Monday 30 May 2011

Apalah Nak Jadi........................

n3 kedua untuk hari ni..
Terasa banyak bende plak nak cerita hari ni...

untu kali ni, aku nak kita renungkan bersama-sama...
untuk renungan sesama umat Islam....

Semalam aku menziarah kematian salah seorang keluarga (sebelah arwah ayah aku)..
Takziah buat mereka sekeluarga...
Diharapkan kaum keluarga arwah dapat menghantar pemergian arwah dengan hati yang redha..
Sesungguhnya daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya jugalah kita kembali.

Apa yang aku mahu kita sama-sama renung-renungkan ialah
dalam isu menunaikan fardu kifayah-Pengurusan Jenazah..
Apa yang aku lihat adalah fenemona pengurusan jenazah sekarang bukan lagi seperti menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah sebagai umat Islam sebenar-benarnya.. Sebaliknya. apa yang aku lihat ia seolah-olah dijadikan sebagai satu 'PERNIAGAAN'!
Astaghfirullahal'azim.....

Satu masa dahulu, biasanya bila melibatkan pengurusan jenazah, keluarga Si Mati memberikan sumbangan seikhlas hati mengikut kemampuan sebagai tanda penghargaan kepada mereka-mereka yang telah berkerjasama menguruskan jenazah...

Tapi sekarang?????

setiap 'kerja' yang dilakukan telah DITETAPKAN bayarannya!
untuk makluman korang semua, di kampung aku

bayaran untuk menggali kubur & memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sahaja ialah
RM 430.00++
Itu belum termasuk kain kapan + barang-barang penyempurnaan jenazah + keranda + sewa van mayat (untuk membawa jenazah ke kubur)..
Bukan itu sahaja, urusan memandikan jenazah pun perlu DIBAYAR!
(Nasib baiklah imam dan makmum untuk sembahyang jenazah tidak perlu dibayar...)
tapi satu hari nanti???
tak mustahil ianya terjadi.......
Secara puratanya untuk urusan pengurusan + pengebumian seorang jenazah
ialah lebih kurang RM1000.00
(Ini kiraan bagi tempat aku, tempat lain aku tak tahu)

Ya Allah...
Inilah yang terjadi sekarang...
Aku cuma terfikir, bagaimanalah agaknya untuk mereka-mereka yang kurang berkemampuan....
Mujurlah di tempat aku ni ada kutipan 'wang khairat'...
sedikit sebanyak ianya mampu untuk meringankan beban keluarga Allahyarham/Allahyarhamah...
Cumanya bagi mereka yang tak join "kutipan wang Khairat" ni, maka tak adalah bahagian mereka......

*Wang khairat-kutipan wang yang dilakukan daripada setiap Ahli untuk diberikan kepada kaum keluarga Ahli selepas kematian Ahli...

So, Renung-renungkanlah yer.... :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting