Saturday 11 February 2012

"Jual Anak" ka???



Sepanjang 'pertapaan' aku ni,
jumpa dengan macam-macam orang
macam-macam cerita panas yang sempat singgah kat telinga aku ni...
bukan lah bergosip apa...
just cerita-cerita yang berlaku di sekeliling aku
yang patut jadikan iktibar.... :-)

Before this, aku pernah buat entry pasal isu hantaran..
Refer entry ini :
Berapa ya hantaran nya?

Kali ni topiknya sama la juga...
Baru-baru ni salah seorang kenalan keluarga aku
pergi merisik seorang gadis dari Selangor berusia pertengahan 20-an..
proses merisik berjalan seperti biasa mengikut adat...
tetapi menjadi LUAR BIASA
bila masuk bab hantaran...

Pihak perempuan meminta wang hantaran sebanyak RM 11,000
(ok, rasanya nilai ni dah mula diterima dalam masyarakat hari ni...)

tetapi bukan itu sahaja!

beserta dengan SEBUAH RUMAH + SEBUAH KERETA!

pergh!!

Ayat first keluar daripada mulut aku ialah:
"pempuan tu ada PHD ke?"

Jawapan yang aku terima :
"Tak lah, lepasan SPM....Jadi Kerani kat __________ . Ingatkan dah kira 'sekufu' la dengan __________ , sekali mintak hantaran mengalahkan anak Tan Sri"

Bukan aku nak menghina atau memandang rendah pada sesiapa,
cumanya pada aku permintaan tu agak melampau.....
Kalau yer pun nak memastikan hidup anak perempuan tu terjamin, berpada-pada lah...
'ukur baju' di badan anak perempuan anda + bakal menantu anda juga......
tapi tak tau lah kalau permintaan seperti itu hanyalah sebagai satu helah untuk menolak risikan itu...
Hanya Allah dan keluarga perempuan itu sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik permintaan itu.......

Nak buat macamana lagikan dah itu yang diminta,
pihak lelaki memang tak sanggup...
Bukan jodohnya........

( Maaf sekiranya ada yang terasa..... ini just pandangan peribadi aku.. :) )



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting