Monday 26 December 2011

Journey.......

Tiba-tiba hari ni aku teringat dengan kata-kata yang sering cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah berikan kepada aku dan kawan-kawan...
yang sering kami labelkan as "bebelan"


Waktu Sekolah Rendah

Belajar betul-betul..buat yang terbaik untuk UPSR ni... UPSR ni lah penentu kamu nak masuk sekolah mana. Sasaran 5A UPSR

Waktu Menengah Rendah (Form 1 - Form 3)
Keputusan UPSR kamu tu dah tak tentukan apa-apa dah..
Kamu dapat 5A pun UPSR, belum menjamin kamu cemerlang PMR. PMR ni kamu mesti aim nak dapat 8A. PMR ni lah penentu kamu nak ambil aliran apa waktu form 4 nanti.

Waktu Menengah Atas (Form 4 -5)
PMR dah habis. Sekarang kamu kena bersedia untuk SPM pulak.. SPM bukan mudah.. Ramai yang skor waktu PMR pun tak perform bile SPM. SPM ni penentu hidup kamu lepas sekolah ni. Jgn kamu dibayangi kejayaan waktu PMR. keputusan PMR tu dh tak ada apa-apa dah. Kamu kena usaha untuk SPM ni. dapatkan straight A's.
 Waktu Diploma (Cawangan)
Tahniah.. Kamu dah buat yang terbaik waktu SPM dulu.. Tapi ingat, alam universiti ni tak sama dengan alam sekolah.. jangan culture shock.. Ramai yang dapat masuk universiti tapi ramai juga yang tak berjaya tamatkan pengajian... Result SPM yang baik sekali pun tak menjamin kecemerlangan kamu di universiti. 
 Waktu Ijazah Sarjana Muda (Induk)
Degree tak sama dengan diploma.. Ada tu dapat ANC waktu diploma tapi bila masuk degree hancur..  Kampus induk tak sama dengan cawangan.. Kamu kena buat yang terbaik untuk ijazah ni. Tak ada dah relax-relax macam kamu kat cawanagan dulu..

hmmmm...
Konklusinya, selagi kita menjadi seorang pelajar
BELAJARLAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.
 sekiranya kita telah berjaya menempuh fasa-fasa pendidikan yang sebelumnya dengan cemerlang,
maka jangan mudah lalai dengan kecemerlangan itu, berusahalah untuk mengekalkanlah kecemerlangan itu..
Tapi sekiranya kita kurang cemerlang dalam fasa-fasa sebelumnya,
peluang masih terbuka untuk kita terus berusaha mengejar kecemerlangan!!!


2 comments:

ana said...

GL ehda final t >_<

Jiha Mahmud on 27 December 2011 at 22:41 said...

Gud luck too ana.. ;D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting