Thursday 10 March 2011

She's My Idol!!!

02032011
Selamat Hari Lahir yang ke-58 & Selamat Bersara IBU!!
Selepas 36 tahun berkhidmat sebagai seorang guru,
akhirnya ibu, Pn. Hjh. Rashidah binti Husin bersara genap usia 58 tahun.
Melepaskan jawatan sebagai seorang Guru Besar
yang telah disandang lebih daripada sedekad.

Ibu merupakan idola aku..


Aku sangat mengagumi ibu..

Aku kagum dengan semangat dan jiwa pendidik yang ibu ada..
Sehinggakan, dahulu kami sebagai 'anak ibu' terasa bahawa
ibu lebih mementingkan anak didiknya daripada kami..
Masa yang ibu habiskan di sekolah lebih panjang
daripada masa yang ibu habiskan di rumah bersama kami..
Ibu turut berusaha sehabis daya menaikkan setiap sekolah yang "dipegang".
Tak pernah berkira dengan wang yang dibelanjakan
untuk "sekolah-sekolah"nya..
Sampaikan ada ketikanya, aku meluahkan ketidak puasan hati,
bila ibu tak "claim" perbelanjaan sekolah yang telah didahulukan.
Namun, jawapan ibu mudah
"Biarlah ia menjadi sebahagian Amal Jariah ibu".
Bila melihatkan komitmen ibu terhadap tugasnya sebagai pendidik,
aku sendiri pernah "memberontak" dan merasakan
bahawa ibu lebih mengejar harta dan wang ringgit
daripada memberi kasih sayang kepada kami..
(Hujung minggu ibu dipenuhi dengan mengajar kelas-kelas fardhu ain bagi "kaum ibu", kelas-kelas Al-Quran (Asas + Taranum) untuk anak-anak muridnya, dan memenuhi jemputan ceramah-ceramah agama.- Masa ibu dirumah terlampau terhad.)
Namun,bila aku "dah besar", barulah aku faham..
Sesungguhnya, ibu melakukan semua itu
demi memastikan setiap "murid"nya celik
dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

*Aku tahu ramai anak-anak murid ibu yang "Gerun" dengan ketegasan ibu. Ibu memang tegas dalam mendidik. Namun aku tahu Ibu sangat SAYANG akan anak-anak didiknya. Marahnya bersebab.. Lembutnya juga berpada..

Aku juga kagum dengan ketabahan ibu..
Kehilangan suami dalam keadaan yang agak mengejutkan.
Memegang tittle "Ibu Tunggal" ketika anak-anak masih kecil
(Sebelum ibu berkahwin dengan Abah),
memang banyak ujian yang terpaksa ibu tempuh..
Mengadap kerenah anak-anak yang "berubah" selepas kehilangan Ayah..
Belajar "mendekati" semula anak-anak.
(Sebelum Ayah pergi, kami lebih rapat dengan ayah. Makan, minum, tidur semua "nak ayah")
menghadapi stigma masyarakat terhadap title "Ibu tunggal"
dalam kesibukan tugas sebagai seorang Guru Besar..
Bukanlah sesuatu yang mudah...
Orang sekeliling hanya boleh meluahkan simpati
tapi yang menanggung semuanya tetap ibu.
Tapi Ibu tak pernah menangis di depan kami waktu itu..
Aku tahu ibu sedih, namun ibu sembunyikan kesedihan itu
agar anak-anak ibu "kuat" menempuh semuanya...

Aku turut bersyukur..
Ibu seorang yang sangat-sangat mementingkan pelajaran.
Ibu tak pernah mengharapkan hadiah lain daripada anak-anaknya
selain daripada KEJAYAAN.
Aku teringat bagaimana hancurnya hati ibu melihat result SPM aku dulu.
Aku "dipulaukan" ibu hampir sebulan.
Akhirnya, ibu berkata
"Ibu bukan tak menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, tapi ibu kecewa kerana ibu tahu kemampuan Adik. Adik yang mensia-siakannya."
Kerana kata-kata itulah,
aku berusaha untuk bangkit semula sekarang.
Aku tak mahu air mata kesedihan + kekecewaan ibu
terhadap aku mengalir lagi.
Itu janji aku!

Merisik-risik aktiviti ibu selepas bersara,
Macam-macam plan yang telah diatur..
Biarlah.. Sukati ibulah nak buat apa pun....
Cuma aku tertarik dengan kata-kata ibu :
"dah sampai masanya ibu kembali kepada masyarakat kampung sendiri. Curah bakti pada penduduk kampung.
Selama ni dok bermasyarakat dekat kampung orang je. Jarang nak bersama kampung sendiri"
(Memandangkan ibu tak pernah dihantar bertugas dikawasan kami tinggal, jadi hubungan ibu lebih rapat dengan penduduk-penduduk di sekitar sekolah ibu bertugas.)

blogger-emoticon.blogspot.comUntukmu IBU..blogger-emoticon.blogspot.com

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting