan apa yang berlaku,
cukup aku katakan
kita perlu melihat orang yang di atas,
supaya kita akan terus berusaha
tapi..
kita juga perlu melihat orang yang di bawah,
supaya kita kenal erti bersyukur.
Mungkin ada yang mencebik..
Mungkin ada yang akan kata
"nak apa lagi? dah dapat anugerah dekan tu cukupla!"

yer memang betul...
tapi aku susah nak terima...
dalam hidup aku, aku sentiasa letakkan sasaran yang lebih tinggi..
sejak diploma lagi,
kalau sistem UiTM kata AD itu 3.50
tapi bukan bagi aku..
AD bagi aku adalah 3.75 dan ke atas..
Jadi bila sasaran yang aku letak sendiri dan aku gagal mencapainya,
aku jadi tersangat-sangat 'down'..

tapi yang pelik dan jeliknya, aku tak nak tambah usaha...
Aku tak nak tambah doa...

Inilah manusia tak bersyukur...
Baru Allah tarik sedikit, aku sudah 'melatah'..
tak banyak mana pun Allah tarik, Allah baru nak uji aku, Aku sudah begini...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...

Buat semua yang mebaca, janganlah sesekali jadi seperti aku...
Aku menulis ini agar depat sama-sama jadikan pengajaran.....
Ingatlah Allah akan beri lebih bila kita kenal erti bersyukur...

Doakan aku untuk final semester ini okay..
Doakan aku dapat buat yang terbaik..
Doakan aku agar aku tidak alpa lagi....

p/s: Sangat-sangat tak sabar nak konvo lagi!!!!!



8 comments:

Anonymous said...

goodluck ;) saya suka sikap awak yang sentiasa bersemangat.

Jiha Mahmud on 19 February 2013 at 12:02 said...

thank you. =)

Anonymous said...

Akak! Saya suka post akak ni! Nak tanya.
Course diploma in statistics ni susah x?
Saya berminat sangat dengn course ni :-)

Jiha Mahmud on 5 November 2015 at 22:18 said...

@Anonymous
it will be much easier if you love math dear. everything will be easy. Yang penting belaja betul2, usaha, doa.

Anonymous said...

Ohhh. Akak ambik diploma dekat uitm seri iskandar ke?
Akak ade tips x mcm mane nak dpt pointer 3.5 setiap sem. Saya dpt kos ni.
Orng cakap kos ni tak laku. Betul ke?
Pekerjaan susah nak cari.. risau. Emm.

Jiha Mahmud on 12 November 2015 at 18:41 said...

@Anonymous seriously tak laku? no dear.. apa pun course yang kita ambil, risiko menganggur tinggi. why? sebabnya dah ramai sangai degree holder....

menganggur atau tak lepas grad bergantung kepada diri sendiri. grad with flying colours + active in extra cocuricular + soft skill, you tak akan ada masalah dapat kerja.

Peluang kerja untuk course ni banyak, cuma ramai graduan yang mengecilkan peluang sendiri.

Statistics is actually one of the toughest course. Kalau betul2 minat, please go on..

Ramai graduan statistics tapi tak ramai graduan statistics yang keluar dengan result yang baik serta kebolehan dan kemampuan mengaplikasikan apa yang mereka belajar.

Anonymous said...

Akak ade email tak? Saya nak boleh. Hehe. Masa akak diploma dulu, akak ade mohon Jpa tak?

Jiha Mahmud on 25 November 2015 at 17:51 said...

@Anonymous boleh email ke ehdamahmud@yahoo.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting