Thursday 30 June 2011

Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal 2011

Anda berminat untuk mendapatkan biasiswa dan menjadi
tenaga pengajar di politeknik atau kolej komuniti??

Kat sini aku nak share satu peluang.
Kalau korang berminat la...
(Kalau berminat, habis je baca entry ni, terus apply taw. hehehe~~)

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2011 (SLTP 2011) : DALAM NEGARA

Senarai bidang tajaan : (sini)

________________________________________

Apa Syarat-syarat nya???

1. Warganegara MALAYSIA.

2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program IJAZAH SARJANA MUDA di IPTA, UTP, MMU atau UNITEN

3. Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 TAHUN dan ke atas.

4. Berumur TIDAK MELEBIHI 25 TAHUN pada 1/1/2011

5. Mendapat PNGK SEKURANG-KURANGNYA 2.75 DAN KE ATAS pada semester terkini atau di peringkat Diploma/ Matrikulasi/ Asasi/ STPM.

6. BELUM mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain.

7. KEPUJIAN dalam BM dan BI di peringkat SPM.

8. Mendapat SEKURANG-KURANGNYA BAND 3 dalam MUET.

9. AKTIF dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.

10. Mempunyai MINAT & KECENDERUNGAN untuk menjadi PENDIDIK.

________________________________________

dah lepas syarat-syaratnya???
oooopss...
Nanti dulu....
Belum boleh mohon lagi....

Adakah anda :

1. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI????

atau
2. MEMPUNYAI IKATAN KONTRAK dengan mana-mana agensi Kerajaan ataupun Swasta???

Jika YA, Anda TIDAK LAYAK MEMOHON
(boleh stop baca entry ni..hehehe~~)

Jika TIDAK, Anda LAYAK MEMOHON
(terus baca taw!!)

________________________________________

Cara-Cara Permohonan

Sila buat permohonan online di (sini) sebelum atau pada 15 Julai 2011.

dan

Hantarkan salinan Cetakan permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum 23 Julai 2011.

SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 2 NO.2 MENARA 2
JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
MALAYSIA
(U.P.: UNIT BIASISWA)


Untuk maklumat lanjut n sumber : (sini)

________________________________________


***************************************

Ok... Sebelum aku 'The End' kan entry ni, aku wish GOOD LUCK untuk semua yang mohon.. try ur best k... Jangan mengalah sebelum berjuang...
Rezeki itu di tangan Allah S.W.T.
:)
and
Kalo dah dapat tu, jangan lupe belanja aku yang tak layak meohon ni..hehehehe~~~~~~~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting