Saturday 15 January 2011

Aku & PESISTA..

12 JANUARI 2011
Jawatankuasa PESISTA (Persatuan Siswa Siswi Statistik) tahun 2010 dibubarkan secara rasmi.
Berakhir sudah khidmat aku dalam PESISTA..
Lepas ni boleh relaks.. join event pun dengan otak & hati yang lapang...
Tak payah nak serabutkan kepala dengan macam-macam masalah..

Dalam rasa happy + lega dah letak jawatan,
terselit gak rasa sedih...
yerla PESISTA dah jadi sebahagian dari hidup aku sejak masuk UiTM ni...
Teringat waktu susah payah nak mewujudkan dan menjenamakan persatuan ni dulu...
macam-macam halangan, kutukan, dan sindiran yang kami terima, waktu mula-mula PESISTA ni ditubuhkan dulu..
Lagi-lagi bila buat event, event kelam kabut..
yerla masing-masing tak ada pengalaman..
Nak mendapatkan sokongan ahli sendiri pun susah..
Bila nak buat event je terpaksa guna cara "PAKSARELA"

Tapi Alhamdulillah..
Pengalaman banyak mematangkan barisan jawatankuasa PESISTA...
Semakin lama perjalanan PESISTA semakin mudah...

jom kita imbas balik PESISTA sebelum ditubuhkan sehinggalah sekarang...

SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2008

Batch pertama Diploma Statistik di UiTM Perak...
PESISTA belum ditubuhkan lagi.
Pelajar-pelajar Statistik seramai 65 orang "menumpang" dibawah Persatuan Siswa Siswi Sains Kuantitatif (PERSIK).

Gambar disebelah ni, gambar pelajar CS111 pada
Majlis Makan Malam PERSIK
di Casuarina Hotel,Ipoh.

Pada akhir semester ini,
barulah persiapan untuk menubuhkan persatuan sendiri dijalankan...
Pelajar-pelajar CS111 diminta memberi cadangan NAMA, LOGO dan MOTO persatuan sehingga wujudnya nama, logo, dan moto PESISTA sekarang.

Walaupun PESISTA belum didaftarkan secara rasmi,
namun pemilihan jawatankuasa telah diadakan.
Jawatan Presiden dipilih sendiri oleh Koordinator Program CS111, En. Nadzri. Manakala kekosongan 6 jawatankuasa yang lain dibuat melalui undian oleh pelajar CS111 ketika itu.

SEMESTER DISEMBER-APRIL 2009

PESISTA delah didaftarkan secara rasmi pada 1 Jan 2009


Ahli PESISTA waktu ni dalam 85 orang sahaja(pelajar semester 1 & 2).
PESISTA hanya mempunyai 7 orang Jawatakuasa yang (diketuai oleh ZAID) dan seorang wakil bahagian.

Belakang : Zaid (Presiden), Zul (Bendahari) & Azwan (Kebajikan & Kerohanian)
Depan : Syikin (Setiausaha) , Shiba (Akademik & Multimedia), Aku @ Ehda (Tugas-tugas Khas), Laily (Naib Presidan) & Hilmi (Wakil Bahagian)


Gamba sebelah dan bawah ni event pertama anjuran PESISTA.
2 event dalam satu masa.
FAMILY DAY dan DINNER PESISTA
di Intan Suraya Resort, Sg. Siput.
21-22 MAC 2009
2 hari satu malam.

Family day diadakan pada hari Sabtu dan Ahad (Siang).

Pengarah Projek : AZWAN

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sukaneka, Ceramah dan Explorace.

Waktu penutupan rasmi event ni lah, T-shirt PESISTA (hitam) dipakai oleh semua peserta buat pertama kalinya.

Pada Sabtu (malam) pula,
Dinner PESISTA yang pertama diadakan.

Pengarah Projek : EHDA
TEMA : The Enchanted Purplish Modern Night

hampir semua pakai baju ikut tema..
PURPLE..
Aku teringat kenangan budak kelas aku waktu ni (STA2A) buat persembahan nyanyi lagu-lagu yang ada kat dalam iklan TV..
(Iklan Axion, Super Rings n so on...)
kat sini gak kitorang semua taw bakat terendam sir sayed..hehe~

Aku akui, dua-dua event ni memang banyak kekurangan.
Perjalanan majlis makan malam pun kurang lancar..
Almaklumlah...
Kami budak baru belajar..

Namun segala kekurangan yang berlaku di Sg. Siput ni, kami ambil sebagi pengajaran dan iktibar.

SEMESTER JULAI - NOVEMBER 2009

Disebabkan rasa "Tak cukup tangan" oleh jawatankuasa PESISTA, akhirnya jawatankuasa ditambah. Jawatankuasa PESISTA bertambah menjadi 14 orang.

Belakang : Azizi, Kem, Hannan, Yus (tak termasuk. menyebok je kat gamba!), Zaid, & Cabak.
Depan : Syakirah, Shiba, Aku (Ehda), Cik Rashidah, Echa, & Islamiah
Tiada dalam gambar : Syikin, Laily, Ika, Ucop, Azwan

Ahli PESISTA semakin bertambah. (melebihi 120 orang).

Buat pertama kalinya PESISTA menubuhkan pasukan football dan menghantar penyertaan dibawah nama persatuan dalam
Fiesta de Futbol & de Futsal 2009.

Pasukan PESISTA hampir masuk ke peringkat separuh akhir.
Namun terpaksa akur dengan kekalahan melalui "lambungan syiling"

Mencetuskan kontroversi juga la waktu tu..
yerla.. kalah sebab lambung syiling..
memang la tak puas hati...

Namun, ianya tidak berlarutan.. Akhirnya, semua dapat terima kekalahan PESISTA..
Lagipun PESISTA kalah dengan pasukan yang dikira "adik-beradik sepusat sepusing" dengan PESISTA (dibawah fakulti yang sama)..
PESISTA kalah dengan DISK (Diploma Sc. Komputer).

Semester ini juga, PESISTA buat julung-julung kalinya menganjurkan "charity" event yang mendapat sokongan penuh dari warga UiTM Perak.

Program Ikatan Ukhwah bersama Anak-anak Darul Aitam.

Pengarah Projek : Shiba

Aku diberi amanah untuk menguruskan Hal ehwal & Kebajikan Peserta.

Program ni berlangsung selama 2 hari 1 malam di UiTM Perak.

PESISTA mencetuskan kelainan dengan menjemput seramai lebih kurang 30 orang anak-anak yatim (7-17 tahun) dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam, Temoh, Perak ke UiTM.

Antara program yang dijalankan seperti sesi LDK, ceramah motivasi, tayangan, dan sebagainya.
Antara tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Adik-adik ini tentang suasana sebenar di IPT selain membantu mengumpul dana untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatim ini.

Penutupan rasmi program ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Kampus HEP, Prof. Madya Hj. Mohd Fisal b. Ishak.

Aku teringat sewaktu program ni berjalan,
bermacam-macam ragam adik-adik yang terpaksa barisan AJK pESISTA kendalikan..
Ada yang menangis nak tidur, merajuk bila AJK tak nak belikan jajan dan macam-macam lagilah..

Namun, Cik Rashidah dan guru-guru pengiring dari rumah anak-anak yatim ni sentiasa memohon kami agar bersabar melayani kerenah adik-adik ni.. Alhamdulillah program ini dapat berakhir dengan sempurna dan hubungan silaturrahim antara AJK dan anak-anak Darul Aitam ini masih berterusan selepas program berakhir.

Program terakhir bagi semester ini adalah
Majlis Malam Seribu Syawal
.

Pengarah Projek : Laily
Tema : Hari Raya

Jika Dinner di Sg. Siput, Laily jadi Penolong aku, now, aku jadi penolong Laily pula. :D

Memandangkan hari raya aidilfitri baru je disambut, Maka Majlis makan malam diubah menjadi majlis sambutan hari raya..

Malam Seribu Syawal ni diadakan di Padang Kawad UiTM Perak.

Antara menu yang dihidangkan ialah Nasi tomato, lemang, sate, roti jala, dan kuih raya.

Mood raya memang sangat-sangat terasa!!

Majlis Malam Seribu Syawal ni diorganize sepenuhnya oleh jawatankuasa PESISTA bersama pelajar STA3A (July-Nov 2009).


SEMESTER DISIMBER-APRIL 2010


Jawatankuasa 2009 dibubarkan dan Jawatankuasa 2010 dilantik.
Ingatkan khidmat aku dengan PESISTA berakhir kat sini.
Namun, sewaktu AGM aku "naik pangkat" jadi Naib Presiden PESISTA tahun 2010.

Belakang : Mawe (Akademik & Multimedia), Hannan (Kebajikan & kerohanian), Am (Sukan & Rekreasi), Yus (Sukan & Rekreasi), Mizi (Tugas-tugas khas), Azdi (Presiden) & Izwan (Tugas-tugas khas)
Depan : Syida (Akademik & Multimedia), Aida (Setiausaha), Aku (Ehda) (Naib Presiden), Cik Rashidah, Nai (Bendahari), Echa (Protokol) & Yana (Kebajikan & Kerohanian)

Aku berkerja dibawah ketua baru, Azdi.
Beberapa orang AJK lama masih kekal (Echa & Hannan).
Yang lain-lain merupakan AJK-AJK baru..
tapi Alhamdulillah kami dapat bekerjasama dengan baik dari mula hingga akhir.

Aktiviti pertama bersama jawatankuasa yang baru ialah
Eksplorasi Alam & Hari Induksi CS111
di Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

Pengarah Projek : Khairol Akram (Am)

Aktiviti ni berlangsung selama satu hari (pagi hingga ke petang)
pagi : Ekplorasi Gua Tempurung
petang : Induksi CS111

Untuk event ni, first time aku uruskan bahagian Makanan. Makanan untuk breakfast, Lunch, Minum petang, dan Air mineral.

Sangat seronok.
Pengalaman pertama menganjurkan event yang berkonsepkan sukan & rekreasi. Aktiviti ni turut disertai oleh beberapa orang pensyarah FSKM.

Dalam event ni aku bagi pujian la dekat pengarah n penolong pengarah projek (Am & Mawe). walaupun tengok korang rasa cam tak boleh diharap, tapi korang memang dah butikan "Don't judge a book by it's cover". hehe~~

Gambar sebelah ni pulak adalah Majlis Persidangan MPP bersama JPK Kolej dan Persatuan dalaman.

Setiap Perstuan hantar 3 orang wakil.
So, Aku, Nai, dan Azdi menjadi wakil PESISTA.
Persidangan ni berlangsung dari hari jumaat (petang) hingga Sabtu (tengahari).
Tujuan persidangan ni adalah untuk membincangkan resolusi untuk diserahkan kepada pentadbiran UiTM Perak.

Secara jujurnya, sangat bosan persidangan ni.
tapi ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan warga UiTM Perak.

Pada masa yang sama dengan persidangan ni, Hari Sukan FSKM turut berlangsung di padang UiTM Perak.
Siriesly, aku rasa badan je ada kat dalam dewan ni, otak aku dah menerawang ingat event kat padang.hehehe~

Hari Sukan FSKM 2010
ni berlangsung dari hari Sabtu hingga Ahad.
Anjuran bersama PESISTA, DISK, dan PERSIK.

Aku diberi tugas untuk menguruskan Publisiti dalam event ni..
Tempah Banner dan Naikkan poster.
So, aku tak ada la kerja sangat untuk event ni, just tolong mana-mana yang patut je..hehe~

Acara yang dipertandingkan : Bola Tampar (L), Bola Jaring, Futsal (L & P), dan Tarik Tali (L).

Alhamdulillah PESISTA mendapat JUARA keseluruhan!!

tapi ingat-ingat balik, aku mesti nak tergelak bila ingat "drama" tarik tali PESISTA.

Rasanya tak payah tarik pun, memang dah tau PESISTA kalah..
Ibarat "Gajah" lawan tarik tali dengan "Si Kancil"...
hahaha~~~

kepada "jejaka-jejaka" PESISTA, makan banyak-banyak sikit..pergi Gym tu... Hopefully, "drama" tarik tali tu tak jadi lagi waktu Hari Sukan FSKM 2011 ok?? hehe~

Event seterusnya ialah
Majlis Sekalung Budi, Sejuta Penghargaan
di Bilik Rekreasi Kolej Indera Sakti, UiTM Perak.

Majlis ni sebenarnya "majlis makan-makan"

Majlis meraikan jawatankuasa PESISTA tahun 2010 dan 2011
(yang lama & yang baru la...)
dan penyerahan sijil penghargaan kepada jawatankuasa yang lama.

Menu makan tengahari ni nasi + sayur dalca + ayam masak merah + daging masak kicap + sambal udang.
Sangat sedap..

Majlis ni sekejap je. dari pukul 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. (Khamis)

Dengan slumbernya Aku, Nai, Aida & Echa ter'masuk' kelas Linear Algebra lambat petang tu sebab "kekenyangan".
hahaha~~ Nasib baik la Miss Mahani tak marah. Sukati je kiotorang ni kan??
(Adik-adik, jangan tiru aksi ini!)

hmmmm...
Yang ni pula
Majlis Makan Malam PESISTA.

Pengarah projek : Yus
Tema : Cubic Madness Night

semua orang kena pakai baju "kotak-kotak"
Dinner ni berlangsung di Heritage Hotel, Ipoh dan diorganize sepenuhnya oleh STA3A (Dis-Apr 2010).

Dinner ni agak meriah dan berlangsung dalam suasana yang cukup sempoi..
tak adalah skema sangat macam majlis-majlis makan malam yang lain kalau buat kat hotel..

Walaupun ada serba sedikit kekurangan tu.. Adatlah..
Lagipun yang handle dinner tak ada pengalaman. Sama macam aku and AJK dulu-dulu handle first event kitorang..
Watevapun tahniah aku ucapkan untuk mereka yang organize Cubic Madness Night ni!

Aku suka dengan cubic madness night ni sebab malam tu aku dapat cabutan bertuah! haha~

SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2010


Masih mengekalkan barisan jawatankuasa PESISTA yang lama.
Disebabkan kesuntukan masa, hanya 3 event sahaja yang berjaya dianjurkan semester ini.

Event pertama ialah
Malam Induksi Bersama Pelajar Semester 1 Diploma Statistik.
event ni untuk memperkenalkan barisan AJK PESISTA kepada pelajar baru serta memberi pendedahan berkaitan DIploma Statistik oleh penasihat Akademik masing-masing.
(Sorry, tak ada gambar la pulak..)

Terus masuk ke event ke-2.
Kem Bina Semangat Pesista
di Teluk Batik Marine Park.

Pengarah Projek : Mawe

Event ni aku agak sibuk.. Aku jadi penolong Mawe. Kena sama-sama survey tempat, booking tempat, bincang aktiviti n so on...

event ni berlangsung selama 2 hari 1 malam.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sukaneka di tepi pantai, Melawat Muzium Siput, Banana Boat, Night Walk, Kayak, Boating, & Snorkeling.

Event ni disertai oleh 110 orang pelajar dan 6 orang pensyarah.

Ni event yang aku rasa sangat seronok dan berjalan dengan sangat lancar. Terima kasih buat semua fasilitator dan AJK yang terlibat.

Cuma yang tak bestnya untuk aku, hari last kat sana, aku hilang suara!!
waaaaa~~ sangat sedih... dah la tak ada suara, sakit tekak pula tu... Nasib baik, tengahari tu suara aku dah keluar sikit walaupun serak..huhuhu~~

Sekali lagi PESISTA menghantar penyertaan ke
Fiesta de Futbol & de Futsal 2010.

Berbeza dari tahun lepas, kali ini PESISTA turut menghantar pasukan Futsal (P)

Futsal(P) PESISTA berjaya meraih Naib Johan manakala pasukan Bola Sepak Lelaki terkandas di Separuh Akhir.

Macam tahun lepas juga,
Aku dengan AJK-AJK Perempuan serta member-member kitorang turun memberi sokongan..
jadi tukang sorak tak bergaji..
Tapi biasalah kalau dah namanya perempuan tengok bola..
payung memang tak boleh tinggal..
kalau silap sikit pemain tak emo, kitorang yang terlebih emosi.hahaha~~
muka sunburn tak payah cakaplah..pakai berbotol-botol sunblock pun tak berkesan!
Tapi tak apalah.. Setahun sekali..

Event terakhir ialah
Majlis Makan Malam FSKM
di Dewan Banquet SUK, Ipoh.

Kalau sem lepas kitorang bergabung untuk Hari Sukan FSKM, kali ni PESISTA, DISK, PERSIK dan ISK (Degree Sc. Computer) bergabung untuk Dinner Faculty ni...

Ini antara event terbesar yang aku handle.
kali ni aku diberi tugasan untuk jadi ketua AJK hadiah

kena prepare door gift, hadiah pelajar cemerlang, hadiah cabutan bertuah, goodies bag untuk VIP dan cenderahati pensyarah)

Dinner FSKM ni dirasmikan sendiri oleh Pengarah Kampus UiTM Perak yang baru Prof. Ir. Dr. Hjh. Zainab bin Mohamed.

SEMESTER JANUARI-MEI 2011

Tamat sudah Diari Aku bersama PESISTA.

Pertama kali jumpa En. Nadzri semester ni, aku dan pelajar semester 6 yang lain dah diingatkan supaya kurangkan aktiviti bukan akademik dan tumpukan pada pelajaran.. Dan aku sendiri dah berjanji dengan Penasihat Akademik aku, Pn. Hjh. Zurina untuk "retire" dari persatuan sem ini.... So, aku rasa dah penat dan rasanya sudah cukuplah dan ini sahaja yang mampu aku buat untuk PESISTA.

12 Januari 2011
Jawatankuasa PESISTA 2010 dibubarkan secara rasmi dalam majlis
AGM PESISTA 2011.
Bukan sahaja barisan jawatankuasa yang berubah, malah Penasihat persatuan turut berubah. Cik Rashidah turut bersara bersama-sama kami. Now, PESISTA berada dibawah Cik Rozaimah.

Mungkin AGM ini kali terakhir aku "membebel" depan ahli-ahli PESISTA yang lain.

No More Loud Speaker dari aku.
So, korang tak payah risau tentang tahap kesihatan telinga korang bila dengar aku "menjerit" dan "membebel".
hahaha~~

Jawatankuasa PESISTA 2011 telah dilantik.
Syimir jadi Presiden dan
My roomate, Cik Atikah Ramlan menjadi Naib Presiden menggantikan aku..
(bukan rahsuah taw ni.haha)

Semoga Jawatankuasa PESISTA 2011 dapat meneruskan usaha menaikkan nama PESISTA.
Sekiranya, apa yang kami buat selama ini baik, teruskanlah..
Jika ada sebarang kekurangan, perbaikilah ia....


2 comments:

Penasihat PESISTA_Julai2008-Disember 2010 said...

Thanx Ehda, for such a very sweet and memorable entry...Saya pun sedih mengundurkan diri sebagai penasihat PESISTA, tapi terpaksa, kerana ada komitmen lain yang perlu diberikan perhatian... Terima kasih kepada semua AJK PESISTA 2009-2010 (zaid,zul,laily,hazwan ehda,syiba,azdi,aida,nasrah,echah,dll.....nak sebut semua, byk sangat) yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti2 PESISTA, menghidupkan dan 'membesarkan' persatuan ini, meletakan nama PESISTA sebaris dengan persatuan2 yang lain di UiTM Perak... Dalam apa jua cabaran PESISTA sentiasa memberikan saingan... terima kasih juga kepada semua ahli PESISTA yang memberikan sokongan.. Tanpa kalian tiadalah PESISTA di bumi UiTM Perak ini.. Semoga perjalanan PESISTA akan lebih menyinar dan berjaya di tahun 2011 ini dan seterusnya... ^_^

Ehda on 18 January 2011 at 21:00 said...

welcome. n thanx untuk miss jugak...slame ni kitorang banyak sangat susahkan miss..huhuhu~ tanpa sokongan n pertolongan miss, kami pun tak mampu jalankan tugas untuk PESISTA..
ktorg dah try semampu yang ktorg daya,walaupun masih banyak kelemahan dan kekurangan, namun PESISTA dh banyak mengajar ktorg ttg kesabaran+kepimpinan+kerjasama dll..
harapan ktorg ttp tgi untuk PESISTA.. setuju dgn miss... semoga PESISTA akn lebih menyinar dan berjaya di tahun 2011 ni.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting