Saturday 7 May 2011

Mother's Day version...

Semepena Mother's Day ni,
nak story sikit...
hehehe~~
layanz................................

Balik rumah 1 May haritu,
macam-macam dah berubah kat rumah ni rupanya....

yang paling jelas, terang n nyata adalah ini:


garaj sudah berubah wajah....
Akhirnya selepas 10 tahun garaj lama (kayu) berdiri, akhirnya ia dirobohkan...
tak ada lah perubahan besar sangat kat garaj ni...
sama je bentuk and jumlah dengan yang dulu....
cumanya sekarang dah berganti tiang roman + bumbung bewarna biru....
cuma yang paling tak boleh blanya
Garaj baru lebih tinggi dari rumah!!!!
lepas ni tetamu datang, jemput duduk kat garaj je lah yer..
hehehe~~

bila ingat pasal garaj ni...
hati tiba-tiba rasa sedeyh.........
sebabnya
arwah ayah dulu selalu berangan nak buat garaj macam ni....
bersusun kereta anak-anak bila semua berkumpul....
tapi cita-cita ayah tak kesampaian sehinggalah dia meninggal dunia.....
yerla lagipun waktu tu ada 2 biji kete je, wat pe nak buat garaj banyak-banyak pun kan..
anak-anak ayah waktu tu semua masih 'kecik-kecik' lagi..
nak 'reverse' kereta pun tak pandai.

oklah stop cerita pasal garaj..
perubahan-perubahan lain, nanti-nantilah aku cerita...
tunggu semuanya siap okay..

sempena Mother's Day hari ni,
aku nak share satu novel yang aku baru khatam...
taraaaa....


novel ni tak adalah 'cintan-cintun' sangat
jalan cerita awal-awal pun agak slow...
aku skip-skip jugaklah beberapa page...
(asyik ulang-ulang adegan yang sama -mak hero membebel suruh bawak calon menantu + blind date tak sudah-sudah)
tapi di pertengahan novel ni, barulah novel ni agak berkembang....

tak nak cerita sangat pasal sinopsis..
sebab dari tajuk pun dah boleh agakkan?
Pilihan Mama atau dalam bahasa panjangnya menantu pilihan mama....

baca novel ni terus teringatkan abang aku,
Mr. Eddy Suffian bin Mahmud..
(sebab cerita ni dibuat dari sudut seorang lelaki)
Abang, kalau terbuka blog adik ni, renung-renungkan okay....
beli novel ni. hadam lumat-lumat.
hehehehe~~~

bila cakap kat ibu,
ibu pun kata:
"pilihan mama pun tak semestinya menjamin bahagia. kan perkahwinan itu satu PERJUDIAN?
Apa yang penting adalah RESTU.
kalau pilihan sendiri pun + restu dari keluarga dua-dua belah pihak
InsyaAllah ianya akan bahagia. Kahwin ni bukan maknanya kahwin antara lelaki-perempuan je.. tapi jugak 'perkahwinan' antara 2 keluarga..."

yup.
itu adalah pegangan ibu aku...
Ibu aku tak adalah sampai nak menetapkan jodoh anak-anak.
tak kiralah anak lelaki ke anak perempuan.
Ibu pun kahwin dengan arwah ayah atas pilihan sendiri..
Akak pun macam tu...
Cuma bila melibatkan calon 'menantu'
anak-anak boleh pilih sendiri, lepastu nak tahu calon 'menantu' ke calon 'hantu' ibu akan buat 'ujian' la....
Kalau lepas, maka restu ibu sentiasa mengiringi...

and Now,
ibu sedang meninjau-ninjau calon satu-satunya menantu perempuan dalam rumah ni....
a.k.a calon akak ipar aku la....
Dah jumpa nanti, kena jalankan 'ujian' pulak..
kalau 'lepas' ber'akak ipar'lah aku dalam beberapa tahun ni..
hehehehehe~~~~

saja je nak meninjau isi hati ibu berkaitan isu ni di HARI IBU...
hehhehe~~~
HAPPY MOTHER'S DAY IBU!!!

2 comments:

arel on 7 May 2011 at 09:50 said...

calon menantu ibu utk anak bongsu ibu, camne lak?

Jiha Mahmud on 7 May 2011 at 10:09 said...

yg tu pencalonan pun tak bukak lagi. hahahahahaha~~~~~~~~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting