Thursday 7 July 2011

Another 'Love Letter'..

Semalam dapat love letter dari UiTM

and hari ni

love letter from JPA..


so, pemegang-pemegang biasiswa PIDN JPA,
sila baca ni :

***********************************

PERINGATAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAJAAN JPA DI IPTA/IPTS SELURUH NEGARA



Saudara/saudari,

PEMATUHAN SYARAT PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN

Adalah dimaklumkan bahawa satu perhimpunan haram akan diadakan pada 9 Julai 2011 yang akan datang. Perhimpunan tersebut dikenali dengan nama perhimpunan “ BERSIH” yang menuntut supaya dibuat pembaharuan kepada sistem pilihan raya. Perhimpunan tersebut diharamkan kerana ia mengancam kepentingan awam dan ketenteraman negara.

Sehubungan itu, JPA ingin mengingatkan tanggung jawab saudara/saudari seperti yang dinyatakan di Fasa 5.5: Hasutan dan Tunjuk Perasaan dan Fasa 5.6: Menyertai Politik dan Pertubuhan dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan yang antara lainnya menekankan perkara berikut:

Fasa 5.5: Hasutan dan Tunjuk Perasaan

Pelajar tidak boleh pada bila-bila masa dalam Tempoh Pengajiannya:

a. Mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN, adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan;

b. Menyedia atau mengedarkan dengan apa-apa cara atau mengambil apa jua bahagian dalam menyediakan atau mengedarkan sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat KERAJAAN, adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan;

c. Menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan, atau mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen atau lain-lain bahan yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan;

d. Membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan apa-apa kumpulan orang di mana-mana tempat yang pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan.


Fasa 5.6: Menyertai Politik dan Pertubuhan

a. PELAJAR tidak boleh mengambil bahagian sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan berunsur politik atau anti Kerajaan;

b. PELAJAR tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak kelulusan itu.

c. PELAJAR tidak boleh menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang bertujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah, pada pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari KERAJAAN dan KERAJAAN, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh memberi atau tidak memberi kelulusan itu.



Sekiranya saudara/saudari didapati telah melanggar mana-mana syarat dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan yang telah ditandatangani, JPA boleh menamatkan tajaan dan mengenakan apa-apa tindakan tuntutan ganti rugi oleh JPA seperti yang tertera di Perjanjian Biasiswa Persekutuan.

Akhirnya JPA mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya dalam pengajian saudara/saudari dan semoga saudara/saudari terus menjaga keselamatan masing-masing walau di mana jua berada.

Sekian, terima kasih.



Razana binti Yaacob
Ketua Penolong Pengarah
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan Dalam Negara
JPA, Putrajaya.


***********************************

ok.. siapa lagi nak hantar 'love letter' kat emel saya??
Silakan..silakan...
hehhehe~~~

P/S: love letter yang ini boleh di download di (sini)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting