Tuesday 19 October 2010

Dinner FSKM....

10.10.10
Majlis Makan Malam Fakulti Sains Komputer dan Matematik

sem ni buat pertama kali nya 4 persatuan di bawah FSKM berkerjasama untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Fakulti..
(sebelum ni, Majlis Makan Malam dibuat mengikut Jabatan masing-masing)

DISK (dip. sc. komputer)
PERSIK (dip. sc. kuantitatif)
PESISTA (dip. statistik)
ISK (deg. sc.komputer)

Mula-mula mendapat arahan untuk bergabung, ramai yang protes..
PESISTA n PERSIK antara yang kuat menyatakan bantahan..
Bukannya tak nak bergabung, tapi bila buat kerja terlampau ramai ni, macam-macam hal la yang timbul..
ada yang buat kerja.. ada yang tak buat kerja... adat la tu kan...
tu yang kami tak nak bergabung.. Takut ada yang ungkit-mengungkit kemudian hari....
tapi selepas campurtangan pihak pengurusan fakulti,
akhirnya kami terpaksa mengalah..

"Kalau Malaysia sedang menuju ke arah 1 Malaysia
oleh itu, kami juga perlu melangkah ke arah 1 Fakulti"

-En. Nadzri (Ket. Koordinator FSKM)-


kali ni aku ditugaskan sebagai KETUA AJK HADIAH.
Tugasnya, tak lain tak bukan kena pergi beli hadiah la.......
Bab merayap2 ni, memang la suka... kena keluar berkali-kali pun tak pe..
hehe~~

Alhamdulillah.. Hadiah semua dapat di"settle"kan dengan sempurna sebelum Dinner berlangsung...



bersama "BOSS" Majlis Makan Malam FSKM....


semasa Pengarah Kampus merasmikan majlis...

Waktu Dinner ni berlangsung, memang aku hidup tak aman..
sebabnya nak memastikan kelancaran semasa sesi penyampaian hadiah...
walaupun bukan aku yang buat kerja-kerja tu, tapi kena bergerak juga untuk perhatikan anak-anak buah aku tu....
jangan sampai ada yang curi tulang!
hehehe~~
Tapi walau apa pun, pada AJK-AJK hadiah :
"You All memang the bez la!! TQ sbb bg kerjasama yang baik... =)"


Malam tu juga, Alhamdulillah aku menerima

Anugerah Pelajar Cemerlang Diploma Statistik


syukur sangat-sangat..
memang pada mulanya, rasa keberatan nak terima anugerah ni..
Takut ada yang rasa tak puas hati bila aku yang dapat anugerah ni.
Al-Maklumlah, aku bukannya pelajar yang mendapat CGPA tertinggi di Jabatan Statistik.
Ada lagi pelajar lain yang dapat CGPA yang lebih tinggi dari aku..
tapi menurut Ket. Koordinator FSKM merangkap Koordinator Statistik
beliau mengambil kira pencapaian akademik dan juga penglibatan kokurikulum..
so?? Nothing to say la...
Orang dah bagi, kita ambil je la kan...
Rezeki jangan ditolak, Musuh jangan dicari...


barisan jawatankuasa siswi PESISTA bersama penasihat PESISTA



Alhamdulillah..
Semuanya berjalan dengan lancar dan Majlis Makan Malam FSKM berakhir dengan jayanya.....

Bak kata Wonderpets :

"Apa yang Penting?"


"KERJASAMA"



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting