Thursday 30 September 2010

Kenangan "Surah Al-Kahfi"

Alhamdulillah.. hari ni bacaan rutin Al-Quran sy telah smpi ke Surah Al-Kahfi..
surah yg mengandungi pelbagai kelebihan dan kebaikannya yg tersendiri...
apabila sy membaca surah ini, air mta sy mengalir dengan sendirinya..
bukan kerana sy menghayati n memahami setiap mksud yg tersirat di dalamnya
(setakat ini sy sekadar tahu membacanya shj.....)
tapi.......

sy terkenangkan seorang insan yg sgt sy syg..
insan yg tiada gantinya dlm hidup sy..
insan yang telah pergi jauh meninggalkan sy..
insan yg menjadi tempat sy sekeluarga berpaut....
insan yg sy gelar AYAH!!

beberapa bulan sebelum Ayah kmbali ke Rahmatullah...
Setelah beliau disahkan tiada harapan untuk sembuh dr penyakit Advanced Hepatocellular Carcinoma..
Ayah selalu meminta kami membaca bersamanya-samanya surah Al-Kahfi ini setiap hari jumaat.. Setiap kali membaca surah ini, sy lihat air mata Ayah n Ibu tidak pernah berhenti mengalir.. Sy tidak memahami situasi itu...
Sy yg hanya ketika itu berusia 9 tahun, selalu merungut malas...
ye la kena membaca surah kahfi yg mengandungi 110 ayat sekali gus.. mmg agak memenatkan terutamanya bg kanak-kanak seperti sy ketika itu..
ibu sentiasa memujuk... kata ibu "Adik, kalau adik syg Ayh, bacalah..."
walaupun dgan separuh keikhlasan pd mulanya, sy tetap membaca..
lama-kelamaan apabila ianya menjadi rutin buat keluarga kami, ketidak ikhlasan di hati sy beransur hilang..
Malah, apabila Ayah telah pergi sy amat merindui detik-detik kami bersama Ayah membaca Surah ini....

Entah mengapa, baru-baru ini apabila sy terimbau kembali kenangan itu, sy terbuka hati untuk mengetahui rahsia n kelebihan di sebalik Surah Kahfi ini..
Alhamdulillah, sy tahu sekarang...
disini sy kongsikan sedikit kelebihan surah Kahfi :

"Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’"


Mungkin ketika itu, Ayah sudah tahu hayatnya di dunia ini semakin singkat...
Andai masa boleh diundur kembali, sy akan memastikan tiada rungutan malas yg keluar dr bibir sy... Namun bgitu mustahil bg mse untuk berundur....
sekarang ini yg mampu sy lakukan sbgi tnda sy sgt syg akan ayah hanyalah
memanjatkan doa semoga roh Ayah sentiasa diletakkan dalam kalangan org yg beriman dan beramal Soleh.. Amin...
(Al-Fatihah buat En.Mahmud bin Hj. Yahaya)

~~lg 2 hari (2 oktober 2010) genap 11 tahun Ayah meninggalkan sy sekeluarga~~
ADIK SYG AYAH!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

Reen:
Al-Fatihah..
Tq 4 the info-kelebihan surah Kahfi & Advance Hepatocellular Carcinoma.
saya x pnh tahu istilah penyakit ni.

Jiha Mahmud on 29 October 2010 at 06:16 said...

to reen:
thanx reen....
sy pown, dh besar2 ni la bru fhm mksud disebalik "advance Hepatocellular Carcinoma"
dulu kecik2, x pnh pn nk amek taw...
kalo org tye my dad skit ape, men jwb je
"hati ayah hancur jd drh"
huhu~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting