Sunday 22 May 2011

Selamilah Hatinya.......

This is 'Abang Chik'.
My second brother....
Eddy 'Amir bin Mahmud


Abang Chik, orang yang selalu kena buli dengan aku. Ahaks!
selalu la jugak dia merajuk & tak puas hati dengan aku...
tapi dia tak pernah lupa title dia as 'Abang'
mana dia pergi.. apa dia makan mesti ingat Adik dia neyh
(aku je yang selalu tak ingat dia..hehehehe~~)

Walaupun dia dilahirkan tak seperti insan normal yang lain (Down's Syndrome)...
tapi
kadang-kadang
pemikiran dan tingkah laku Abang Chik jauh lebih baik daripada insan yang normal...
Kadang-kadang juga
Kata-kata dialah yang membuatkan kita manusia normal ni Sedar. Celik.

Ok enough introduction to Abang Chik...

Sebenarnya aku nak share sumthing yang agak 'me+sayu' dan me'touching' hati kami sekeluarga....

Sekarang ni antara adik-beradik Abang Chik rapat dengan Abang (abang aku yang lagi sorang)
Dengan aku tak adalah rapat sangat.. Dah asyik kena buli je dengan aku kan....
Dulu, Abang Chik sangat rapat dengan Akak..
tapi bila akak dah kahwin.. Dah ada anak-anak sendiri...Ada tanggungjawab dengan keluarga
sendiri... Abang Chik mula rapat sangat-sangat dengan Abang...
and one more thing apa pun terjadi di kemudian hari memang dia nak 'ikut' abang...

kami saja lah nak tanye and mengusik Abang Chik pasal isu "Abang kahwin"
Nak taw apa respons Abang Chik??

(1) Dia jerit "okleh! Okleh! Abang angan awen!
("Tak boleh! Tak boleh! Abang jangan kahwin!!)

(2) He was crying!


Ok.. kami tutup isu ni... kami dah taw Abang Chik punya pendapat...
and aku juga sentiasa berharap abang mengotakan janjinya dalam mencari calon isteri; isteri yang sanggup menerima & menjaga Abang Chik.....
(Bukan sahaja abang yang berjanji tp begitu juga dengan aku, pasangan aku hendaklah menerima & sanggup menjaga Abang Chik andai satu hari nanti aku yang memikul amanah untuk menjaga Abang Chik)

Ibu and abang try tanye pulak if satu hari nanti bila Ibu and abah dah tak ada, nak tak dia ikut abang duduk di JB...
Respons Abang Chik :

"amo. amir nak uduk ini! amir nak uduk umah amir"
(Tak mau.Amir nak duduk sini. Amir nak duduk rumah Amir)

Hmmmmmm....
satu masalah yang agak 'besar'....
konflik yang melibatkan Abang and Abang Chik...

Kami terus try nak mencungkil apa sebenarnya yang ada dalam hati Abang Chik....
finally we know....
Sebenarnya dia takut dengan 'kehilangan'.
Dia takut 'kehilangaan' abang if abang kahwin
macam dia rasa 'kehilangan' akak lepas akak kahwin...
and
dia memang tak nak keluar dari rumah ni... Rumah yang memang tempat kami dibesarkan.. tempat kenangan bersama arwah Ayah...

Hmmmmmmmmm...............................

Mungkin bagi kita insan yang normal ni, tak rasa macam Abang Chik rasa..
kita dah set up our own goals....
our own targets...
At certain stage, kita akan buat itu... kita kan buat ini...
and kita dah boleh menganggarkan bahawa satu masa nanti, kita akan buat satu 'penghijrahan' dalam hidup...

tapi insan seperti Abang Chik???
Life dia tetap sama..
Dia tak boleh and tak berupaya nak 'mengatur' diri dia dan menentukan apa yang akan dia lakukan macam orang lain..
Banyak benda dalam hidup dia; yang hanya dia boleh 'berangan' tapi mustahil untuk dia dapat...
segala-galanya dia perlu bergantung pada orang disekelilingnya..
cuma...
yang dia tahu setiap hari, dia nak diri dia dikelilingi orang-orang yang dia sayang.......

hmmm.. aku nak menanges sebenarnya tulis entry ni... memang lah aku selalu buli dia.. tapi bila mengenangkan nasib Abang Chik untuk masa-masa yang akan datang....entahlah.. Harap-harap kami sekeluarga terus ditetapkan hati diberi kekuatan untuk terus menjaga dan melindungi Abang Chik...


1 comments:

Nurul Ain on 22 May 2011 at 19:59 said...

sedey woo...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting